Monday, May 29, 2017

Travelog Perth!

Tarikh: 18 hingga 23 Mei 2017
Lokasi: Perth, Western Australia
Flight: Air Asia
Currency Exchange: 1 AUD = RM3.35

FLIGHT


Masa rancang untuk bercuti Cik Green banyak tengok dekat Skyscanner. Mula-mula rancang nak pergi yang area dekat-dekat je tapi bila search flight tengok harga tiket ke Perth lebih kurang je yang dekat-dekat ni, jadi Cik Green pon terus book. Kitorang dapat harga RM570 return flight untuk seorang dengan Air Asia. Cik Green pergi dengan suami dan dua (2) orang adik.

Ni masa mula-mula book

Sebulan sebelum pergi boleh pulak dia bagitau delay.. hmm.. 

ITINERARY
Percutian kami berempat jatuh pada penghujung musim autumn dan menghampiri winter. Suhu sepanjang berada dekat perth adalah 6'c hingga 19'c. Kalau tak tahan sejuk, kena bawak baju yang lebih tebal semasa berada di sana.  Alhamdulillah kami dapat follow iti yang dah dirancang. Cuma kami tak sempat ke Rockingham (Penguin Island) untuk jumpa penguin dan dolphin sebab dah ditutup bermula 20 Mei 2017 lepas kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Perancangan kami ke Penguin Island sepatutnya  pada 21 Mei 2017, hari Ahad. Mungkin bukan rezeki kami untuk jumpa dengan penguin.


Untuk korang yang baru first time nak bercuti ke Perth boleh follow FB Page Tips Cuti-Cuti Perth (TCCP) admin by Kak Azlin. Dekat situ banyak info yang korang boleh dapat. Diorang banyak update dan sharing info.




Ini adalah contoh iti kami sepanjang berada di sana. Alhamdulillah kami boleh follow iti. Tak rushing, santai dan dapat cover hampir semua tempat. Perjalanan kami paling jauh pon ke Lancelin Sand Dunes. 

PENGINAPAN

Cik Green book penginapan melalui Air bnb. banyak jugakla cari tempat penginapan yang okey dan murah. Kalau korang book melalui Air bnb untuk pertama kali korang boleh klik link www.airbnb.com/c/miszr untuk dapatkan diskaun. Dan korang juga boleh dapatkan diskaun juga untuk sim kad OPTUS. Kalau biasanya OPTUS simkad jual AUD 15. Bila korang bagitahu korang book penginapan dengan Air bnb dia akan bagi less AUD 5 dan korang cuma perlu bayar AUD 10 sahaja untuk seorang. Cuma tunjuk je nombor booking korang kat pekerja kedai tu. Dia akan aktifkan simkad dan pasang terus sim kad tu pada telefon korang. Kedai OPTUS ada dekat bahagian luar sebelum keluar dari airport.

Penginapan kami tempah melalui Airbnb

Ini unit yang Cik Green sekeluarga duduk. Rumah dia complete dengan peralatan (iron, washing machine, hair dryer, periuk mangkuk cawan semua) dan parking pon depan rumah je. Unit ni sesuai untuk yang menginap dalam 4 orang sebab dia ada 2 bilik.  Lokasi dia dekat dengan Coles dan Charcoal Chicken Daniella, lebih kurang dalam 5 minit naik kereta. Host tak duduk sekali di rumah ni tapi anything korang boleh je mesej dia terus dan dia akan respon dengan cepat. 

Cuma yang kami tak boleh lupa hari ketiga ada jiran depan rumah ketuk rumah kuat gila. Cuak jugak la kitorang time tu. Nak apa pulak ketuk rumah tengah-tengah malam ni. Area rumah tu dah la agak sunyi jugak sebab pukul 8 dekat sana dah macam tengah malam rasanya. Rupa-rupanya dia nak minta lighter dekat husband sebab nak hidupkan rokok. Huissh. Gelabah kitorang tau nok. 

VISA

Di Aussie korang kena pakai Visa. Kalau buat dengan Azlinda Shaharuddin (FB) korang cuma bayaran RM20 seorang. Servis dia sangat cepat. Kami buat sehari alhamdulillah dah siap. Kalau buat di tempat lain mungkin ada yang kena bayar AUD 20. Kalau boleh korang buat la sebulan sebelum travel. In case kalau visa tak lepas sempat jugak la nak follow up. Kalau last-last minute takut hye hye bye bye je la. 

