Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, June 17, 2019

Resepi Nasi Minyak/ Gulai Ayam Kelantan dan Acar Timun

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua yang singgah ke blog ni.

Lama Cik Green tak bersiaran.
Alhamdulillah sihat. 
Cuma batuk tak berhenti sebab banyak minum ais masa musim raya ni.


Cik Green nak tempek sikit resepi yang masak untuk family masa nak datang raya rumah haritu. Cumanya masa dalam perjalanan nak datang rumah boleh pulak diorang accident dekat Bukit Tangga, Jelebu. Jadinya Cik Green bawak semua yang dah masak tu bawak balik  makan ngan diorang pulak. Masing-masing dah lapar dengan nak buat report ka balai lagi, nak hantar kereta kat bengkel lagi.

RESEPI NASI MINYAK

Bahan:

4 pot beras
3 cawan air
1 tin susu cair
3 sb mentega 
2 biji bawang besar *
3 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
2 inci halia *
Kayu manis/ bunga lawang/ cengkih/ buah pelaga (4 beradik)
2 sb sos tomato 
Sebiji buah tomato
2 helai daun pandan
Garam

Yang bertanda * perlu diblend

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dan cairkan mentega
  2. Tumis 4 beradik sehingga naik bau
  3. Masukkan bawang dan halia yang telah di blend. Tumis hingga garing
  4. Masukkan sos tomato dan tomato blend. Kacau hingga sebati
  5. Sementara tu  basuh dan masukkan beras dalam periuk.
  6. Ikat daun pandan dan masukkan sekali dalam periuk.
  7. Masukkan semua bahan yang telah ditumis.
  8. Masukkan susu dan air.
  9. Masak nasi sehingga masak. kaup dan kacau nasi di tepi periuk supaya nasi tak patah. Saya guna beras biasa je.


RESEPI GULAI AYAM DAN TELUR MASAK KELANTAN 

Bahan:

2 biji bawang besar *
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
Halia, Lengkuas dan Kunyit Hidup *
Sedikit cili kering *
Sepeket Rempah Kari Adabi *
Separuh kotak santan KARA (kotak kecil) *

Blend semua bahan yang bertanda *

Seekor ayam
5 biji telur rebus
2 batang serai
Asam keping
Sekeping gula melaka
Kerisik
Garam

Cara-cara:


  1. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
  2. Masukkan serai, asam keping dan gula melaka.
  3. Masukkan ayam
  4. Masukkan sedikit kerisik
  5. Masak hingga pecah minyak
  6. Tambah air
  7. Masak sehingga sebati dan perasakan dengan garam.
  8. Masukkan telur rebus jika mahu.

RESEPI ACAR TIMUN

Bahan:

Sebatang timun - dipotong panjang
Sebatang lobak merah - dipotong panjang
Cili Padi - hiris
Cili besar merah dan hijau - hiris
Bawang besar - dimayang
Gula
Garam
Cuka makan

Cara-cara:


  1. Masukkan timun/ lobak/ cili dan bawang di dalam bekas makanan yang bersesuaian.
  2. Perasakan dengan gula dan garam
  3. Masukkan sedikit cuka
  4. Gaulkan rata.


Cubalah. Insya allah sedap.
Gambar makanan tak sempat nak ambil sebab masing-masing dah lapar.

Wednesday, October 11, 2017

Resepi Cek Mek Molek

Balik dari Cameron Highland hari tu Cik Green ada beli keledek.. 3 plastik kecil dalam RM10.00. Ada keledek kuning, keledek oren dengan keledek ungu. Keledek kuning Cik Green hantar balik kampung sikit. Keledek ungu makan rebus ngan campur dalam bubur caca. Tinggal la keledek oren  tak tau nak wat apa. Hari Ahad baru ni teringin pulak nak buat minum petang. Jadinya kita buat cek mek molek je la. Lagipon dah lama tak makan.


KUIH CEK MEK MOLEK

10 ketul keledek oren
Garam
2 cawan tepung gandum
Gula

Mula-mula basuh keledek dan rebus. Bagi tenggelam keledek tu semua dalam periuk dan taburkan sedit garam.

Dah siap rebus, buangkan air. Biarkan keledek sejuk sebentar. 

Jangan biarkan keledek terlalu lembik atau terlalu keras.

Kopek kulit keledek dan lecekkan sampai semua lenyek. 

Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak tepung nanti keras dan jangan terlalu sedikit, susah nak uli. 

Gaul rata.

Uli tepung dan keledek. Bentukkan memanjang.

Isi gula dalam tepung dan cantumkan. Jangan terlalu banyak nnt gula keluar dari kuih. 

Goreng dalam minyak yang banyak.

Sejukkan seketika dan boleh makan. 

Makan cek mek molek dengan keropok lekor dan air kopi o panas-panas.