Showing posts with label Hiking. Show all posts
Showing posts with label Hiking. Show all posts

Friday, October 14, 2016

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan Port Dickson

Ahad lepas, husband Cik Green ajak naik Bukit Batu Putih dengan kawan-kawan dia. Sebelum ni kitorang dah pernah naik dah. jadi ni kira kali kedua la kitorang pergi. Trip kali ni rupa-rupanya ada Dato' NC sekali. Jangan tak tau, NC kitorang sangat aktif bab-bab bersukan ni lagi-lagi bila melibatkan cycling dan hiking

Gerak dari Nilai pukul 7.15 lebih kurang. Janji nak ada dekat sana sebenarnya pukul 8.00 tapi pukul 8.20 lebih kurang kitorang sampai. Cari diorang semua dah takde. Rupa-rupanya diorang dah gerak pergi. Tu la. Lambat lagi. Kan dah kena tinggal. 

Kalau yang datang dari luar PD, korang boleh pergi ke Blue Lagoon (Tanjung Biru). Landmark dia belakang PNB Ilham Resort . Sampai je situ cari la jalan masuk . Kalau dak-dak hiking biasanya diaorang akan cari jalan yang adventure untuk naik ke Bukit Batu Putih. Yang ni Cik Green lalu masa first trip haritu. Tapi korang better ikut jalan tar yang ada tulis Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. sebelum masuk tu jangan lupa tulis nama dan bayar seringgit sorang tau. Bayaran ni mungkin untuk maintenance kawasan situ.



Ni landmark dia PNB Ilham Resort. Belah belakang resort .




Korang boleh parking area tepi-tepi tu. Biasanya kalau weekend memang ramai la. Pukul 7.00 pagi baru boleh naik.

Kitorang berdua pon beria la naik. Dah nak sampai Puncak Bukit Batu Putih kot tiba-tiba kawan Mr.B call bgtau diorang pergi dekat Rumah Api Tanjung Tuan. What? Kitorang nak kena patah balik? Adoyai. Nasib masuk ke dalam tu tak jauh. Lebih kurang dalam 15 minit dari jalan tar simpang rumah api tu. Kalau dari pintu gerbang lebih kurang setengah jam la kot. Sebab tu Bukit Batu Putih sentiasa ramai orang. 


Laluan dari parking naik ke atas sampai rumah api jalan tar.

 Ni dah masuk jalan nak naik ke Bukit Batu Putih. Korang boleh jumpa ramai orang naik turun dekat laluan ni.



So, kitorang pon patah la balik. Cari punya cari tak jumpa-jumpa. Mana aja diorang pergi. Rupa-rupanya diorang dah bersantai minum kopi ngan makan spaghetti kat tepi pantai. Wallaweh! So,  dari rumah api tu korang boleh turun ke bawah lagi sampai jumpa pantai.

Ni Rumah Api Tanjung Tuan. Tapi jangan gatal-gatal nak masuk tau. No Entry!

Ni masa on the way nak turun. Tengok. Cik Green maintain je kan. Mr.B dah poloh-poloh dah tu.


Akhirnya jumpa jugak diorang ni semua. 
(Credit Picture: As Ma)

Coffee time
(Credit Picture: As Ma)

Lepas dalam 15 minit dekat bawah tu then baru kitorang naik balik. Yang Cik Green stress tu sebab banyak nau tangga nak naik rumah api tu. Bukan tangga yg macam dalam gambar tu. Tapi tangga dari pantai ke Rumah Api. Rasa cam pewai gila. Hongeh tau. haha. Budak kecik pon lagi laju tau dak? 


Gambar ramai-ramai banyak yang tak dapat lagi. Ni je la yang ada ngan diorang. Yang separuh lagi dah naik dah. Kitorang tengah tunggu turn nak naik. Tengok tu beratur semua nak naik atas. Sempoi tak dato'.

