Friday, August 3, 2012

Fikir-fikirkan ..



Hayati dan fikirkanlah

Jika kamu memancing ikan
Bila ikan itu terlekat di mata kail , hendaklah diambil terus ikan itu.
Janganlah sesekali ia dilepaskan semula ke air begitu sahaja..
Kerana ia akan sakit dek bisanya ketajaman mata kailmu itu dan mungkin terus menderita selagi ianya hidup ..

Begitulah juga sekiranya banyak harapan yang telah diberikan kepada seseorang..
Setelah dia mula menyayangi, hendaklah hatinya dijaga.
Jangan sesekali dia ditinggalkan begitu saja..
Kerana dia akan terus  terluka bila  mengingati kenangan bersama..

Jika kamu menadah air, biarlah ianya berpada..
Jangan terlalu mengharap pada takungannnya dan merasakan ianya begitu teguh..
Cukuplah kiranya ia sekadar keperluan..
Kerana sekali ia retak, tentu sukar untuk menampalnya semula..
Dan akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika ianya dibaiki, mungkin masih boleh digunakan semula..

Begitu juga sekiranya memiliki seseorang..Terimalah dia seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggap dia terlalu istimewa..
Kerana sekali dia melakukan kesilapan tentu sukar untuk kamu menerimanya..
Akhirnya kamu kecewa dan terus meninggalkannya..
Sedangkan jika kamu memaafkan tentu hubungan itu akan berpanjangan..

Jika kamu memiliki sepinggan nasi..
Yang pastinya mengenyangkan dan memberi khasiat..
Mengapa perlu mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan akhinya nasi menjadi basi..

Begitu juga jika telah bertemu seseorang yang menyayangimu..
Mengapa masih berlengah dan membandingkan dengan yang lain..
Terlalu mengejar kesempurnaan..
Kelak ..kamu akan kehilangannya dan
MENYESAL ..

No comments:

Post a Comment