Ni ETA visa kitorang yang dah approve

TRAVEL INSURANCE a.k.a Insurans Perjalanan

Sebagai perlindungan diri semasa berada di luar negara, Cik Green ambil insurans melalui Gabungan Baiduri. In case kalau terjadi apa-apa sekurang-kurangnya kita ada perlindungan diri. Tak minta jadinya apa-apa tapi oprang kata bersedia sebelum hujan itu kan lebih baik. Kalau ada yang berminat boleh buka http://www.myarrehlah.my/ atau https://www.axa.com.my/

SEWA KERETA

Disebabkan kami tak duduk di tengah-tengah Bandar Perth seperti traveller lain mungkin agak sukar bagi kami untuk gunakan pengangkutan awam. Lagipon pertama kali kami backpackers sendiri ke luar negara. Jadi kami prefer untuk ambil kereta sewa. Lagipon senang untuk kami bergerak pada bila-bila masa sahaja.  

Kami sewa dengan HERTZ selama 5 hari termasuk insurans dan unlimited mileage without GPS. Dekat sana kalau jalan area Perth je korang boleh guna waze. Jalan dia sangat senang. Kami dapat kereta Nissan Pulsar Sedan. Selesa sangat. 

Sang suami kata dia akan jadi Driver Sampai Pencen (DSP) kitorang.. haha

Bagi yang ada anak kecil, jangan lupa ambil car seater ye.

MINYAK PETROL

Harga minyak di setiap petrol pump berbeza-beza. Minyak di bandar lebih murah dari di luar bandar. Hari Ahad atau Isnin (bergantung pada keadaan) juga lebih murah berbanding hari-hari yang lain. Harga yang diapaprkan oleh station minyak adalah per gallon. Untuk pertama kali isi tank yang hampir kosong dengan kadar AUD 114.00, Cik Green dapat isi penuh sebanyak AUD 40.00 dekat Swan Valley.

Masa nak balik untuk penuhkan tank kereta yang masih ada 4 bar minyak, Cik Green isi AUD 35.00. Mahal pulak time ni.


CURRENCY EXCHANGE

Bila nak tukar duit, korang kena selalu search lokasi untuk tukar duit yang lebih rendah. Cik Green tukar awal sebulan so masa tu dapat 1 AUD = RM3.35. Tapi lepas tu dia dah start turun sampai RM3.28. Orang kata kalau nak tukar duit yang paling murah korang boleh pergi dekat Pavillion, NU Sentral atau Mid Valley. Cik Green cuma tukar dekat Kajang je. 

Perjalanan ke AUSSIE

Kami bergerak dari Nilai dalam pukul 6.30 ke KLIA 2. Alhamdulillah kawan Cik Green sudi nak hantar dan ambil kitorang dekat airport. Kami sampai awal jugak sebab flight tunda pukul 9.45 am. Dalam pukul 3.30 pm kitorang  dah sampai ke bumi kangaroo. Hello Perth!

Diingatkan imigresen dekat Perth gunakan anjing untuk check beg korang. Pastikan tiada barang-barang terlarang dalam beg. Ada orang kata better siapkan list makanan  dan ubat. In case kalau imigresen nak check bag dia tahu apa yang ada dalam beg korang. Tapi yang kitorang punya diorang tak minta pon. Tengah beratur tu tiba-tiba imigresen tu datang kat kitorang, adik Cik Green si Dyla tu kena tahan. Dah kenapa pulak ni. Beg sandang dia kena bukak dan dia check satu-satu barang yang ada dalam beg tu. Alhamdulillah dia puas hati. So adik lepas time tu. 

Tapi masa balik Cik Green dengan suami pulak kena tahan. Rupa-rupanya dalam handbag ada lighter. Nak bagi souvenier dekat abah sebenarnya. Terlupa nak masukkan dalam beg besar. Sia-sia je kena buang ngan diorang. Suami punya lepas pulak. Nasib baik kitorang tak kena denda. Hmm. 

