Tuesday, January 3, 2017

Percutian ke KRABI Menaiki Kereta

Hujung-hujung tahun ni kemain ramai orang yang buat kenduri kahwin. Setiap minggu ada je jemputannya. Baik di kalangan saudara-mara, jiran, rakan-rakan dan teman sepejabat. Minggu lepas Cik Green dijemput rakan sepejabat hadir ke majlis kenduri kahwinnya. Biasanya jarang kenduri jauh-jauh ni Cik Green pergi. Tapi sejak dah kahwin ni selagi kami dijemput dan selagi masih free selagi tu Cik Green dan suami cuba hadir. Majlis perkahwinan dia ni nun di Kampar, Perak sana tu.

Masa mula-mula dapat jemputan tu Cik Green plan best jugak kalau dapat Cuti-Cuti Melawat Perak ni. Maklum la dalam Semenanjung ni pon tak habis explore lagi. Kengkonon nak buat itinarary siap nak gi makan mee udang dengan pergi ke Kellie's Castle lagi. Dekat pejabat pon dah takde feel nak kerja. Pejabat pon dah lengang. Hujung-hujung tahun macam ni ramai betul yang bercuti.

Tapi.. Dua hari sebelum pergi tu duduk la borak-borak dengan Mr. B. 

Cik Green: Kalau kita gi sempadan pon best jugak kan? Nak tak? Gi Danok ke?

Mr.B kata tak kisah pon. Boleh jek. Lagipon passport pon still valid lagi.. So, bila dapat response yang best dari Mr.B, Cik Green pon apa lagi, gugel la cara-cara nak masuk sempadan. Tiba- tiba...

Hmm.. Cik Green rasa kalau kita terus pergi ke KRABI pon macam menarik jugak.. hahaha.. Ko tengok tuh perangai dia.. Dari mula-mula nak cuti-cuti Perak last-last sampai ke KRABI dia punya plan.. Jadinya, Cik Green bukan cari information nak gi sempadan jek tapi macamana kitorang nak sampai ke KRABI. Kat rumah tu beria la tersengih-sengih kerang busuk  nak pujuk tok laki gi KRABI. Pujuk punya pujuk dia kata hmm.. okla.. terus kita ni lagi tersengih sampai ke telinga. hahaha. Dia suruh cari tiket flight. Cik Green pon beria la cari tiket flight. Tapi.. mak aih mahal gile ko tau kalau nak booking last minute ni. Cik Green search flight paling murah pon dekat RM1.3K seorang. Padahal aritu duk search baru je RM150 seorang. Jadi, kesimpulannya janganla ko book dah last-last minute cam gini. Kan rugi banyak tu.

Bincang balik dengan suami.. dah alang-alang kita gi utara, kita terusla naik sampai Kedah ke Perlis ke dengan kereta. Jadi, nanti kita bolehla masuk ikut pintu sempadan. Bila Mr. B kata okey, Cik Green pon apa lagi terus la esok tu mohon cuti dengan gembiranya. Wink.

24 Dis 2016 (Sabtu)

Bergerak dari Nilai pukul 9.00 pagi.. Tapi kitorang berhenti kejap dekat Bangi sebab ada urusan kerja nak diselesaikan sekejap. Lepas tu sempat jugak singgah umah mertua. Pukul 10.00 gerak semula ke Tol Sg. Besi sebab kereta lagi satu tunggu kat sana. kan Cik Green nak pergi kenduri dulu. Jadi ofismate lagi satu kereta pon follow la sekali sampai ke Perak.  Doa-doa jugak semoga perjalanan kami dipermudahkan dan dijauhkan dari jammed. Ye lah. Ni kan musim cuti sekolah campur lagi dengan Cuti Krismas campur dengan Hari Isnin cuti. Tak bawak kereta cam siput jadinya. Lepas jumpa diorang dekat Petronas Sg Besi, kitorang pon teruskan perjalanan ke Perak. Non stop drive. Tapi dekat Rawang jalan dah mula sesak sampai la ke Perak. Pukul 1.30 tengahari kitorang selamat sampai dekat Kampar. Pengantin pon dah lepas berarak dengan bersanding. Dah siap-siap nak pergi outdoor photoshoot dah lepas tu. Nasib baik sempat jugak jumpa. 

