Tuesday, May 29, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi




Andai ku bercinta lagi ..?
 Bile yek .. Hanya masa & takdir yg menentukan . 

Thank God coz give me d chance to feel about love .

Mungkin rase perit tu ade bila kasih terlerai .
Walaupun benda tu dah lame berlaku . 
Tp mungkin ade juga hikmah di sebaliknye ..

Cik Green hanya mendoakan yang terbaik untuk diri Cik Green .
Bile rase sunyi kadang-kadang tak dapat nak tipu kenangan lama mesti muncul . 
Tp Cik Green selalu ingatkan diri, yang lepas tu biala terus berlalu .

Andai ku bercinta lagi .
Mengharapkan yang akan datang lebih baik dari yang lepas ..
Dan harapnye akan kekal hingga ke akhir hayat ..

Tu doa Cik Green .



Sunday, May 27, 2012

Beronggeng Di Hari Yang Damai

Harini ari Ahad .. Cuti sekolah pon dah mule ..
Bile cuti sekolah mula so banyakla kenduri kendara kawen .. sane sini sume orang kawen..
aku plak ...?? hmm..
Tengahari tadi Cik Green pon dah bersiap2 nak pegi kenduri kawen .
Almaklumla, orang dah MENjemput X elok pulak kalau kite tak pegi kan ..
tengah siap-siap tetibe abah Cik Green tegur la plak..

Abah        : Ko ni kalau gaji tu la berjalan jek kejenya..
Cik Green : Eh, bukanla abah . Orang MENjemput kita pegila.. hehe (wah . pandai plak Cik Green MENjawab . Nasib tak kena lepuk .. kuang3x)

Jadinye arini ade 2 kenduri kawen Cik Green pergi . Selamat Pengantin Baru untuk kedua-duanya .
Firstly, Majlis Kawen Firdhaus Jaafar & isteri . Ni majlis belah perempuan .
Lepastu plak. aku terus pegi Beranang untuk Majlis Kawen Saidi & isteri . Yang ni plak majlis kawen belah laki. Ramai gile .. Sampai nak duduk pon takde tempat . Lagi2 tiga orang bersanding serentak . Havoc tu .


Ni gambar Pengantin (Saidi & pasangan), Cik Green n Kak Wan . Hijau gitu temanya . 
Semoga cepat dapat baby yek .  Boleh tak post camtu . ? hehe


Habis jek sume kenduri kendara tu ape lagi kite enjoyla . So, pastu pegi Putrajaya coz ade Hari Belia Sedunia . Sampai sane gile jem kat sana . BERpusing-pusing aku cari parking . Nasib baek dapat parking dekat . Tu pon dah puas aku ngamuk-ngamuk dalam kete tu . haha . 


tengah- tengah cari parking nampak plak abang polis nek kuda . ape lagi terus snap pic la .
 nasib baek abg polis kat belakang tu senyum jek. risau aku kalo kena saman . 
tangan kiri drive . tangan kanan plak snap pic . huu

Ramai gile artis yang ade kat sane tadi . aku dah rase cam Hari Bersama Artis la plak . Paling aku TERuja dapat tengok Fahrin Ahmad dekat-dekat . Wallawei . ganteng gile beb . luruh jantung aku tengok dia . Sweet gile dia senyum . hmm . tp sebab TERuja sangat aku boleh lupa nak amik pic dia . hadoi ..
Antara artis-artis yang aku sempat tengok :

Maulana

Y. Bhg Dato' Sri Ahmad Shaberi Cheek & Kump. Eva . 

Lame gile kot kumpulan ni tak klua . x silap aku last mase diorang masuk AJL tahun bile ntah nyanyi lagu Bulan Cinta . sekarang aku dah besar panjang baru klua balik . 

yang ni geng-geng pelakon . Botak Juvana

sampai habis tiga lagu duk dengar Tomok nyanyi 

last sekali Aliff Aziz - ni kat booth Hotlink

tapi pastu ade plak sorang makhluk ni pon nak bergambar ngan artis jugak . snap je la kan . karang kecik ati plak kalo takde gambar . hehe

Adik aku, Dila ngan Azza Elite

Aku plak . ? Hmm . xdela TERuja sangat nak bergambar ngan retis-retis ni .(walaupun dalam ati nak gambar . nak gambar . huhu) . So, aku just bergambar ngan benda-benda yang tak BERgerak je la kat situ . 