Lepas je dari imigresen kitorang terus tukar simkad dengan OPTUS dan lepas tu terus ambil kunci sewa kereta dengan HERTZ. Salah satu sebab Cik Green book kereta dengan Hertz sebab dia ada kaunter dalam airport. Keluar je dari airport terus ambil kereta dan return juga di airport. Lagi satu HERTZ punya kereta unlimited mileage. So kita takde la teragak-agak jarak pemanduan kita bila pergi satu-satu tempat. Sebab tak cukup masa kitorang tak naik ke Albany. Maybe next time boleh pergi sampai ke sana pulak. Wah! Next time ko. Macam ada hajat nak pergi lagi tu. In sya Allah kalau diizinkan tuhan, duit pon cukup apa salahnya ye dak?  Orang kata jauh perjalanan luas pengalaman. 

Apa yang menarik di Perth?

LOKASI MENARIK
  • Elizabeth Quay

Suasana dekat Elizabeth Quay menarik pada waktu malam. Dengan lampu warna-warni korang boleh ambil gambar yang cantik-cantik. Kitorang sampai sana dalam pukul 8 lebih malam. Sebelum jam 9 korang kena bayar ticket parking. Jadinya sila la bawak coin siap-siap. Sejam dalam AUD2.20. Sebab hari pertama kitorang takde la coin lagi. So, gigihla tunggu dekat kereta sampai pukul 9 pm takut kena saman. haha.

 
  • Caversham Wildlife Park
Kalau korang nak pergi ke Caversham, disarankan untuk pergi pada waktu pagi. Sebabnya masa ni kangaroo tengah lapar. Bila korang datang nak bagi makan, diorang semua secara automatik akan datang dekat. Siap jilat-jilat lagi dekat tangan kita. 

Nama binatang ni Wombat. 
Ada pakcik makcik yang ingat dia ni spesies b*** terus tak jadi ambil gambar.

Pertama kali kena peluk dengan koala (walaupun batu je) dan perah susu lembu. 




Syarat nak pegang binatang Possum ni korang kena pegang tang ekor jek. Kalau pegang tang lain nanti korang kena marah ngan perempuan mat saleh sebelah tu. huhu


Kali kedua pegang ular seumur hidup. Geli weiii. Ni pon kena paksa ngan Mr.B.
  • Lancelin Sand Dunes
Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Bandar Perth kalau nak pergi ke Lancelin. Sepanjang jalan korang boleh drive dalam 90km/j atau 110km/j sahaja. Follow la signage had laju yang ada di tepi jalan kalau taknak kena saman. Kalau rasa nak bawa bekal pon boleh. Sebelum masuk ke simpang Lancelin Sand Dunes tu ada taman yang ada toilet dan korang boleh berkelah dekat meja-meja yang disediakan di situ. Nak pergi semua toilet dekat perth pastikan korang bawa botol siap-siap sebab takde air dalam tandas. Korang boleh ambil air dekat sinki bawak masuk tandas.  Kalau perasan juga sebelah toilet tu ada jalan ke pantai ikut laluan belakang. Masya Allah.. Cantik sangat pantai dia..  

Bila si suami dah letih dan mengantuk maka co pilot la kena ambil alih pulak untuk drive.. 
Sebab kita sendiri yang drive kita terlupa pulak nak singgah ke Moorriver. Pertembungan antara sungai dan laut. Masa nak balik perasan tapi sebab hari pon dah nak gelap kitorang tak berenti singgah.  

Ni dekat area pantai belakang dari tandas tu.


Acah-acah sandboarding. Asal berdiri je mesti tergolek akhirnya.


                    Last-last kita sandboard duduk je. haha                                                      Peace no war!


Korang boleh sewa sandboard ni dekat Lucky Seven dengan kadar AUD 10. Tapi dekat Lucky Seven ada deposit AUD 50. Bila korang pulangkan balik sandboard tu baru dia akan refund balik deposit korang. Tak perlu sewa banyak-banyak sebab boleh guna gilir-gilir. Cik Green duk main 2-3 kali dah letih nak panjat bukit tu balik. Pastikan nak pergi sini jangan lupa pakai spec mata untuk elakkan mata masuk pasir yang berterbangan. 
  • Fremantle
Bila pergi fremantle apa yang korang bayangkan? Mesti Fish and Chip dekat Kailis Fish kan? Haha.. tu la. Makan je ingat.. Ada juga beberapa tempat lain yang menarik di Fremantle.




