Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat, Kajang

KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki. 



Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.



Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau. 
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.


10.20pm - Seorang berjaya dikeluarkan, Abang Iwan (33), selamat.

10.30 - Jumlah terbaru yang terperangkap ialah 25 orang.
Dua maut iaitu Abang Farid, Shahrul.
Jumlah terbaru: seorang yang baru dikesan bernama zaid aswad, 18, masih tertimbus.

Maklumat terbaru: Zaid ashwal, 18, Boboy, 10, meninggal dunia. Jumlah terkini, lapan pelajar dan dua penjaga dewasa meninggal dunia. Enam pelajar terselamat dan tiga dewasa manakala enam orang masih terperangkap.

:: Sehingga jam 01:01:37 a.m ::

Kawasan Rumah Anak2 Yatim yang terkena tanah runtuh

Mangsa yang cedera

No comments:

Post a Comment