Sunday, September 8, 2013

My Name Meanings..

" NOR "

You have a vivid imagination who can bring inspired messages to the world. You must remain positive, or instability will result. You like to enjoy the pleasures of life, and when self is overcome, you can rise to the heights. Envy, jealousy and divorce are common to someone whose name contains an N. Sometimes you can think clearly, but at other times you tend to rationalize the truth and make it serve your own purposes. You have an ability to avoid trouble - that is why you often fails to learn from experiences. You may be tested in regards of misuse of freedom and in connection with sex. You are restless, sociable people-oriented, a lover of change, and a seeker of adventure and new thrills. You are frank, methodical and believe in law, system and order.
You are always looking for an opportunity to achieve financial and emotional security. You are basically peacemaker. You understand the law of harmony and desire to balance your life with those around you. You may feel incomplete without someone to share your love, ideals, wealth or work. Symbolically, your prime challenge is fear, fear of being alone, but on a higher place, you just feel unhappy where there is a lack of harmony or evidence of disapproval. You can be very sensitive and could appear a bit shy and perceptive. You have developed intuition, patience and the ability to nurture others. You can achieve the state of happiness if you is willing to accept your needs in a complimentary relationship and go to create them. That gives you freedom to be the way you are, instead of being compelled into addictive behavior patterns.

" AZRIEN "

Powerful and complete. You are good intellectually and require several outlets for your energies. You are not a builder but a planner, and you want others to carry out your plans. You have lots of ideas and begin many projects but do not always finish them. A is a letter of initiative, self-reliance and will power. If negative, you can be sarcastic, cynical, or critical. You are bold, independent, inquisitive and interested in research. You know what you want and why you want it. If A is the first vowel and there are two A's in the entire name, you are a clear thinker. If A is the first vowel and there are more than three A's, you can be egotistical, cynical and even critical.
You are always looking for a chance to do your own thing, to be your own person, and to have things done your own way.



Sunday, September 1, 2013

Lelaki Nakal

Wah tajuk kali ni lelaki nakal gitu.. takpe kan.. ? rasenya selagi tak kawen aku boleh post jek cerita pasal laki ni.. nampak cam gatal kan..? haha.. biarla..ado aku kesah.. :p

Actually aku baru habis baca magazine.. sekarang aku cam sangat rajin plak baca buku.. baca novel, buku biografi, majalah, habis sumenya aku baca..so, semalam dekat mid valley aku cam nak beli novel sebenarnye.. tapi ntah camne mata aku duk melilau-lilau dekat area magazine plak.. so2 magazine la aku tangkap semalam.. HARMONI ngan REMAJA..

Dalam majalah Harmoni ade story pasal "Sifat Lelaki Nakal Bikin Wanita Tertawan".. Criusly, type lelaki yg aku suka lelaki yg camni.. Kalau aku jumpa lelaki yg cam baik2, bukannye tak suka tapi sifat dalaman aku mesti cam nak memberontak.. haishh! faham tak..? hmm.. aku pon tak paham, buat-buat je la phm yek.. Cthnye la kan, sebab aku pnh jugak keluar dengan beberapa org lelaki, lelaki baik ni dia mesti tanya kita awk nak g mane..? nak makan ape..? nak buat ape..? bila nak jumpa..? tak boleh ke kalau dia terus putuskan.. aku lagi suka org yg boleh terus buat keputusan dari aku pening-pening nak mikirkan sume benda tu kot.. huhu

Then, kalau kategori nakal ni jugak dia boleh maen tarik tali dengan kita.. biasanya pmpuan jek yang suka men tarik tali kan.. sebab nye jenis aku plak kalo org tu duk je depan mata ni takdenya aku nak perasankan dia pon.. kalau dia dah pegi.. tetiba aishh.. manenye dia ni..? mulala cam risau2 gitu..tapi jgnla hilang terus.. kan..? betul tak.. ade tak yg setuju..? hahaha..

Lastly, aku rase kita di pihak perempuan pon tak berapa suka dengan dengan lelaki yg terburu-buru ni.. baru kenal 2,3 ari dah ajak kawen.. yg ni aku penah kawan dengan org cam ni.. gila terkejut beruk aku.. dia buat aku rase cam takut..dahla aku tak berapa kenal dia sgt mase tu.. mungkin sebab umur dia pon dah banyak buatkan dia terus cakap camtu..

kat atas ni cuma pandangan aku.. mungkin ada yg setuju mungkin ada yang tak.. lagipon ni first time aku buat luahan rase jenis-jenis laki yg aku suka.. haha.. gilos..