Sempat jugak bergambar dengan Pengantin.

Pukul 2.30 petang, kitorang teruskan perjalanan ke Perlis. Kereta lagi satu bertolak balik ke Nilai semula. Alhamdulillah. jalan semua okey sampai ke Perlis. Pukul 8.30 kitorang sampai dekat Arau. Perut pon dah lapar balik. Berhenti makan sekejap sebelum cari hotel. Malam ni kitorang stay dekat sini semalam sebelum teruskan perjalanan ke KRABI. Menginap dekat Hotel Metro Inn, Pekan Arau dengan kadar RM104.00 semalam. 

Jom kita check keperluan untuk masuk sempadan.

Dokumen yang perlu dibawa untuk melepasi Imigresen sempadan:
  1. Passport yang masih valid
  2. Salinan geran kenderaan - pastikan owner ada sekali. kalau takde mesti ada surat kebenaran daripada owner. Kalau boleh bawak la sekali yang original. Tapi masa Cik Green masuk dia tak tengok pon. 
  3. Insurans kereta Thailand
  4. White Card - Arrival and Departure

Nota: Kitorang buat dekat Pekan Changlun berdekatan dengan Pejabat Pos. Dia buat semua sekali dengan harga RM26. Kita tak payah risau nak isi dokumen dah masa dekat Imigresen. Kedai ni buka dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 malam.

25 Dis 2016 (Ahad)

Check out dari hotel jam 9.00 pagi. Tak singgah sarapan pon. Kitorang terus pergi ke pintu sempadan Wang Kelian. Pukul 10.00 kitorang sampai dekat sempadan. Sebelum tu singgah petrol pump, isi minyak kereta penuh-penuh. Dekat Thailand ada minyak RON 91. Ni minyak paling murah dan harga dia lebih kurang 270++ baht. Tapi kitorang kena isi jugak minyak kat dalam. Habis untuk minyak dekat Thailand jek dalam 800 baht.. 

Sampai dekat sempadan Malaysia, drive thru dan check passport dekat Imigresen Malaysia. Pastu dekat Imigresen Thailand, korang park kereta dan turun beratur. Bawa semua dokumen yang diperlukan. Dekat sini diorang akan cop passport, dan serahan arrival card (white card) yang ada dekat korang tu. Jangan lupa bayar RM2.00 dekat Imigresen Thailand tu. Lepas tu masuk kereta dan park kereta dekat dalam pula. Owner bawa salinan geran dengan insurans Thailand masuk dalam pejabat dia. Nanti dia akan key in maklumat kenderaan korang dalam sistem diorang. Dah siap tu bayar pulak RM10. Kalau korang tak bayar pon dia akan mintak nanti. 

Dah selesai, korang boleh shopping dekat sempadan tu. Sebab kitorang pon plan on the spot dan tak sempat nak tukar duit, jadi kitorang  decide tukar duit kat situ. Korang boleh cari kedai runcit no.3 dari pintu masuk tu belah kanan. Cik Green rasa rate dia agak rendah jugak dekat sini berbanding tukar dekat Krabi. Rugi pulak tukar sikit je. Oh ye. Kedai ni ada jual sim card sekali. Disebabkan kitorang nak waze jalan, jadi Mr.B terus tukar simcard dia RM10 dengan 1.5 GB untuk 7 hari. Balik tu siap berlebih lagi tak habis guna. Internet dia sangat okey. Laju jek. Cik Green pon just tethering je dengan Mr.B. Dekat sempadan ni korang boleh lagi guna mana-mana matawang sama ada nak guna Ringgit Malaysia atau Baht.Tapi dah masuk dalam guna duit Baht je okey. 

Krabi, here we go.. 

Perjalanan ke Krabi. Sebelum tu install lagu siap-siap dulu. 
Tak sanggup rasanya nak dengar radio siam sepanjang jalan. 