Cik Green kat depan stage Jom Heboh . 
Mase ni Awie Rafael tengah nyanyi kat stage tu . 

CHAK . !! Cik Green di sebalik pokok cendawan Purple

Cik Green dengan maskot ape ntah . 
Sian kat maskot tu . sampai gigil-gigil tangan dia . letih sangat kot . 

Habis jek memusing-musing . kitorang pon balik rumah dengan membawa barang-barang free yang dapat mase melawat booth-booth kat situ . haha . penat gile weih . 



Friday, May 25, 2012

Boling Piala Pendaftar


Kejohanan Boling Piala Pendaftar telah diadakan pada 22 Mei 2012 yang lalu bertempat di U-Bowl, Jusco Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan.Kejohanan yang dianjurkan bagi tahun kedua ini berjaya menarik sebanyak 18 pasukan. Setiap pasukan perlu menghantar 3 pemain lelaki dan seorang pemain wanita.

Objektif utama kejohanan ini dianjurkan adalah bagi mencungkil bakat-bakat kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia yang boleh bermain boling dengan baik di samping mencari bakat- bakat baru yang berkelayakan untuk dihantar ke Kejohanan Sukan Sukan Universiti Malaysia (SUKUM) yang akan diadakan bermula 2 sehingga 7 Julai 2012 bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pada jam 7.45 malam, peserta-peserta mula hadir ke U-Bowl, Jusco Seremban 2 dan mendaftar kehadiran dengan pihak urusetia. Kejohanan dimulakan tepat pada jam 8.45 malam. Walaupun kejohanan diadakan lewat sedikit dari waktu yang dijangkakan namun pemain-pemain yang menyertai kejohanan ini begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam membuat balingan. Semua pasukan bermain sebanyak 3 pusingan games.  Suasanan kejohanan ketika itu begitu meriah dengan sokongan ahli-ahli kumpulan kepada pasukan masing-masing. 

PEMENANG (KATEGORI KUMPULAN)

JOHAN 
Team 69 menang dengan pungutan mata 1773
NAIB JOHAN
Fighter memenangi naib johan dengan jumlah pungutan mata sebanyak 1629
KETIGA
Pasukan die Hard menduduki tempat ke-3 dengan jumlah pungutan sebanyak 1602

yang kat bawah ni plak gambar-gambar urusetia yang berpenat lelah menjayakan Kejohanan ni.. yang paling comel sekali mestilah Cik Green kan..  ? hehe.

Cik Green yang berbaju merah berbeg biru .. huhu



Wednesday, May 23, 2012

Sakit-sakit badan

badan cik green dah sakit-sakit.. nak urut sendiri tak sampai..
malam tadi balik lambat .. penat sume ada..
nasib baek sume selesai dengan lancar even ada bunyi-bunyi yang tak puas ati..

hidung plak dahla gatal kena selsema.. hadoi
kepala pon pening
boleh tak kalau cik green rase malas nak pegi kerja esok .?
cik green rase nak tido jek sekarang..
nite semua.. zzz



Monday, May 21, 2012

Kebaikan Bulan Rejab





Baru je rasenya tahun awal muharam menjengah..Tup.. tup esok dah masuk 1 Rejab 1433H. Mase sekolah dulu ustazah selalu bagitau bulan rejab ni bagus untuk kita tambahkan amal terutamanya berpuasa sebab bulan Rejab ni bulan Tuhan..

Dulu pon mase duduk asrama rajin jugak aku berpuasa cuma bile dah kerja ni amalan sunat tu banyak yang dah tertinggal.. Cuma berharap tahun ni aku dapat tunaikan semula ibadat-ibadat sunat tersebut.. Ok korang tau tak ape makna Rejab..? Rejab bermaksud Taa'zim (kebesaran, keagungan , kemuliaan) - tetibe teringat plak negeri Johor .. kan nama dia Johor Darul Ta'zim .. ish lari topik plak..