Monday, June 24, 2013

Jerebu 2013

Masa tengah-tengah menaip ni sy sedang tersedu-sedu.. nak minum air tak boleh plak sebab tengah berpuasa. abaikan jela .. orang tua-tua kate tu sebab nak membesar.. nak besar tang mana pon tak tau lagi.. sume dah besar kot.. (jgn pk negatif k..huhu..)

Tekak pon tengah sakit ni.. mana taknye, jerebu sekarang masuk sampai dalam opis.. haishh.. bila la jerebu ni nak pegi.. busuk betul bau dia.. semalam gi Melaka sebab nak hantar assignment.. wah..!! tak nampak jalan dekat highway tu tau tak.. then pagi tadi bila balik nilai ingatkan jerebu belum sampai lagi kat sini tapi rupa-rupanya dah agak teruk jugak..

So, macamana kita nak cegah jerebu..?? cuba tengok bawah ni..


Setiap tahun, jerebu memang akan melanda. Ini disebabkan punca pembakaran yang dijalankan oleh petani-petani di Indonesia yang mana mereka akan membakar kawasan pertanian mereka bagi menerangkan kawasan. Sepatutnya, dah lama Indonesia ambil langkah produktif untuk tangani perkara ni. ASEAN juga boleh ambil tindakan sebab ini bukan je melibatkan negara mereka tapi juga negara-negara berhampiran.Kelmarin kalau tak silap aku masa tengok berita pon, petani-petani dekat Indonesia pon tak kan hentikan kegiatan pembakaran diorang selagi kerajaan Indonesia tak keluarkan arahan. So camna tu..? Dah teruk macam ni pon takkan nak tunggu dan lihat jek..

Kalau ikutkan sekarang ni , IPU dekat nilai dah capai 149 (masa jam 11 tadi). Kalau korang nak tengok IPU dekat kawasan masing-masing boleh tengok SINI. Ade yang dah masuk kawasan darurat. Sekolah pun dah banyak yang tutup. Banyak aktiviti luar yang kena dihadkan.(kawan-kawan aku yg jadi cikgu kemain suka lagi bila sekolah tutup)..

PETUNJUK:


IPUTahap PencemaranKesan-Kesan Kesihatan
0 - 50BaikKualiti udara dianggap memuaskan, dan pencemaran udara menimbulkan sedikit atau tiada risiko
51 -100SederhanaKualiti udara boleh diterima, namun bagi sesetengah pencemar mungkin ada sedikit kebimbangan kesihatan untuk sejumlah kecil orang yang tersangat sensitif kepada pencemaran udara
101-150Tidak sihat untuk kumpulan sensitifAhli kumpulan-kumpulan sensitif mungkin mengalami kesan kesihatan. Orang ramai berkemungkinan besar tidak akan terjejas.
151-200Tidak sihatSetiap orang mungkin mula mengalami kesan kesihatan; ahli-ahli kumpulan yang sensitif mungkin mengalami kesan kesihatan yang lebih serius
201-300Sangat tidak sihatAmaran kesihatan keadaan kecemasan. Berkemungkinan besar seluruh penduduk akan terjejas.
300+BerbahayaAmaran kesihatan: semua orang boleh mengalami kesan kesihatan yang lebih serius

Monday, May 27, 2013

Cara Berpakaian Ikut Bentuk Badan

Assalamualaikum..

hye..!

Orang kate sharing is caring. jadinye, aku nak share sikit cara-cara berpakaian mengikut bentuk badan. ni aku amik dari blog ini . Sama-sama la kita try. jangan nanti jadi mangsa fesyen. ok..!






Segi empat bujur

 
Wanita mempunyai garis pinggang yang kecil atau tiada langsung. Bergantung kepada berat badan atau ketinggian masing-masing, keseimbangan badan mampu diraih dengan menggunakan pakaian berlapik bahu, pemakaian vest, jaket atau fabrik lembut untuk pakaian bahagian atas.

Berlian

Bentuk Berlian dikategorikan untuk wanita yang mempunyai perut atau pinggul yang agak besar daripada bahagian dadanya. Untuk menampakkan bentuk badan seakan kurus perlu mengenakan aksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, warna gelap atau gaun tanpa pinggang dan vest terbuka.
 