Kailis Fish and Chip

Gigih dik non bawak sos cili dari Malaysia sebab nak makan fish and chip.. Nasib lepas Imigresen. huhu. Padahal dekat Kailis pon ada jual sos jugak. Cuma kena bayar je la. Duduk luar negara ni boleh dapat view pelangi. Subhanallah. Cantik. 




Rainbow Sea Container


 
Fremantle Harbor

Pekan Fremantle


E-shed Market. 


Kalau nak beli souvenier masa hari minggu untuk bawak balik bagi sedara-mara dan kawan-kawan korang di Malaysia dekat sini la tempatnya. Kalau korang tak sempat nak pergi E-Shed dekat Fremantle ni, korang boleh pergi dekat gudang di Megabes, Malaga. Yang dekat Megabes ni cuma buka hari biasa selain hari yang dibuka dekat E-Shed. Gudang ni milik owner yang sama juga di E-Shed. Tapi, diingatkan untuk pergi ke Megabes, korang kena buat booking dulu. Tempat jual souvenier tu teramatla kecik dan sempit. So, owner memang takkan bagi siapa-siapa masuk tanpa booking. Untuk booking korang boleh call no +618 9248 1071. Dekat Megabes ni juga ada barang-barang yang lebih murah dijual daripada E-Shed. Kalau korang datang awal, korang boleh bergambar dulu dengan kereta diorang yang super duper mahal depan kilang tu.  

Disebabkan membeli- belah tak ingat dunia, kitorang kena tambah baggage dekat airport. Tak lepas beg nak bawak naik. Kena bayar 15 kg = AUD70.00. 

No plat kereta pon nama MEGABES kot. Ko mampu? 
  • Watertown Brand Outlet
Kalau korang pergi Perth, sini antara destinasi wajib korang kena pergi untuk habiskan duit. Serius murah. Tapi tak semua la. Ada yang murah memang murah. Kitorang sempat beli kasut dekat sini. Sampai dua kali datang sebab tak habis pusing dan masuk semua kedai.
  • Swan Valley
Ada beberapa tempat yang menarik di sekitar Swan Valley ni. Antara yang kitorang sempat pergi ialah:

 House of Honey


Yahava Koffeework

The Margaret River Chocolate Co.
  • Petik Epal di Fresh Farm Valley, Pickering Brook
Ikutkan sebenarnya ke ladang epal ni takde dalam iti pon. Cuma tiba-tiba terluah dekat suami nak pergi pasar sebab nak rasa buah strawberry aussie. Dia kata dari pergi pasar baik kita pergi ladang epal. Boleh makan epal segar katanya. So, here we are. 

Actually, kitorang tak sempat nak book pon masa pergi sini. Ladang ni milik Ina Ballato (boleh search melalui fb) orang Malaysia dan suaminya. Korang boleh juga search FB (Valley Fresh Farm Produce). Diorang sebenarnya buka pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja. Hari lain korang boleh terus pada Ina. In sya Allah diorang okey je untuk benarkan masuk.

Harga per entry: AUD 5.00 per person
Untuk bawa balik epal ikut jenis bucket yang korang pilih. Kalau bucket kecil macam yang kitorang pegang tu: AUD 30.00  dan bucket besar: AUD 40.00.


Si adik bersama banner Valley Fresh Produce

Sang suami bersama pemilik ladang dan anak dia yang comel. 

Saya dah rasa. Anda bila lagi?

Antara hasil jualan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada pengunjung

Buah epal dia semua manis dan rangup yak amat. Fresh dari ladang ni. 


On the way balik dari Pickering Brook sempat berhenti di Perth Hill menikmati pemandangan bandar Perth. 
  • Malaysian Hall
Bila dah ke obersea ni destinasi yang tak harus dilepaskan haruslah ke Malaysian Perth. Walaupun tak dapat tinggal, atau berbuka puasa dan berhari raya di Malaysian Perth. Bergambar pon jadila. 

