Monday, February 24, 2014

Pendakian Bukit Broga

Sesi memecah lemak badan ni actually takde planning pon.. Hari Khamis tu tup-tup dioarang ajak pegi then ari Sabtu terus naik.. aku pon terexcited samala.. mana taknye orang lain yang dari jauh dah sampai Bukit Broga, aku yang lebih sikit dari sekangkang kera ni pon tak sampai-sampai lagi..

Kitorang janji pukul 6 lebih baru nak gerak.. tapi sebab semangat yang membuak-buak nak tengok matahari terbit so dengan kuasa veto aku pon ajak diorang gerak awal.. Bajet kol 5.30 dah gerak.. tup-tup kol 6 lebih gak baru gerak.. janji melayu kan.. aku la tu yang lambat.. hahaha.. sori kengkawan.. ni sume gara-gara nak bawak bekal tuk kawan-kawan. siap masak mee goreng di pagi-pagi hari kengkononnye nak makan kat puncak bukit..

Utk 1st timer cam aku yang dah sekian lama tinggalkan aktiviti lasak, panjat bukit pon agak penat gakla.. ye la sambil mendaki sambil bertafakur bilala nak sampai ni. tapi bila dah sampai puncak tu, uish memang ramai gila orang.. cam semut bergerak.. tak sangka betul aku.. kalah org ramai yang ade dekat shopping complex..kalau nak tau ade gak orang yang bawak sekali baby.. tak silap aku baru 2 bulan kot baby dia.. semangat betul.. Kalau aku takdela kot..

Utk yang berhajat nak try daki, aku cadangkan tryla naik.. tak rugi.. angin dia dah la gile sejuk..best.. bile nak turun tu plak cam sekejap jek aku dah sampai bawah.. pastu kitorang pon siap-siap tukar baju g kenduri Azie di sebelah lelaki plak.. sampai jek kenduri even masam je bau.. hahaha

Ni team yang pergi.. Team kampung pisang. hahaha :p
Ramai tak orang..? Ramai kan..??
BK Team..  Chaiyok ! Chaiyok !

Saya yang semakin mengembang.. oh.. tidak !

KIK oh KIK !

IMG_0100
My Team- Alamak!! tak cukup member.. En Nasir takde time ni.. tempat yg kosong tu untuk dia..

KIK..??

hmm... dapat je task kena involve KIK tahun ni badan terus jadi kejang.. seram beb.. boleh ke kitorang buat..? mampu ke..? semua tanda tanya dan persoalan bermain kat minda.. 

kalau ikutkan rotation tahun 2013 memang BK kena involve la lepas BMI.. First nak tubuhkan team pon sgt haru.. yang pegawai2 memang sume menolak.. haishhh.. takkan machaie yang nak handle kot.. aku pon even penah join sebelum ni tapi takde la pandai mane bila datang time berinovasi dan berkreatif ni.. tapi kalau bab berangan memang aku no 1..nak wat camne.. dah sume taknak so aku dengan bangganya lantik diri sendiri jadi ketua kumpulan.. hahaha.. gipang gile beb.. (lama dah aku tak guna ayat gipang ni.. ni ayat2 zaman sekolah ni). Gipang tu stand for gila pangkat.. haha

Berbekalkan kecekalan hati ni,  aku pon lead kawan-kawan yang almost of them memang zero in KIK. Masa perbincangan dibuat tahap kesabaran yang paling tinggi amat diperlukan.  Ikutkan sebenarnya banyak je salah yang dibuat tapi nasib baik ade klinik KIK.. dah kena ceramah and teguran yang amat bernas maka kami pon bertungkus lumus nak siapkan semua ni.. and alhamdulillah, masa Konvensyen KIK peringkat Universiti, kitorang dapat tempat ketiga.. sangat-sangat tak sangka.. syukur ke hadrat Illahi.. 

IMG_0158

IMG_0164
IMG_0193


Misi Bantuan Banjir di Kemaman, Terengganu

Assalamualaikum..

Hujung tahun lepas Cik Green dengan team BK buat misi bantuan banjir.. haha mesti korang cakap cite ni dah berkepuk kan.. haha.. biala.. okey-okey kitorang pergi dalam sebuah bas. Hampir 40 orang juga yang terlibat dengan Misi bantuan Bajir ni. 

Mula-mula ingat kitorang akan membantu dekat Kuantan. Dekat situ kan tempat paling teruk yang kena musibah banjir tapi memandangkan dah ramai sukarelawan dari macam-macam agensi dan negeri yang datang dan hulurkan bantuan, jadi kitorang pon teruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu. Bergerak pada jam 12.00 malam dan tiba di Kemaman dekat jam 5.00 pagi. Sekolah tempat yang kitorang menginap tu sangatla teruk.. Lagi teruk dari sekolah yang pernah kami bantu di Segamat dulu.. 

Bila ditanya dengan penduduk tempatan dekat situ diorang bagitau yang sebelum ni kawasan kampung ni tak pernah lagi dilanda banjir sejak dari diorang duduk dan menetap walaupun dah berbelas-belas tahun. Semoga mangsa banjir bersabar-banyak. Ini semua ujian dan dugaan untuk menguji keimanan kita.

Mungkin Cik Green tak pernah rasa apa yang mangsa banjir tu alami, tapi In Sya Allah selagi kudrat ni ada selagi tu akan diteruskan untuk membantu mereka. Kehadiran kami mungkin sekejap di sana tapi Cik Green harap sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang diorang tanggung.


Lumpur-lumpur ni nyaris-nyaris nak buat aku tergolek.. tengok abang ni.. mantap la bro.. !.

Ni sekolah yang kitorang duduk dan tolong bersihkan 
(Sekolah Kebangsaan Ayer Putih, Kemaman)
Masterchef Cabaran Luar, haha.. 
Kitorang bawa bahan dan masak sendiri je  masa kat cni.

Buku-buku pon banyak yang habis koyak rabak..
Team BK sangat bersemangat mencuci dan mengemas perpustakaan di kampung tersebut..
Abaikan pada kanak-kanak ribena yang comot itu.. haha. Sgt excited dapat main air sebenarnya..