Kitorang pon teruskan perjalanan ke Krabi. Jalan melalui Wang Kelian ni korang cuma akan nampak gunung-gunung batu kapur , kampung dan pekan je dekat kiri kanan jalan. Tapi jalan dia cantik. Takde la jalan kecik yang sunyi sangat bila nak lalu pon seram tu. Perjalanan ni pon terus direct ke Krabi. Kitorang takde berhenti dekat mana-mana pon kecuali nak pergi ke tandas. Dekat pukul 2.30 kitorang selamat sampai di KRABI.



Welcome to Krabi! 

Untuk stay, kitorang nak duduk dekat dengan area pantai Ao Nang. Kalau duduk dekat bandar rasa agak jauh juga dari kawasan pantai. Macam tak feeling bercuti la pulak kan? Akhirnya jumpa juga hotel yang sesuai. Kitorang stay di Ao Nang Terrace dengan harga 1400 baht semalam. Mula-mula kitorang dapat satu katil queen, tapi disebabkan diorang tak reti cakap English dan cakap pon macam ayam ngan itik, bila Cik Green cakap yang kitorang akan stay for 2 night dia pergi bagi pulak bilik yang ada 2 katil. Bila Cik Green tanya harga sama ke? Dia kata harga sama. Haha. kan untung namanya tu walaupun kitorang tak lepak sangat dalam bilik. Korang boleh dapat harga yang lagi murah kalau korang rajin jalan-jalan survey

Rest kejap and then kitorang pon keluar dekat Pekan Ao Nang.. Tujuan utama nak tukar duit lagi. Banyak pakej ngan souvenier yang diorang jual kat sini. Siap boleh cuci mata lagi kalau korang duduk dekat tepi pantai tu. Duyung ke dugong ke semua ada. Ahahaha. Perut pon dah mula berkeroncong, so makan time.. Masa pusing-pusing cari bilik tadi , Cik Green dah perasan ada kedai makan yang tulis halal dekat luar kedai. Cik Green pon ajak Mr.B pergi balik dekat kedai situ. Yang Cik Green perasan landmark dia dekat dengan masjid. Kedai yang Cik Green perasan mula-mula tu tak jumpa pulak tapi sebenarnya banyak je kedai halal dekat area situ. Cik Green pesan nasi goreng ketam dengan harga 90 baht dan air teh o ais limau harga 40 baht. Boleh tahan juga harga makanan dekat sana sebab kalau Cik Green convert harga dia lebih kurang RM11 lebih. Tu baru untuk nasi goreng. Hmm..

Kemudian, kami nak pergi pulak ke Night Market di Bandar Krabi. Sebab katanya night market cuma dibuka dari hari Jumaat -Ahad bermula jam 6.00 pm hingga 10.00 pm. Disebabkan ni hari last night market , so wajibla kami pergi menyinggah ye dak? On the way nak pergi night market tu kitorang nampak pulak jalan nak ke Elephant Trekking. Apa lagi,  Mr.B pon terus la belok masuk ke situ. Kalau korang nak naik elephant trekking , harga dia lebih kurang 500 baht seorang untuk 30 minit. untuk dua orang dia akan kira 1000 baht. Mula-mula Cik Green dengar dia kata RM500 baht untuk dua orang. Tu yang kitorang decide nak naik tu. Agaknya dah salah dengar kot. Tapi yang bestnya, orang yang bawak tu bagi kitorang bawak gajah tu sendiri. Seram mak nenek tau bawak gajah ni. Doa je dalam hati janganla gajah ni naik minyak. Dah la tu naik gajah yang tengah kebulur, habis semua benda nak dimakannya. Sampai terjongket-jongket kitorang dibuatnya. Hai la Aippo.. nasib baik nama awak bukan Iphone gajah oii.  Dah selesai naik gajah korang boleh beli pisang bagi gajah-gajah makan.

Kemain lagi mulut. Semua nak dimakan.

Nasib baik ada yang nak amikkan gambar kitorang

Elephant Trekking!

Perjalanan ke Night Market diteruskan dengan menggunakan waze. Serius, waze ni banyak sangat membantu korang tau. Dekat night market, korang akan nampak ada beberapa budak-budak yang buat persembahan untuk kumpul dana persekolahan. Kitorang takde beli apa pon dekat sini. Just beli international charger sebab lupa nak bawak dari rumah dengan souvenier. Tak banyak yang menarik sebab lebih kurang dekat downtown kita di Malaysia je. Makanan pon Cik Green tak berani nak beli sebab banyak gerai yang jual pork. Dah selesai kitorang pon balik tidur.

