Tuesday, April 19, 2016

Tips Persiapan Majlis Perkahwinan

Post ni sepatutnya Cik Green tulis tahun lepas. Tapi disebabkan mood untuk menaip takde jadi ceritanya dipendamkan je dulu. Dah setahun lebih berkahwin baru terasa nak pos persiapan majlis perkahwinan Cik Green dulu. Mana tau ada bakal pasangan pengantin yang tengah pening nak buat persiapan. Tak la semua tapi sekurang-kurangnya pengalaman Cik Green dapat membantu.  Ye idak?

Based on episod bertunang sebelum ni, tempoh Cik Green dan Mr B bertunang cuma 6 bulan jek. Haha. Ingat lama ke? Kejap je ok . Pejam celik pejam celik kejap jek masa berlalu. Tapi jangan stress kan diri. Fikir seronok je nak kahwin ok . Kalau dah stress nanti karang dah tak berseri pulak muka tu. Tok laki tengok pon sakit hati je nanti.. Haha. 

6 Bulan Pertama

Pilih Tarikh Perkahwinan
Tengok kalendar kuda 6 Bulan selepas dari tarikh bertunang adalah pada bulan Februari 2015. Kitorang fikir ni dah dekat Sambutan Raya Cina. Jadinya cuti pun mesti panjang. Jimat sikit cuti kahwin kitorang . Takdela tolak cuti rehat banyak sangat.  Lepas bincang dengan MR.B kitorang decide:

14 Februari 2015: Majlis Akad Nikah
15 Februari 2015: Majlis Persandingan
22 Februari 2015: Majis Sambut Menantu

Alhamdulillah. Keluarga semua ok dengan tarikh ni. Pheww lega.

Bajet
Apa yang penting masa ni kira bajet. Ingat! nak kahwin ni banyak nak pakai duit. So kira duit dulu. Yang lelaki jangan ego nau nak pendam sorang-sorang kalau tak cukup duit. Bincang dengan keluarga dan pasangan. Mana tau ada yang akan membantu. Benda yang baik In Syaa Allah semuanya dipermudahkan.

Cik Green dan Mr. B ada buat buku perancangan perkahwinan kitorang sendiri. Sampai lunyai dah buku tu  Dekat situ kitorang kira semua keperluan. Bukan susah pon guna buku tulis yang adik korang dah tak guna tu pastu korang contengla semua kat situ. Setiap barang yang dah beli tulis harganya dekat buku tu. Jadi, nanti takde la over bajet.

Senaman
Masa kahwin mesti semua duk berangan nak cantik ngan selim-melim duk atas pelamin. Apa lagi kalau duk angan-angan Mat Jenin tak jadi apa la semua tu. Kurang-kurang masa pegi kerja naik pejabat gunala tangga. Ini tak, nampak lif terus tekan . Ting! Dah sampai. Kata nak selim. Rajin la sikit dik non oiii. Hakak pon dulu malas jugak. Nasib Mr B rajin ajak keluar dating. Ooopss.  So sebab tak tau nak dating ke mana. Kitorang pon duk la berlari macam ala-ala hindustan dekat track joging Putrajaya tu. Peluh merecik-recik tau. Habis je jogging beli aiskrim Magnum sebab nak reward diri sendiri yang penat berhempas pulas tu. Hmm . makan jugak. Patutla hakak tak kurus.

Survey
Korang dah kena mula survey. Cari information. Sekarang zaman internet di hujung jari. Korang boleh dapat banyak maklumat dan boleh bandingkan harga. Tapi lagi better pegi dekat fizikal kedai tu dan tengok macam mana dia operasi. Tanya betul-betul apa yang korang nak. Taknak la nanti korang dah minat bagai semua last-last duit lesap. Yang penting pastikan ANDA TIDAK DITIPU!

5 Bulan Pertama

Pilih Tema:
Impian Cik Green dari kecik lagi bila kahwin nak pakai warna hijau. Warna favourite Cik Green. Bukan Mak Ko Hijo eh. Pastu nak kahwin ala-ala konsep tradisional. Dulu kecik-kecik merenyai jek kerjanya. Haha. Cik Green dengan eksaitednya bagitau la MR B yang Cik Green nak tema Hijau. Tup tup dia nak buat tema warna ni kat umah dia. Dah siap bagitau family dia pulak tu. Aduh poning den. Nak marah bakal laki. Dah la Cik Green malas nak fikir warna tema lain. Lepas berdebat panjang, Cik Green tetap nak wana hijau. Jadinya, rumah Cik Green warna hijau, rumah Mr B warna Merah. Kata sambut raya Cina. Hahaha. 


Masa try test baju. Habis semua baju den try. Yang penting hijau tetap di hati.