Ikutkan sebenarnya untuk pergi puncak Bukit Batu Putih tu ada banyak laluan yang korang boleh explore. Dia bukan ada satu dua laluan jek. Dan lagi satu kalau korang pergi ke sana, jagalah kebersihan tempat tu. Jangan la duk buang sampah merata-rata. Sejak Bukit Batu Putih ni viral, makin banyak pulak sampah especially dekat area tepi pantai.

Please jaga kebersihan okey! Yang belakang tu la bukit batu putih, Masa first time pergi dulu kitorang panjat naik ikut batu putih tu. Batu dia memang warna putih. Boleh nampak dari tepi pantai. (Dalam gambar tak nampak)

Till we meet again . Mmuah !
(Credit Pic: Kamarul Syamzari)





Tuesday, April 22, 2014

Misi Pencarian Pesawat Pengebom B24

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yg dalam perjalanan ke Beijing.. Lepas dah lebih sebulan sampai sekarang tak tau lagi khabar berita tentang pesawat tu.. Terakhir dikhabarkan di Lautan Hindi.. Tak dapat aku bayangkan macamana perasaan penumpang ape lagi sanak saudara yang saban hari menunggu kepulangan mereka.

Minggu lepas, aku join trip hiking ke Gunung Telapak Buruk (1,193 meter) dan Gunung Berembun (690 meter). Ingatkan tak ramai macam pergi Air Terjun Berkelah tapi mak aih ramai gile yang join. Almost 37 org.. sendat mendat jugak la lori yang bawak kitorang naik ke Gunung Telapak Buruk tu.. Kitorang berkumpul dekat Masjid Pantai.. nama je Pantai tapi takde pantai pon kat situ.. jangan terpedaya dengan nama lokasi okeh..

Lepas minum dalam pukul 9 kitorang gerak naik lori ke Gunung Telapak Buruk.. lebih kurang sejam kalau tak silap aku (lupa nak set masa) baru sampai kat pencawang atas sekali..

Dalam lori.. actually gambar ni sebenarnye masa odw balik..

Banyak betul halangan yang perlu direntasi.. lori pon tak dapek nak lalu.. tgkla.. pokok2 kemain rendah lagi..

Sampai sini je lori boleh bawak kitorang.. apo laie turunla.. haha

Lepas tu kitorang pon dengar briefing dulu dari guide.. ikutkan patutnya bagi 2 kumpulan so senang sikit nak control.. tapi lepas jek briefing sume dah cabut masuk dalam hutan.. hamboiii.. excited nampak.. dah tak sabar kan..kalau dulu boleh main- main air tapi gunung ni air pon aku tak nampak.. trek dia pon boleh tahan jugak mencabar.. time trek yang mendatar ok lagi.. datang jek trek yang mencanak tinggi mula la mental aku.. huhu.. tapi maybe sebab stamina aku pon dah takde.. mane taknye malas nak training.. hee. Mulanya aku jalan ngan adik aku tapi tengah jalan jumpa plak dengan akak ni..  takdela akak sangat.. beza setahun je kot..so, kitorang pon jalan sekali.. dah kenal2 jgn tak caya kitorang punye birthday bleh sama la plak kan..

Aku dengan kak mieyza..kembar berbeza tahun.. ('_')^

Then, after 3 jam kitorang sampai dekat pesawat liberator B24 milik British yang terhempas masa tahun 1945..Kalau tak silap ni masa Perang Dunia ke-2..Join hiking ni barula aku tau selain daripada dapat menghargai khazanah alam yang tak ternilai, kita juga dapat jumpa sesuatu yg jarang untuk org jumpa.. contohnya macam ni la.. aku yang dah bertahun duduk Seremban pon tak tau rupanya masih ada bangkai pesawat terhempas yg kita boleh tengok..Rest sekejap dekat sini untuk makan, solat and tambah air utk kompeni..





Pukul 3.30 petang mula pergerakan semula and sampai dekat base camp dekat pukul 6 petang.. lambat gak tu.. yg lain ramai yang dah sampai awal.. so, pastu terus siap masak untuk dinner plak..