Bujur telur
Mereka yang mempunyai bentuk badan Bujur Telur perlu memilih pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak sederhana daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga sederhana. 

Sebagai tambahan, mereka boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna-warni untuk mengalih perhatian.

Hourglass

Bentuk Hourglass diandaikan sebagai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada dan pinggul yang agak sama. Sementara ukuran pinggangnya lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) lebih kecil daripada dada atau pinggulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti itu sesuai dengan apa saja pakaian. Membeli-belah cukup mudah untuk mereka.
 
Segi tiga terbalik

Bentuk badan seperti ini juga yang kedua paling diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah.

Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A, tekstur yang garang, corak bergaris mendatar serta seluar labuh. Atau meminimumkan bahagian atas badan dengan mengenakan blaus berkolar luas, corak bergaris menegak dan tekstur fabrik halus.

Tambahan: 

Dicadangkan juga untuk memakai baju berwarna gelap dan bahagian bawah warna terang. Fungsi gelap bagi menampakkan bidang bahu sedikit kecil. Aku boleh cakap sebab badan aku ala2 yg ni kot.. hee
 
Segi tiga (buah pir)

Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu, ia adalah aksesori penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai pakaian untuk bahagian bawah seperti skirt atau seluar.

 
So, ape lagi. lepas baca cubala try yek.. mane tau, anda akan lebih manis dalam berfesyen. :)

Wednesday, May 15, 2013

Kelam Kelibut!

Setelah beberapa hari menanti, akhirnya harini tiba jua.. (ku tiba lagi.. bersama rasa rindu bla.. bla.. bla).. aishh.. boleh nyanyi lagu Hyper Act la plak kan..

Harini dengan semangat yang kengkononnya membara, jam 6.05 pagi aku dah terjaga.. hebat betul, 3 hari ni aku bangun tanpa dikejutkan oleh bunyi loceng jam lagi. Pukul 7 aku dah ada dekat pejabat.Awal gile kot. Selalu aku sampai dekat pejabat pukul 7.58, 7.59.. Tapi harini aku ada misi penting.. aku kena pergi Seremban dan ada dekat sana tepat jam 10.00 pagi..Tapi ada beberapa pancaroba yang terpaksa aku lalui harini sepanjang menempuh misiku ni..

Antaranya ialah:

1) Keluar tol jek perut aku memulas-mulas - Terpaksa cari tandas yang terdekat.

2) Alamak!! nape salinan ni tak stapler.. ! Kena cari kedai stationery terdekat ni.. Masa ni jam dah pukul   9.30 pagi. Dekat area situ takde kedai jual stationery. Jadi, terpaksa masuk bandar plak.. Akhirnya aku berjaya dapatkan sekotak klip kertas berharga RM0.75. Nak pakai sekeping jek.. huhu..

3) Salah masuk bangunan.. sepatutnya aku kena pergi Wisma Persekutuan la.. bukannya Wisma Negeri.. Masa ni jam dah 9.40. Berlari-lari anak aku keluar balik dari situ.

4) Dah sampai tepat jam 9.50. Tapi masa serahkan salinan tetiba ada lagi salinan yang tak cukup. Alaa.. takkan kena cari kedai lagi kot.. Padahal belakang akak tu ada jek fotostat takkan tak boleh consider kot.. Hmm.. terpaksa jugak aku turun.. Cari2 kedai tapi mak aih panjang gile orang beratur.. Dahla satu ni jek kedainya..

5) Naik balik lif.. tetiba.. grekk.. grekk.. ha..??? lif sangkut.. aishh..! nape camni aku dah berpeluh2 ni.. :'(

Nasib baik aku sempat sampai.. tapi darah gemuruh aku makin menjadi-jadi.. Ya Allah.. engkau permudahkanlah perjalanan hidupku.. Aminnn..



Monday, May 6, 2013

Think for the future

hai hai hai..

rindu aku tak..

mesti tak kan..? hahaha..

well.. untuk tahun ni setelah 4 bulan berlalu ni post pertama blog aku.. Sibuk gle weyh.. almaklumla sibuk nak ngundi.. huhu.. bajet gile.. macam awak la yang pegi pasang bendera bagai.. padahal duk terperap jek kat umah tu.. 

haha.. tak kisahla kan..

so arini aku teringin nak update pasal PRU 13 yang baru je berlangsung.. 