Pilih Lokasi dan Masa :

Majlis Akad Nikah:
Lokasi: Surau berdekatan Rumah Pengantin Perempuan
Masa: Lepas Asar (sama macam Majlis Bertunang hari tu)

Ikutkan nak buat Majlis Akad Nikah malam. Tapi ada keluarga besar Cik Green yang tak setuju. Takut black out katanya. Ye la. Benda nak jadi bukan kita tahu pon. Baik prepare awal-awal sebelum kena ye dak? Lagipon kalau malam buat majlis akad nikah karang esok nak bersanding dah sembab je muka tak cukup rehat. Kan tak cantik gitu. Itu belum lagi kot dapat dua, tiga pengantin nak nikah malam yang sama. Jenuh pulak korang nak tunggu tok imam nanti. 






Nota Kaki: Cik Green sah menjadi seorang isteri kepada Mr.B tepat pada jam 6.00 petang

Majlis Bersanding: 
Lokasi: Rumah Pengantin Perempuan
Masa: Sebelum Zuhur

Nota Kaki: Masa sebenar bersanding jam 12.30 tengah hari.


4 Bulan Pertama

Baju Family
Bila dah ada tema, semua family pon mesti nak pakai sama tema kan? Cik Green taknak semua orang pakai warna hijau. nanti nampak tenggelam pulak pengantinnya. Jadinye Hijau untuk pengantin jek. Untuk family pakai warna Ungu.


My Family

Senaraikan dan tetapkan tetamu jemputan
Kira dulu berapa banyak jemputan yang nak dijemput. Jangan kira sorang-sorang. Tanya family jugak tau. Ye la bukan kawan dan saudara mara korang je yang nak datang even tu majlis korang. MakPak ngan adik korang pon nak jemput jugak kawan-kawan dia makan kenduri. Pastikan target jemputan berapa ramai dan jangan lebih dari target ok. Karang makanan tak cukup keluarga korang jugak yang malu. 

Tempahan Catering
Bincang dengan family dulu untuk kenduri nak buat camana? Kalau dekat taman dan bandar sekarang ni dah jarang orang nak buat rewang. Rumah Cik Green family kitorang decide untuk tempah katering. Untuk katering kami pilih Sham Catering (http://www.shamcatering.my/). Harga dia, servis dia, makanan dia semua tip top. Setiap hari Sabtu dia ada buat food test. Korang pegila rasa. Free jek . Yang duduk area Seremban boleh pergi dekat area Taman Seremban Jaya, Senawang.

Yang ni kena tempah awal. Cik Green tengok list tempahan dia dah ada orang booking sampai bulan Mei tahun depan . Wallaweh . Padahal masa Cik Green pegi tempah tu baru bulan Oktober.  
Masa ni pon korang dah kena decide tema nak warna apa. Sebab dia nak pasang scallop dekat canopy. Kurang-kurang kena ada 2 warna pilihan. Macam Cik Green scallop warna Hijau & Ungu.



Photographer
Hari-hari la Cik Green duk survey dekat internet untuk cari photographer ni. Rupanya pakej untuk photographer ni boleh tahan jugak mahai dia. Cik Green cuba la pulak tanya kawan masa study dulu. Dia amik course photography. Bila tanya, dia pon kata ok. Harga pun kawan-kawan katanya. Alhamdulillah. Jimat banyak kat situ. Thanks Wan.



Hasil dari tangkapan dan tembakan kamera Wan

Wan yang pakai topi koboi tu. Ni la semua bestfriend Cik Green masa dekat UiTM


Hantaran 
Dalam masa 3, 4 bulan ni korang dah boleh cari dan siapkan hantaran sikit-sikit. Untuk hantaran kitorang sepakat untuk bagi 13 dulang dari pihak perempuan dan 11 dulang dari pihak lelaki. Apa? Banyak! haha. Jangan risau. Nampak je banyak. Tapi yang kitorang bagi kebanyakannya makanan. Biasalah. keluarga belah lelaki besar. So, semua boleh merasa. Ye dak?

3 Bulan

Kursus Kahwin
Kursus ni wajib pegi. Karang tak pegi tak kahwin pulak kau jang. Cik Green dah pegi dengan kawan sebelum ni dengan Syarikat PYS Management & Services yang diorang buat dekat USIM. Sijil ni sahlaku sampai akhir hayat tau. Jadi tak payah la pegi lagi . Mr. B je la yang pegi. Banyak tempat yang buat kursus ni. Korang boleh cari Syarikat yang anjur atau pun Majlis Agama. Yuran kursus RM80.00. Kursus ni 2 hari dan korang siap dapat makan dan minum percuma. Yang penting lepas habis kursus tu dah boleh dapat sijil nikah (Tertakluk pada syarikat yang anjur kursus). Yeay !

