Monday, June 24, 2013

Jerebu 2013

Masa tengah-tengah menaip ni sy sedang tersedu-sedu.. nak minum air tak boleh plak sebab tengah berpuasa. abaikan jela .. orang tua-tua kate tu sebab nak membesar.. nak besar tang mana pon tak tau lagi.. sume dah besar kot.. (jgn pk negatif k..huhu..)

Tekak pon tengah sakit ni.. mana taknye, jerebu sekarang masuk sampai dalam opis.. haishh.. bila la jerebu ni nak pegi.. busuk betul bau dia.. semalam gi Melaka sebab nak hantar assignment.. wah..!! tak nampak jalan dekat highway tu tau tak.. then pagi tadi bila balik nilai ingatkan jerebu belum sampai lagi kat sini tapi rupa-rupanya dah agak teruk jugak..

So, macamana kita nak cegah jerebu..?? cuba tengok bawah ni..


Setiap tahun, jerebu memang akan melanda. Ini disebabkan punca pembakaran yang dijalankan oleh petani-petani di Indonesia yang mana mereka akan membakar kawasan pertanian mereka bagi menerangkan kawasan. Sepatutnya, dah lama Indonesia ambil langkah produktif untuk tangani perkara ni. ASEAN juga boleh ambil tindakan sebab ini bukan je melibatkan negara mereka tapi juga negara-negara berhampiran.Kelmarin kalau tak silap aku masa tengok berita pon, petani-petani dekat Indonesia pon tak kan hentikan kegiatan pembakaran diorang selagi kerajaan Indonesia tak keluarkan arahan. So camna tu..? Dah teruk macam ni pon takkan nak tunggu dan lihat jek..

Kalau ikutkan sekarang ni , IPU dekat nilai dah capai 149 (masa jam 11 tadi). Kalau korang nak tengok IPU dekat kawasan masing-masing boleh tengok SINI. Ade yang dah masuk kawasan darurat. Sekolah pun dah banyak yang tutup. Banyak aktiviti luar yang kena dihadkan.(kawan-kawan aku yg jadi cikgu kemain suka lagi bila sekolah tutup)..

PETUNJUK:


IPUTahap PencemaranKesan-Kesan Kesihatan
0 - 50BaikKualiti udara dianggap memuaskan, dan pencemaran udara menimbulkan sedikit atau tiada risiko
51 -100SederhanaKualiti udara boleh diterima, namun bagi sesetengah pencemar mungkin ada sedikit kebimbangan kesihatan untuk sejumlah kecil orang yang tersangat sensitif kepada pencemaran udara
101-150Tidak sihat untuk kumpulan sensitifAhli kumpulan-kumpulan sensitif mungkin mengalami kesan kesihatan. Orang ramai berkemungkinan besar tidak akan terjejas.
151-200Tidak sihatSetiap orang mungkin mula mengalami kesan kesihatan; ahli-ahli kumpulan yang sensitif mungkin mengalami kesan kesihatan yang lebih serius
201-300Sangat tidak sihatAmaran kesihatan keadaan kecemasan. Berkemungkinan besar seluruh penduduk akan terjejas.
300+BerbahayaAmaran kesihatan: semua orang boleh mengalami kesan kesihatan yang lebih serius