Malam tu takde wat ape.. lepas makan sume terus masuk sangkar masing2.. zzzzzz.. nasib baik tak hujan tapi lintah memang banyak.. ade jugak 2 ekor yang sempat gigit kaki ngan  tangan aku..


Lepas dah bergambar n kemas2, kitorang pon mula untuk bergerak turun.. ooopss lupa.. kalau nak naik sini pastikan bawak air banyak2 yek.. sebab memang takde air.. air yg aku bwk pon tak cukup siap mintak belas kasihan air org lain lagi.. huhu.. untuk turun kaki memang nak kena fit la.. sebab menahan jek kan.. aku pon terseliuh gak masa nak turun.. and ada jugak yg sampai patah kuku.. ish.. mesti sakit gila.. masa turun bawah akan jumpa gua kambing dulu.. kat sini kita rest kejap sambil topup air.. wah.. air bukit memang sedap.. sejuk je rase.. lepas tu kita terus turun untuk ke jeram.. kat sini la tempat untuk mandi manda n masak untuk lunch.. 



Comotnye la hai budak sorang ni.. hmm.. 


 Me with our guide, Mr John.. tapi muka dia takde langsung macam nama dia kan..? Aku tengok cam muka Wak Doyok ade la.. hahaha

Lalala.. bila dah sampai bawah semuanya riang gembira.. best plak tu dapat main hujan.. :D

Tuesday, April 1, 2014

Trekking ke Hutan Lipur Berkelah

Tau tak Hutan Lipur Berkelah ni kat mane..? First time dengar aku pon tak tau tapi kalau yang duduk area Pahang maybe taula kot.. Hutan Lipur Berkelah ni terletak dekat Maran, Pahang.. Almost 5 hours jugakla kitorang yang dari Nilai ni nak sampai ke Maran. Aku pegi Hutan Lipur Berkelah ni pada 13-14 Mac 2014 aritu.. Tapi hari Jumaat malam kitorang dah stat gerak dah..

Ni semua plan yang up jadi jek.. Mula-mula memang nak ikut plan diorang pegi trekking ni tapi last minit member plak tak dapat pegi atas hal-hal wanita.. adoyai.. takkan aku nak g sorang kot.. malu la ku.. maunye aku jadi perempuan melayu terakhir dekat group yang pegi tu nanti.. dahla tak kenal sesapa sebab group ni combine dengan kengkawan atas kawan.. lagi sehari aku boleh cair plak kan kena pujuk so aku pon ape lagi angkutla sekali adik aku si Dila tu buat teman.. Nasib baek dia dah habis exam.. kalau tak memang aku takkan pegi la kan..

Kitorang gerak dari Nilai pukul 11 malam. petang tu aku sempat lagi g dating tengok wayang.. aiks dating ke..?? haha.. aku satu kete ngan dila, cc ngan kuchai.. ada lagi 3 buah kete tunggu dekat RnR Genting Sempah.. diorang lagi awal gile gerak dari kitorang.. Kitorang sampai dekat Maran dalam dekat pukul 4  lebih kot.. so kitorang pon rest dulu dekat Surau situ..Lepas Solat Subuh and check semua barang-barang yang ada kitorang pon sarap dulu.. penting tau alas perut ni untuk tenaga.. 


Aku dengan adik aku pon tak tau nak wat ape time ni.. Ingatkan terus naik 4x4 masuk dalam last2 tunggu punye tunggu kitorang pon makan dulu.


Tengok diorang ni, riang-ria jek duk makan.. Aku time ni kengkonon malu-malu alah lagi sebab tak kenal.. Haha.. Habis jek makan lori kecik pon sampai nak angkut kitorang masuk dalam.. crowded giler kot lori tu.. dengan muatan orang lagi, barang lagi.. muka aku plak berapa kali kena langgar ngan ranting.. Aku rase ada dalam 15 minit gak naik lori tu masuk dalam.. kalau jalan kaki tak tau la berapa jam nak sampai..