Bandar Krabi

Budak-budak tengah buat persembahan.

Antara souvenier yang dijual di Night Market.


26 Dis 2016 (Isnin)

Pagi-pagi lagi kitorang dah terjaga. Hmm.. macam tu la kalau duduk dekat tempat orang. Bab berjalan je tak payah nak dikejut. Target kitorang pagi ni nak cari motor sewa. Kalau bawak kereta susah betul la nak parking. Harga motor sewa 250 baht sehari (dia kira 24 jam dari masa ambil motor). Kitorang dapat motor baru yang baru je siap basuh dengan minyak separuh lagi. Nanti dia akan mintak passport sebagai jaminan. Jangan korang tak bagi pulak sebab diorang akan pulangkan semula masa korang return balik motor tu.


Dah jalan jauh-jauh terpaksa patah balik naik tuk tuk. 
Ni sebelum kitorang dapat sewa motor. 

Pusing-pusing naik motor

Dapat motor, kitorang pon terus cari kedai makan untuk sarapan. Jumpa kedai M'sia- Thai. Dekat jugak dengan Masjid Ao Nang. Bila masuk ramai betul orang Malaysia yang ada dekat kedai ni. Patutlah meriah, kedai ni ada jual roti canai, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi berlauk. Bak kata orang macam pulang ke kampung halaman. Kalau korang minta roti canai 2 keping dia akan kira 1 set. Tak cukup 1 set , Mr B tapau lagi 1 set bawak balik hotel. Sedap katanya. 

Ini la kedai makan Msia-Thai yang Cik Green bagi tau tu.. 
Yang belakang baju putih tu la yang tebar roti canai. 

Dapat motor ingat nak pergi Emerald Pool. Dah suku perjalanan rasa cam jauh pulak lokasi dia. Kitorang pon patah balik. So, decide pergi Emerald Pool esok masa on the way nak balik. Kitorang pon pusing-pusing pekan Ao Nang cari aktiviti untuk hari ni.. Nak pergi Phi Phi Island tak sempat sebab diorang start pergi pukul 8.00 pagi sampai pukul 2.00 petang. Kalau korang nak pergi pulau pastikan book awal. Kalau dah pukul 11.00 macam kitorang baru nak pergi memang takde la jawabnya. 

Tapi, kitorang macam teringin pulak nak tengok sunset view dekat pulau. Jadinya, Cik Green ambil pakej 7 Island dengan harga 1200 baht untuk seorang. Bukan dua orang okey. Mintak diskaun, pastu dia bagi harga 800 baht. Katanya harga tu tak termasuk dengan tiket masuk ke National Park. Dia bagitau kadang-kadang diorang check tiket kadang-kadang tak. Kitorang pon bayar la 1600 baht untuk dua orang dan dia suruh tunggu pukul 1.30 petang dekat hotel. Tapi kitorang prefer tunggu dekat situ sebab takut nanti diorang tak jumpa pulak cari hotel kitorang nanti. 

Sementara nak habiskan masa kitorang jalan-jalan dekat kedai-kedai situ dan seterusnya adalah misi mencari pancake. Sedap weh pancake dia. Mula-mula masa dia masak tu tengok cam tak selera je. Tapi bila masuk mulut. Yummeh.. 5 star akak bagi..

Pantai Ao Nang

Gerai Pancake paling famous di kalangan orang Malaysia/ Indonesia dan Vietnam katanya. 
Pancake Rotee Yaminlah.
Betul-betul dekat simpang masuk hotel kitorang.

Banana Nutella Pancake in da house. yummeh!

Bila sampai dekat pelabuhan untuk island hoping, korang kena bayar duit yuran jeti rasanya dalam 20 baht seorang. Ni harganya Cik Green tak ingat, Tapi korang prepare je la duit. Pakej untuk 7 Island ni start dari jam 2.00 petang sampai 8.30 malam. Lama gila ko tau. Walaupun dia kata 7 Island tapi takde la tujuh-tujuh pulau tu dia pergi. Lebih kurang dalam 4 ke 5 pulau jek. Dan untuk pertama kalinya akan snorkeling dekat tengah laut dalam. Sebelum ni dekat Pangkor jek akak pernah snorkeling. 