Hadis Rasulullah s.a.w :

إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :

Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.







Jadinya selain berpuasa apa kelebihan Bulan Rejab.. ? Jom kita tengok..
  1. Dalam bulan lain Allah membalas umatnya 10 kali ganda tetapi dalam Bulan Rejab Allah akan membalas umatnya 10 kali ganda (wah.. banyak tu).
  2. Sesiapa yang meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam rejab. diharamkan tubuhnya dari api neraka.
  3.  Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadhan bulan Umat Rasulullah.
  4. 1 amalan baik bulan Rejab diganda 70 pahala, bulan Syaaban 700 pahala dan bulan Ramadhan 1000 pahala.





Sunday, May 20, 2012

PERIKSA LAGI

Pagi-pagi lagi saya sangat berkobar-kobar untuk pergi exam .. actually sebenarnya bukan interview pon sebab tu baru first stage . .nama dia Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan PPKTU . .tak expect pon kena panggil lagi sebab bulan satu aritu aku baru lepas interview SPA gak..
tp yang tu KiOk la .. hahhaha

Masa dapat surat aku tak rase apapon . maybe sebab aku dah keje kot . tp sekarang aku harap sangat aku dapat post ni . kalo boleh aku nak keluar dari keje aku sekarang ..

Ramai jangan citela .. Dewan aku jek ade dekat 200 orang yang amik pekse (Lebih kurangla) .. tu belom campur dengan dewan sebelah-sebelah lagi ..Tp dengan soalan-soalan dia yang menguji akal dan minda aku ni .. aku pon tak boleh nak berharap sangat .. takut akhirnya aku balik yang kecewa..

Then, yang TERkejutnya aku .. tak disangka-sangka ade plak kawan aku mase Ro2 dulu .. haha culture shock jap aku jumpa dia .. elok-elok aku yang pendiam ni terus berubah macam DEWAN PEKSE tu aku yang punye .. haha .. Lepas habis exam, kitorang pon hangout jap g ALAMANDA ..

Thanks, cik NuYin Abu hAssaN sebab sudi belanja saya .. hee. Kalo nak tau Cik NuYin ni ex- Kubu mate sy tau .. kenangan kitorang tido gilir-gilir dengan cangkul memang tak boleh lupe .. huhu


Alamak .. ! cik NuYin  nampak kepala jek .. hu . Sorila . ni jek gambar kenangan kita yang ade . 



* Sekarang Cik Green dah tak boleh tido sebab balik exam tadi dah tido dengan tak sedar diri . Penatnye mengalahkan orang yang gi amik ujian fizikal . huhu





Wednesday, May 16, 2012

Ingin membawa diri



Sekarang saya rase penat sangat .. Semua perasaan bercampur baur.. ada rase sedih, marah, kecik ati, kecewa.. semuanya ada . disebabkan semua ni saya rase macam nak berenti kerja .. Saya taktau la saya rase menyesal ke tak saya kerja kat sini ..Tapi dah takde keseronokan yang saya rase..Yang ada pada diorang cuma sifat dengki, irihati, dan sikap nak ambil kesempatan kat atas orang lain.. Saya sayangkan keluarga besar saya ni..Tapi ati saya dah terlalu kecewa dengan apa yang berlaku.. Saya harap saya diberi peluang  untuk tinggalkan tempat ni dan berjaya di tempat lain.. Amin...



Terima Kasih Cikgu


16 Mei 2012 - Hari Guru

" Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara "



Lagu kat atas ni dedication untuk semua cikgu-cikgu yang pernah ajar saya dari kecik sampai besar..Tak lupe jugak buat ma ngan abah yang banyak bagi didikan dan tunjuk ajar sepanjang hayat saya.. Kalau takde cikgu mesti saya jadi orang yang tak semenggah kan.. Dan semestinya saya tak berapa nak menjadi macam sekarang ni .. huu .. Lagila dulu saya selalu malas nak buat homework bertambah-tambah plak dengan suke tido dalam kelas memang boleh buat orang angin je kan.. hehe.. 