Tempah Baju/ Pelamin Perkahwinan dan Juru Solek
Untuk baju akad nikah, Cik Green dan Mr.B tempah baju dekat butik Pengantin di Nilai. Kalau ada yang berdekatan Nilai boleh tempah dekat butik ni. Cik Green dah lupa nama butik ni tapi boleh contact Kak Sue (019-230 0508). Kedai dia dekat Taman Semarak sebelah SportsPlanet. Satu deret dengan Restoran AsSalam. Ikutkan nak tempah baju sanding pon dekat sini tapi sebab  ada caj penghantaran ke luar dari Nilai so tak jadi. hihi



Gigih tau dik non Cik Green melukis. Ni design baju nikah Cik Green. Ada banyak design yang Cik Green lukis. Tapi design ni la yang bagi dekat tailor. Ikutkan sebenarnya nak labuh sikit atas lutut. Tapi agaknya tailor tu pon tak paham design ni. Kembang mambang jek Cik Green lukis.

Yang penting ribbon yang Cik Green lukis kat atas tu ada . Haha


Pakej Baju Nikah, Pelamin dan Andaman pulak Cik Green tempah dengan Aini Gemalai Anggun. Masuk jek butik wah mesti mahal pakej dia. Tapi korang jangan terkejut harga dia memang sangat affordable. Berbaloi-baloi bak hang. Masa survey tu jugak ada masuk butik lain area Senawang tapi harga dia mak aih mahai gile. Range harga dia dari RM4K-6K. Dengan kedai nya macam siap tak siap. Pastu dengan baju zaman saloma dulu kala. Haihh..

Berbalik pada Aini Gemalai Anggun tadi Cik Green pilih baju songket. Pakej untuk songket sekali dengan pelamin yang gorjes dan andaman yang natural beauty time nikah dan sanding tak lebih dari RM2K. Kalau yang duduk area Senawang/ Paroi/ Seremban boleh pergi dekat kedai dia Tingkat 2, Taman Matahari Height, Senawang. Korang cari la banner kedai dia yang gempak tu. Jumpa la nanti kedainya.






Pelamin by Aini Gemalai Anggun. Lawa ke idak ? Lawa kan . 

Tempah Jurunikah
Pastikan dulu korang dah set tarikh betul-betul. Pastu tanya dengan jurunikah dia available tak tarikh tu. Karang kot ramai yang nak sanding time tu tak jadi la pulak korang kahwin. Hihi.

HIV Test
HIV test ni tak lama pon. Dalam sejam setengah dah siap. Itu pon sebab takde orang. Kitorang buat HIV test dekat Klinik Kesihatan Seremban sebelah Hospital Tuanku Jaafar. Tapi siapa yang nak pegi situ kena datang awal sikit. Kalau tak silap pukul 4 dah tutup.

Tempah Kad Kahwin
Kad Kahwin kitorang tempah dekat Hentian Kajang. Banyak kedai untuk cetak kad kahwin kat sana.Dia boleh siapkan dalam masa sebulan dari tarikh kita tempah. Dekat Seremban pon banyak tapi harga dia pon boleh tahan jugak.Pakej tempahan kad nikah ni Cik Green dapat Banting (2 unit), Signage (4 unit), Kad Jemputan VIP (10 unit) dan kad jemputan biasa yang kita dah pilih tu.

Manjakan Diri
Nak kahwin mesti nak cantik kan. Takdela korang nak berdaki-daki hitam kat badan, celah ketiak dengan celah paha tu. Pergila spa. Bersihkan dan manjakan diri. Biasanya korang kena pegi banyak kali tapi Cik Green pergi sekali jek. Sebabnya MR. B yang hantar. Pastu dah la lama dia tunggu siap balik kampung dia dekat Rembau lagi Cik Green tak siap-siap. (almost dekat 6, 7 jam jugak la). Siap kena marah pulak tu. Buat apa membazir duit bayar mahal-mahal katanya. Tengok sama jugak. Haish! Dia tak rasa ke kulit Cik Green yang dah halus mulus ni. Sabar je la deh.

2 Bulan

Lengkapkan Borang dan Dokumen Berkaitan
Borang Nikah kena ambil atau download dekat Pejabat Agama Negeri masing-masing tau. Macam Cik Green bermastautin dekat Negeri Sembilan jadi download je dari website Pejabat Agama Seremban (http://www.sppim.gov.my/sppim/home). Mr.B pulak orang Selangor jadi dia kena download Borang Nikah Selangor dan dapatkan pengesahan untuk berkahwin luar kariah.. Yang lelaki dah selesai isi borang semua kena bagi dekat pihak Perempuan pula untuk dikepilkan dan dihantar bersama dekat Pejabat Agama Seremban. Sertakan gambar nikah sekali tau.

