Monday, May 27, 2013

Cara Berpakaian Ikut Bentuk Badan

Assalamualaikum..

hye..!

Orang kate sharing is caring. jadinye, aku nak share sikit cara-cara berpakaian mengikut bentuk badan. ni aku amik dari blog ini . Sama-sama la kita try. jangan nanti jadi mangsa fesyen. ok..!






Segi empat bujur

 
Wanita mempunyai garis pinggang yang kecil atau tiada langsung. Bergantung kepada berat badan atau ketinggian masing-masing, keseimbangan badan mampu diraih dengan menggunakan pakaian berlapik bahu, pemakaian vest, jaket atau fabrik lembut untuk pakaian bahagian atas.

Berlian

Bentuk Berlian dikategorikan untuk wanita yang mempunyai perut atau pinggul yang agak besar daripada bahagian dadanya. Untuk menampakkan bentuk badan seakan kurus perlu mengenakan aksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, warna gelap atau gaun tanpa pinggang dan vest terbuka.
 
Bujur telur
Mereka yang mempunyai bentuk badan Bujur Telur perlu memilih pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak sederhana daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga sederhana. 

Sebagai tambahan, mereka boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna-warni untuk mengalih perhatian.

Hourglass

Bentuk Hourglass diandaikan sebagai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada dan pinggul yang agak sama. Sementara ukuran pinggangnya lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) lebih kecil daripada dada atau pinggulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti itu sesuai dengan apa saja pakaian. Membeli-belah cukup mudah untuk mereka.
 
Segi tiga terbalik

Bentuk badan seperti ini juga yang kedua paling diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah.

Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A, tekstur yang garang, corak bergaris mendatar serta seluar labuh. Atau meminimumkan bahagian atas badan dengan mengenakan blaus berkolar luas, corak bergaris menegak dan tekstur fabrik halus.

Tambahan: 

Dicadangkan juga untuk memakai baju berwarna gelap dan bahagian bawah warna terang. Fungsi gelap bagi menampakkan bidang bahu sedikit kecil. Aku boleh cakap sebab badan aku ala2 yg ni kot.. hee
 
Segi tiga (buah pir)

Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu, ia adalah aksesori penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai pakaian untuk bahagian bawah seperti skirt atau seluar.

 
So, ape lagi. lepas baca cubala try yek.. mane tau, anda akan lebih manis dalam berfesyen. :)

Wednesday, May 15, 2013

Kelam Kelibut!

Setelah beberapa hari menanti, akhirnya harini tiba jua.. (ku tiba lagi.. bersama rasa rindu bla.. bla.. bla).. aishh.. boleh nyanyi lagu Hyper Act la plak kan..

Harini dengan semangat yang kengkononnya membara, jam 6.05 pagi aku dah terjaga.. hebat betul, 3 hari ni aku bangun tanpa dikejutkan oleh bunyi loceng jam lagi. Pukul 7 aku dah ada dekat pejabat.Awal gile kot. Selalu aku sampai dekat pejabat pukul 7.58, 7.59.. Tapi harini aku ada misi penting.. aku kena pergi Seremban dan ada dekat sana tepat jam 10.00 pagi..Tapi ada beberapa pancaroba yang terpaksa aku lalui harini sepanjang menempuh misiku ni..

Antaranya ialah:

1) Keluar tol jek perut aku memulas-mulas - Terpaksa cari tandas yang terdekat.

2) Alamak!! nape salinan ni tak stapler.. ! Kena cari kedai stationery terdekat ni.. Masa ni jam dah pukul   9.30 pagi. Dekat area situ takde kedai jual stationery. Jadi, terpaksa masuk bandar plak.. Akhirnya aku berjaya dapatkan sekotak klip kertas berharga RM0.75. Nak pakai sekeping jek.. huhu..

3) Salah masuk bangunan.. sepatutnya aku kena pergi Wisma Persekutuan la.. bukannya Wisma Negeri.. Masa ni jam dah 9.40. Berlari-lari anak aku keluar balik dari situ.

4) Dah sampai tepat jam 9.50. Tapi masa serahkan salinan tetiba ada lagi salinan yang tak cukup. Alaa.. takkan kena cari kedai lagi kot.. Padahal belakang akak tu ada jek fotostat takkan tak boleh consider kot.. Hmm.. terpaksa jugak aku turun.. Cari2 kedai tapi mak aih panjang gile orang beratur.. Dahla satu ni jek kedainya..

5) Naik balik lif.. tetiba.. grekk.. grekk.. ha..??? lif sangkut.. aishh..! nape camni aku dah berpeluh2 ni.. :'(

Nasib baik aku sempat sampai.. tapi darah gemuruh aku makin menjadi-jadi.. Ya Allah.. engkau permudahkanlah perjalanan hidupku.. Aminnn..