Jadinya saya nak amik kesempatan ni nak mintak maap dan ucapan terima kasih pada semua cikgu-cikgu yang pernah ngajar saya..


i) Cikgu Tadika saya: Tadika Perpaduan Sek Keb Bunohan, Tumpat dan Tadika Nursalam, Segamat

ii) Cikgu-cikgu masa Sekolah Rendah: Sek Keb Temenggong Abdul Rahman (STAR) dan Sek Keb    Jementah (SKJ)

iii) Cikgu-cikgu masa Sekolah Menengah: Sek Men Keb (A) Segamat

iv) Pensyarah-pensyarah UiTM - Kampus Alor Gajah : Diploma Pentadbiran Awam dan Kampus Bandaraya Melaka : Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran

Terima kasih, cikgu-cikgu semua


~ Family Day: Cameron Highlands ~

assalamualaikum semua..
(jawab.. jangan tak jawab.. nanti dosa tau)

lame kan saya tak update stori kat sini.. (hmm.. padahal takde la lame mane pon..huu)
sekarang ni sy mengalami jiwa kacau yang tak terhingga.. (ha..SAYA..?? mesti pelikkan..?) ape-ape je la..
sy harap semuanya akan cepat selesai sebab sy sangat tak tenang dan tak boleh nak buat ape-ape..
bile jadi macam ni rase bosan sangat.. 
feel untuk buat keje pon dah takde..

sebenarnye sy bukannya nak cerite pasal cite jiwa kacau saya tu..
tapi cite pasal sy pegi holiday ngan my big one family.. ~ Keluarga Besar Hj Bidin ~
Semua family ada kecuali family Pak Long.. 
Las-las minit Pak Long tak dapat ikot sebab ade hal katenya..
Ni kira firt time la sy join family day ni.. dulu pon penah wat jugak.. tp tak dapat join sebab tengah study kat melaka.. tak silap tahun 2006 diorang buat kat PD..

tahun ni pon trip 2 hari jek.. tp okla.. even penat sekurang-kurangnya semua orang dapat rase kemeriahan holiday.. first time tu g holiday ngan family naek bas.. haha..

papepon , jom tgk gambar-gambar ni..


gambar kat atas ni masa ari pertama : 12 May 2012..
Masa ni x banyak aktiviti yang kitorang boleh buat sbb smpai pon dah dekat pukul 7.00 malam..
Malam tu juz pegi pasar malam sebab kitorang punye apartment dekat dengan pasar malam Brinchang tu..


yang ni pulak gambar masa second day: 13 May 2012..

Pagi-pagi lagi kitorang dah  check out..
yela.. kan banyak lagi tempat nak kena pegi..
Antara tempat-tempat yang kitorang singgah ialah taman lebah, pasar tani (lupe pulak nama pasar tani ape.. huhu).. pastu ladang teh.. yang laen-laen aku dah tak sedar sebab  dah tido.. tau-tau jek dah sampai Lata Iskandar.. hehe.

.

Wednesday, May 9, 2012

Sakit Mata

Balik keje tadi sy sakit mata..
Mata sy merah-merah..
Pastu gatal-gatal..
Makin gosok makin gatal..

Sy dah lame x kena sakit mata..
Rase-rase last kena dulu pon masa darjah 6.. Kalau tak silap la..
Tu pon berjangkit masa ada camp kat skolah..
Tidur sebelah classmate yg mmg dah sakit mata..

Saya tak suke nak mc..
Kalo boleh jgn sakit mata lame-lame yek..
Cpt baik.. 
Chaiyok.. Chaiyok.. !



Tuesday, May 8, 2012

Emosi Yang TERamat

aku rase cam nak menyumpah2 jek skrg ni..

rien.. jangan rien.. byk2 sbr k.

tp aku x boleh gak ni...
ingat aku diam boleh buat mcm2 ke..?
berani sgt kan nk jolok sarang lebah..
EEEEEEEEE.. sktnye ati..
kalo dah camni pon sampai ble2 pon mmg susah la aku nk ngadap muke dia..
n bukan sng gak la aku nk baik2 blk..
huh.. !

dah ade bini tu wat cam ade bini..
angin betol aku ble jantan x sedar diri nak MENGgaTAL NI.. !