  • Blue Bot House
Rumah biru ni memang korang wajib datang bergambar. Cik Green tak cakap semua tapi kebanyakan yang datang Perth, bila balik je mesti jadikan gambar di Blue Boat House ni sebagai DP diorang. Blue Boat House ni kiranya macam trademark Perth jugak la. Orang lain bergambar den pon nak la jugak. Kalau datang sini, korang boleh park dekat parking dia yang berbayar. Kalau korang datang dari bandar, parking dia jauh sikit ke depan. Bila dah jalan beramai-ramai tu takde la rasa jauh sangat pon. Sangat-sangat diingatkan yang parking kenderaan di area Blue Boat House dan Kings Park antara kawasan pecah kereta, So, please beware! Jangan teruja sangat sampai keselamatan kenderaan dan barang dilupakan. Barang-barang peribadi mahal ke tidak pastikan tak ditinggalkan dalam kereta. 





  • Chemist Warehouse
Syurga untuk peminat-peminat perfume. Dekat sini Cik Green sempat grab 1 botol blackmores dan 2 perfume (Britney Spears Fantasy & DKNY).
  • Kings Park
Dah bergambar dekat bawah kita naik pusing-pusing dekat Kings Park pulak. 






MAKANAN MENARIK.

Actually, kitorang banyak bawak makanan dari Malaysia. Hampir semua makanan yang kitorang bawak tu habis. Kecuali satu paket BRAHIM je yang tinggal. Siap tambah beli beras lagi dekat IGA. Satu paket kecil tu dalam AUD 2.00.  Antara tempat shopping makanan kitorang adalah Coles, sebab dekat dengan rumah dan IGA sebab buka 24 jam. Lagila musim sejuk memang korang akan rasa lapar je. Kitorang berjalan pon siap bawa bekal lagi. 


Satu beg besar ni penuh dengan makanan je. 
Ada beberapa paket BRAHIM, minyak, roti, sos cili, milo, gula, beras.

Selain dari masak sendiri, ada juga makanan wajib rasa dan cuba bila korang berada dekat Perth. Antaranya ialah:
  • Fish n Chip 
Fish and chip ni korang boleh rasa dekat Kailis, Fremantle. yang dekat gambar ni portion untuk satu set fish and chip grill. Bila korang duduk luar kedai menghadap pemandangan indah, pastikan berhati-hati dengan burung-burung seagull yang bertenggek tepi tiang sebab bila-bila masa je diorang akan curi makanan korang dan korang pon tak payah la nak baik hati sangat bagi diorang makan. Silap-silap nanti korang yang tak dapat makan.  

  • Apple Struddle
Sumber gambar dari website Corica Pastry. Gambar  yang Cik Green ambil hilang pulak. hmm..

Kedai Corica Pastry ni ada dekat tengah bandar. Dia dekat-dekat je dengan Malaysian Hall. Kedainya hujung sekali kecil jek. Alamat dia 106, Aberdeen St, Northbridge WA. Hari ahad tutup okey manakala hari Sabtu dia buka separuh hari sampai pukul 12.00 pm sahaja. Sila datang pada masa dan hari yang betul supaya korang tak melepas dan tak kempunan. haha. Untuk satu apple struddle ni korang boleh makan dalam 6-8 orang.
  • Charcoal Chicken Daniella

Sini memang destinasi wajib pergi. makanan dia wallaweh best gila. Tak nyesal korang korbankan AUD 14.00 untuk makan nasi beriyani lamb rib dia. Pada Cik Green lamb dia lagi sedap dari ayam walaupun nama kedai didominasi dengan nama ayam. Portion dia ko boleh makan tiga kali makan. Cik Green siap tapau makanan yang tak habis untuk makan malam pon still tak habis lagi. Berbaloi sangat. Kalau pergi lagi memang makanan ni Cik Green takkan lepaskan. 

  • Air Minuman Dare dan Barista
Antara air yang korang perlu cuba. Bagi Cik Green rasa dia ala-ala Starbuck kot.

Air DARE, Cik Green beli dekat Coles.

Air Barista ni payah pulak nak jumpa. Ni pon jumpa masa nak balik dah dekat station minyak. Lepastu beli lagi satu sebab nak habiskan coin dekat Airport.

Babai Perth. In Sya Allah ada rezeki nanti, kami datang lagi. Perth antara negara yang senang untuk travel dan korang juga boleh jumpa ramai orang Malaysia bercuti di sana. Tak perlu gunakan agen dan korang boleh je travel secara backpakers. Pada yang nak berkunjung ke Perth, selamat bercuti. Pada yang dah bercuti dan nak balik Malaysia, kalau banyak sangat beli barang dan souvenier (lebih RM300 per ABN) , sila claim GST dekat airport.

Babai!