Monday, May 6, 2013

Think for the future

hai hai hai..

rindu aku tak..

mesti tak kan..? hahaha..

well.. untuk tahun ni setelah 4 bulan berlalu ni post pertama blog aku.. Sibuk gle weyh.. almaklumla sibuk nak ngundi.. huhu.. bajet gile.. macam awak la yang pegi pasang bendera bagai.. padahal duk terperap jek kat umah tu.. 

haha.. tak kisahla kan..

so arini aku teringin nak update pasal PRU 13 yang baru je berlangsung.. 

FYI, tahun ni kali kedua aku jadi warganegara yg bertanggungjawab dan pergi mengundi..  tahun 2008 1st time aku g ngundi.. masa tu bajet comel la aku g ngundi. Terkedek2 jek jln kaki g sekolah kebangsaan taman universiti 2, skudai (hmm.. kalau tak silap aku la) sebab lepas tu aku pindah seremban.. n semalam after 5 years aku keluar mengundi lagi tapi kali ni sebab den dah jadi org negeri sembilan jadinye ngundi kek seromban je la..

tapi aku taknak cite panjang2 pasal aku g mengundi ni.. aku cuma nak bincang pasal keputusan pilihanraya.. bincang ok.. sume org bebas memberikan pendapat.. (fullamak.. dah cam dekat parlimen plak.)

ok.. kalau ikut keputusan yang keluar malam tadi (ingat nak tunggu sampai habis tapi tertido plak.. last2 tv yg tengok aku.. huhu), BN menang majoriti dan mengekalkan kerusi kerajaan.. Kedah berjaya diterajui semula oleh BN manakala Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan gagal dirampas..  Kalau tengokkan Pulau Pinang dan Kelantan memang sukar la sebab tu memang kubu kuat PR walaupun BN yakin boleh menang..

Tapi yang buat aku terkejut kita tengok kerusi Gelang Patah, Lim Kit Siang vs Datuk Abd Ghani Othman.. Macamana Menteri Besar Johor boleh kalah sedangkan LKS baru je masuk kawasan Johor..? kalau kita tengokkan macamana kuat pon kempen org melayu tapi org cina tetap akan pilih org cina.. ade nak pilih org melayu..? takde kan..? kecuali kalau tu kawasan org cina tapi dua-dua perwakilan dari org melayu mungkinlah kot diorang pilih org melayu. apa yg patut kita belajar sekarang adalah bagaimana cara nak satukan semangat di kalangan kaum kita sendiri.bukan berdengki dan bukan sibuk fitnah sana sini di kalangan kita sendiri..  org lain seronok tengok kita buat rusuhan bagai, tapi yang akan amik kesempatan plak sape..??  

tapi antara MCA dan DAP pulak kenapa org cina lagi banyak pilih DAP.. kalau ikutkan ulasan yang aku dengar dekat tv semalam ini disebabkan DAP lebih bersuara lantang dari MCA. So, dari suara2 tersebut maka barulah kerajaan akan ikut kemahuan mereka.

lagi satu, ada jugak kakitangan kerajaan yang pertikaikan.. eleh, bukan Najib pon yang bayar gaji kita ..semua tu kan guna duit rakyat.memang bukan dia yang bayar..  kalau aku jadi PM pon belum tentu aku akan bayar gaji penjawat awam guna duit aku.. tapi apa yang kita nak tengok adalah macamana dia MENGURUSKAN.. mungkin ada janji2 pakatan yang buat korang tersenyum sampai ke telinga.. ye la sape yang tak suka bila dapat pelajaran percuma, cukai dan tol dihapuskan bla.. bla.. bla.. tapi kalau sume benda nak free macamana plak negara nak menjana ekonomi..?? kalau ptptn takde adik2, anak2 korang nak masuk U macamana..? kalau taknak bayar PT, dapatkan la 1st class..kalau taknak juga jgnla amik.. tapi jgnla menyusahkan org lain untuk jangkamasa akan datang.. fikirla panjang2..

aku bukan nak sokong sape2 sebab aku pon tak minat sangat dengan politik ni.. tapi kalau keadaan macam ni kekal kita takkan hidup aman.. kalau PR menang kemungkinan besar Perlembagaan yang kita ada akan digubal semula.. korang nak ke kuota yang diberikan kepada bumiputera selama ini dihapuskan..? sekarang kedudukan ekonomi org melayu kita dahla masih di bawah..fikir-fikirkanlah.. 

untuk BN, anda pon kena beware.. kalau keadaan ni berterusan tak mungkin satu hari nanti kerajaan akan berubah..

aku cuma mengharapkan walau sesiapa pun yang memerintah, kaum melayu dan bumiputera dapat bersatu padu..(bukannya tikam belakang, bukannya talam 2 muka dan bukannya segala macam yang negatif lagi)..kalau rase pendapat aku salah mungkin ada yang boleh perbetulkan.

think for the future..