Tadaaa.. !! Ni pintu masuk Hutan Lipur Berkelah.. Masa kitorang masuk ni memang takde air langsung dekat bawah ni.. Mase tu musim kemarau.. Batu-batu jek yang aku nampak.. mula la terpikir best ke tempat ni.. huhu


Tengok.. ni dah tingkat ke berapa pon aku tak tau.. tapi orang dah stat berkhemah dekat tingkat ni.. air dia memang cantik la.. Subhanallah.. Aku yang first time join trekking ni memang teruja gile tengok air dia.. Penat meredah kawasan hutan mula-mula tadi tu pon dah tak terasa.. Air terjun bertingkek-tingkek..


Ni la base camp kitorang.. Yuhuuu.. ! akhirnye sampai jugak TINGKAT 7, AIR TERJUN BERKELAH ni.. i'm was here in memory.. haha.. tengokla tu.. rajin kan abg-abg tu siapkan tempat and barang.. kitorang hanya mampu memandang jek.. hee..




Masak time.. Kemain berkeroncong lagi perut aku ntime ni.. boleh dengar bunyi cacing gerak-gerak.. eeeyeeuww.. hahaha.. Rasenye masa ni kitorang sampai pukul 12.30 pm.. Memang semua pon dah lapar la kan.. Ni cuma program santai.. Takde apa pun yang kitorang buat dari makan, mandi dan amik gambar.. haha.. Takde la pulak gambar air terjun dia.. tapi memang best.. tak rugi pon datang sini.. puas hati.. Malam tu pulak hujan turun dengan lebatnye tapi aku boleh plak tido ngan lena. Sian kawan2 yang tido kat lua.. Sorila tak sedar langsung.. huhu

Apapon diorang semua memang terbaikla.. sangat best.. thanks to Mat, Pakcik Penyu, CC Rosdi, Abg Zul, Epul, Fakhri, Payed, Zam, Kuchai, Ana, Farah n my sis Dila.. Kenangan ni memang org takkan lupa la.. 


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah kita jumpa lagi..

Monday, February 24, 2014

Pendakian Bukit Broga

Sesi memecah lemak badan ni actually takde planning pon.. Hari Khamis tu tup-tup dioarang ajak pegi then ari Sabtu terus naik.. aku pon terexcited samala.. mana taknye orang lain yang dari jauh dah sampai Bukit Broga, aku yang lebih sikit dari sekangkang kera ni pon tak sampai-sampai lagi..

Kitorang janji pukul 6 lebih baru nak gerak.. tapi sebab semangat yang membuak-buak nak tengok matahari terbit so dengan kuasa veto aku pon ajak diorang gerak awal.. Bajet kol 5.30 dah gerak.. tup-tup kol 6 lebih gak baru gerak.. janji melayu kan.. aku la tu yang lambat.. hahaha.. sori kengkawan.. ni sume gara-gara nak bawak bekal tuk kawan-kawan. siap masak mee goreng di pagi-pagi hari kengkononnye nak makan kat puncak bukit..

Utk 1st timer cam aku yang dah sekian lama tinggalkan aktiviti lasak, panjat bukit pon agak penat gakla.. ye la sambil mendaki sambil bertafakur bilala nak sampai ni. tapi bila dah sampai puncak tu, uish memang ramai gila orang.. cam semut bergerak.. tak sangka betul aku.. kalah org ramai yang ade dekat shopping complex..kalau nak tau ade gak orang yang bawak sekali baby.. tak silap aku baru 2 bulan kot baby dia.. semangat betul.. Kalau aku takdela kot..

Utk yang berhajat nak try daki, aku cadangkan tryla naik.. tak rugi.. angin dia dah la gile sejuk..best.. bile nak turun tu plak cam sekejap jek aku dah sampai bawah.. pastu kitorang pon siap-siap tukar baju g kenduri Azie di sebelah lelaki plak.. sampai jek kenduri even masam je bau.. hahaha

Ni team yang pergi.. Team kampung pisang. hahaha :p
Ramai tak orang..? Ramai kan..??
BK Team..  Chaiyok ! Chaiyok !

Saya yang semakin mengembang.. oh.. tidak !