Tempah Kompang dan PA System
Mula-mula mak Cik Green suggest nak gunakan persembahan Caklempong dari sekolah adik. Ada kelainan sikit. Tapi bila bincang dengan cikgu katanya Caklempong sekolah diorang dah stop. Alahai. Pastu makabah Cik Green cari yang lain, jumpa pulak dengan group yang boleh bawak Kompang dan Caklempong sekali. Nak satu tapi dapat dua. Alhamdulillah. Pakej tu.

PA Sistem pulak abah booking dengan kawan dia. Katanya DJ  bola sepak dekat Stadium Paroi. Cik Green pon boleh jek. DJ ni siap bacakan doa selamat lagi tau untuk kitorang masa Majlis Sanding tu. Suara best. Lagu pon sedap-sedap. Tapi lawak dia masa jadi DJ kat rumah hilang pulak. Jadinya agak kurang kemeriahan dekat situ.


Cari Pengapit Pengantin
Pastikan korang dah book pengapit korang awal. Dan pastikan dia datang tau masa majlis korang. Cik Green cuba elakkan dari guna adik beradik dan saudara mara sebab diorang mesti sibuk kan hari tu. Cik Green pilih my colleague/ my ex roomate merangkap my sister, Akhma.

1 Bulan

Edaran Kad Kahwin
Bila dah dapat kad, korang bahagikan la. Berapa untuk pihak perempuan, berapa untuk pihak lelaki. Berapa untuk ahli keluarga.Pastu mulakanla menjemput dari rumah ke rumah. Mana yang jauh tu pos atau gunakanla medium whatsapp/ FB atau call. Tapi lebih afdhal kalau kita sendiri hulurkan kad tu kan .


Keluarga jauh dari Kelantan pon datang jugak untuk majlis Cik Green

Yang ni serius Cik Green taktau pon abah siap jemput Menteri Besar Negeri Sembilan, Tok Mat datang majlis ni. Sempoi sungguh MB.




 Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan. 

Gubah Barang Hantaran
Cik Green  banyak gubah sendiri je dulang hantaran. Biar la simple ke yang penting dari hasil tangan sendiri.Setiap minggu Cik Green balik nak siapkan dulang hantaran. Sampaikan pengantin lelaki dah nak sampai masa bersanding baru siap semua dulangnya. Haha. Nasib baik siap.

DoorGift dan Bunga Telur
Untuk doorgift kena survey banyak kali dan banyak kedai. Jangan ko dah terpesona dengan barang tu, ko terus je beli. Padahal banyak lagi kedai yang jual barang yang sama dengan harga yang lagi murah. Dah beli start la packing masuk dalam bekas. Untuk dewasa Cik Green beli botol harga dalam 0.60 seunit pastu masukkan biskut aiskrim. Untuk kanak-kanak pula Cik Green bagi set coklat dan gula-gula. Botol, bunga untuk gubahan dan bunga telur semuanya Cik Green beli dekat Nilai 3.


Majlis Bertandang:
Lokasi: Rumah Pengantin Lelaki

Masa: 12.30 tengahari

Masa majlis bertandang, Cik Green datang bawak badan ngan beg baju jek. Tak tau pon apa yang keluarga lelaki dah prepare. Sebab Seremban dengan Kajang tak jauh, jadinya dalam pukul 9.00 pagi baru Cik Green gerak dari rumah dengan adik. Abah konvoi dengan makcik pakcik ngan sedara yang lain. Mr.B pulak sehari sebelumnya dah balik rumah dia dah. Nervous beb nak gi rumah keluarga mertua. Semua perasaan ada. 

Keluarga lelaki ada sediakan rumah untuk keluarga Cik Green menunggu. Jadinya semua berkumpul dulu kat rumah makcik dia sementara nak tunggu Cik Green dan Mr B bersiap.

Oops. Untuk majlis bertandang ni keluarga Cik Green bawak 2 bunga pahar untuk pihak lelaki. Tapi yang bestnya, kenduri belah lelaki semua diorang buat sendiri. Dari khemahnya, rewangnya, makanan pengantinnya. Ada juga persembahan silat dari pakcik-pakcik dia. 

Makan beradap dengan Ma ngan Abah

My Family. Sedih masa nak kena tinggal dengan diorang. 

Rakan-rakan sekerja.

Anak-anak yatim yang turut hadir. 



3 Bulan Selepas Kahwin.

Kad Nikah

Jangan lupa ambil kad nikah korang dekat Pejabat Agama. 

No comments:

Post a Comment