FYI, tahun ni kali kedua aku jadi warganegara yg bertanggungjawab dan pergi mengundi..  tahun 2008 1st time aku g ngundi.. masa tu bajet comel la aku g ngundi. Terkedek2 jek jln kaki g sekolah kebangsaan taman universiti 2, skudai (hmm.. kalau tak silap aku la) sebab lepas tu aku pindah seremban.. n semalam after 5 years aku keluar mengundi lagi tapi kali ni sebab den dah jadi org negeri sembilan jadinye ngundi kek seromban je la..

tapi aku taknak cite panjang2 pasal aku g mengundi ni.. aku cuma nak bincang pasal keputusan pilihanraya.. bincang ok.. sume org bebas memberikan pendapat.. (fullamak.. dah cam dekat parlimen plak.)

ok.. kalau ikut keputusan yang keluar malam tadi (ingat nak tunggu sampai habis tapi tertido plak.. last2 tv yg tengok aku.. huhu), BN menang majoriti dan mengekalkan kerusi kerajaan.. Kedah berjaya diterajui semula oleh BN manakala Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan gagal dirampas..  Kalau tengokkan Pulau Pinang dan Kelantan memang sukar la sebab tu memang kubu kuat PR walaupun BN yakin boleh menang..

Tapi yang buat aku terkejut kita tengok kerusi Gelang Patah, Lim Kit Siang vs Datuk Abd Ghani Othman.. Macamana Menteri Besar Johor boleh kalah sedangkan LKS baru je masuk kawasan Johor..? kalau kita tengokkan macamana kuat pon kempen org melayu tapi org cina tetap akan pilih org cina.. ade nak pilih org melayu..? takde kan..? kecuali kalau tu kawasan org cina tapi dua-dua perwakilan dari org melayu mungkinlah kot diorang pilih org melayu. apa yg patut kita belajar sekarang adalah bagaimana cara nak satukan semangat di kalangan kaum kita sendiri.bukan berdengki dan bukan sibuk fitnah sana sini di kalangan kita sendiri..  org lain seronok tengok kita buat rusuhan bagai, tapi yang akan amik kesempatan plak sape..??  

tapi antara MCA dan DAP pulak kenapa org cina lagi banyak pilih DAP.. kalau ikutkan ulasan yang aku dengar dekat tv semalam ini disebabkan DAP lebih bersuara lantang dari MCA. So, dari suara2 tersebut maka barulah kerajaan akan ikut kemahuan mereka.

lagi satu, ada jugak kakitangan kerajaan yang pertikaikan.. eleh, bukan Najib pon yang bayar gaji kita ..semua tu kan guna duit rakyat.memang bukan dia yang bayar..  kalau aku jadi PM pon belum tentu aku akan bayar gaji penjawat awam guna duit aku.. tapi apa yang kita nak tengok adalah macamana dia MENGURUSKAN.. mungkin ada janji2 pakatan yang buat korang tersenyum sampai ke telinga.. ye la sape yang tak suka bila dapat pelajaran percuma, cukai dan tol dihapuskan bla.. bla.. bla.. tapi kalau sume benda nak free macamana plak negara nak menjana ekonomi..?? kalau ptptn takde adik2, anak2 korang nak masuk U macamana..? kalau taknak bayar PT, dapatkan la 1st class..kalau taknak juga jgnla amik.. tapi jgnla menyusahkan org lain untuk jangkamasa akan datang.. fikirla panjang2..

aku bukan nak sokong sape2 sebab aku pon tak minat sangat dengan politik ni.. tapi kalau keadaan macam ni kekal kita takkan hidup aman.. kalau PR menang kemungkinan besar Perlembagaan yang kita ada akan digubal semula.. korang nak ke kuota yang diberikan kepada bumiputera selama ini dihapuskan..? sekarang kedudukan ekonomi org melayu kita dahla masih di bawah..fikir-fikirkanlah.. 

untuk BN, anda pon kena beware.. kalau keadaan ni berterusan tak mungkin satu hari nanti kerajaan akan berubah..

aku cuma mengharapkan walau sesiapa pun yang memerintah, kaum melayu dan bumiputera dapat bersatu padu..(bukannya tikam belakang, bukannya talam 2 muka dan bukannya segala macam yang negatif lagi)..kalau rase pendapat aku salah mungkin ada yang boleh perbetulkan.

think for the future..