Pakej 7 Island ni termasuk:
  1. Island hoping ke beberapa pulau termasuk National Park. Tapi National Park dia tu pon kategori pulau jugak. 
  2. Snorkeling. Korang akan diberi snorkeling item sebelum naik kapal.
  3. Melihat panorama matahari terbenam. Doa-doa la dapat tengok. Sebab, kadang-kadang matahari akan terlindung dengan awan atau pun hujan. 
  4. Makan malam candle light dinner. Ko janganla bajet dapat cam hotel dekat 5 star tu.. 
  5. Persembahan api dari group kapal yang bawak korang tu. 
  6. Melihat kelip-kelip (Bagi yang nak berenang, korang akan turun ke laut untuk lihat kelip-kelip manakala bagi yang tak berenang , diorang akan simbah baldi yang penuh keli-kelip atas lantai kapal). Masa ni semua orang diwajibkan turun dekat deck bawah. 
Masa ni baru naik bot. Kitorang berdua je dari Malaysia

Kemain lagi Mr.B kalau dapat berposing. Hmm. 

PODA ISLAND
Ni la National Park yang Cik Green bagitau tu. Kalau korang tak bayar dia akan duruh duduk dalam bot diam-diam. Tak payah turun pon. Tapi kitorang kena paksa bayar dekat jeti.


Sunset view. Subhanallah. Cantik sangat.


Dinner Time a.k.a Candle Light Dinner

Fire Show

Balik dari island hoping malam tu kitorang bersiap nak keluar pula.. Misi mencari souvenier untuk family.. Baju saiz S dan M harga dia dalam 100 baht tapi untuk yang lebih besar dalam 110 ke 120 baht.. Pandai-pandai la korang tawar-menawar. Kitorang sempat lagi singgah makan. Pancake telur dia pon sedap.. Terbayang-bayang lagi rasa dia sampai sekarang. 

27 Disember 2016 (Selasa)

Pagi-pagi kitorang bersiap nak pergi bersarapan dan hantar motor pula. Harini hari terakhir kitorang kat sini. Lepas check out, kitorang pon teruskan perjalanan balik. Sempat jugak lah singgah sekejap dekat Emerald Pool. Parking kereta 30 baht. Hajat hati nak naik tapi bila rasa cam mahal jek terus tak jadi. Harga untuk seorang 200 baht so dua orang dalam 400 baht. Duit Malaysia RM50 untuk dua orang kira mahal jugak tau. Kitorang pon duduk je la bawah tu sambil minum air kelapa. Hahahaa.

Dapat snap signage pon okey la kot


Lepas tu kitorang teruskan perjalanan balik. Ingat nak masuk ikut Wang Kelian dan keluar ikut Bukit Kayu Hitam sambil menelusuri Bandar Hat Yai dan Pekan Danok. Tapi waze ni suruh balik cepat pulak. Dia bawak kitorang lalu ikut Wang Kelian balik. Hmm. Sampai dekat Wang Kelian dalam pukul 5.30 petang dan terus direct perjalanan balik ke rumah mertua di Bangi.Sampai lebih kurang jam 1.30 pagi. 

Imegresen Malaysia di Wang Kelian. Drive Thru je okey

28 Disember 2016 (Rabu)

Hari untuk berehat.



Let's Check It Out! Apa yang menarik di Krabi?
  • ATM terletak di merata-rata tempat even dekat pasar basah pon ada ATM dan tak berjaga. Kalau dekat sini dah kena rompak agaknya.
  • Kalau perasan no plat kenderaan diorang lain-lain warna. Mr.B kata kalau plat putih tu kenderaan sendiri dan plat merah kenderaan untuk disewa. tak tau la betul ke idak.
  • Ada tandas di stesen-stesen minyak yang gunakan kolah kecil untuk tadah air dan air akan ditambah bila air kolah mula surut secara automatik. 
  • Waktu di Krabi/ Thailand adalah sejam lewat dari Malaysia.

No comments:

Post a Comment