Thursday, April 28, 2016

Perut Buncit: Apakah Penyebabnya?

Ramai orang kini bukan sahaja lelaki tetapi juga perempuan mempunyai perut buncit. Mesti malu kan? Baju yang cantik sekadar disimpan sahaja dalam almari dan tak mampu lagi dipakai dek kerana perut yang buncit. Walaupun mempunyai wajah yang cantik dan kacak tapi bila melihat perut mesti orang mengata. Ye tak? Ingat . Perut buncit bukan saja membuatkan penampilan tidak menarik tetapi juga boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

Jom kita lihat apakah penyebab yang menyebabkan perut menjadi buncit.

Timbunan lemak
Kebiasaannya penyebab perut buncit adalah disebabkan terdapat banyak lemak yang berada di perut seseorang individu tersebut. Kita boleh melihat di bahagian pipi, paha dan juga perut sebagai tanda untuk mengetahui sama ada berat badan kita nampak lebih gemuk daro sebelumnya. Jika ya maka anda sedang mengalami pertambahan berat badan. Timbunan lemak yang ada di badan biasanya disebabkan oleh makanan yang mengandungi lemak tepu. Ia tidak boleh diambil remeh kerana terdapat pelbagai bahaya lemak tepu yang perlu diwaspada yang boleh memberi kesan kepada kesihatan. Antara bahaya lemak tepu di perut adalah mengakibatkan individu tersebut mengalami obesiti. 

Makanan bergaram
Beberapa kesan yang disebabkan poleh pengambilan garam secara berlebihan adalah terkena darah tinggi, gangguan jantung dan terakhir menyebabkan perut membuncit.Kebiasaannya makanan yang mempunyai banyak garam boleh meningkatkan nafsu makan seseorang dan menyebabkan ia boleh mengambil makanan lebih banyak dari kebiasaan. 

Makanan manis
Selain daripada makanan masin, makanan manis juga boleh menyebabkan seseorang terkena perut buncit. Ini kerana makanan yang manis memiliki kadar glukosa yang tinggi. Orang yang terlalu banyak mengambil makanan manis akan mudah terkena penyakit diabetes. Ia juga boleh menjadi punca kepada obesiti.

Makanan pedas
Makanan pedas juga boleh menyebabkan seseorang terkena perut buncit. Orang yang sedang diet pun tidak boleh mengambil makanan pedas terlalu banyak kerana ia boleh meningkatkan nafsu makan seseorang, Jika nafsu makan naik maka tubuh akan menjadi gemuk dan perut menjadi buncit.

Makanan segera
Makanan segera dan juga makanan ringan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan juga menyebabkan seseorang terkena obesiti. Orang yang suka makan makanan segera akan cenderung lebih gemuk dibandingkan dengan orang yang makan makanan masakan sendiri. Makanan segera atau makanan ringan merupakan makanan yang kaya akan lemaj, kolesterol dan juga kaya dengan minyak. Makanan ini disebut juga dengan makanan sampah kerana ia kaya dengan kandungan yang menyebabkan penyakit dan tidak memilik nilai gizi sama sekali. Untuk menerapkan pola hidup yang sihat dan bebas dari perut buncit seeloknya anda membuat sendiri makanan yang hendak dimakan kerana anda boleh tahu kandungan gizi di dalamnya. Selain itu, anda juga boleh menguruskan tahap kebersihan makanan yang anda buat.

Kekurangan air
Kurangnya minum air seperti air putih akan meningkatkan seseorang terkena dehidrasi. Dehidrasi tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh mengganggu prestasi organ tubuh. Kebanyakan tubuh manusi dipenuhi dengan air. Jika kurang air maka organ tubuh tidak dapat bekerja dengan baik. Dehidrasi atau kekurangan air boleh menyebabkan perut buncit kerana dehidrasi boleh menyebabkan sembelit. Bukan itu sahaja, disebabkan kekurangan air juga boleh menyebabkan pemecahan makanan di dalam tubuh terhambat. Ia mengakibatkan perut menjadi buncit kerana makanan tidak dapat terurai secara sempurna sehingga berkumpul di perut. 

Alkohol
Alkohol juga merupakan minuman yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit kerana ia memiliki kadar gula yang tinggi. Bukan hanya boleh menjadi obesiti, ada pelbagai kesan bahaya alkohol yang harus anda ketahui. Pengaruh alkohol terhadap sistem saraf manusia juga sangat merugikan kerana alkohol boleh merosakkan sistem saraf sehingga manusia akan berasa cepat marah dan mudah emosi disebabkan alkohol membuatkan saraf menjadi tegang.

Soda
Bagi anda yang sedang berdiet, jangan gunakan soda di dalam makanan anda. Ini kerana soda merupakan minuman jahat berbahaya yang boleh menggagalkan diet anda. Kandungan soda tersebut sangat tidak bagus untuk kesihatan disebabkan ia mengandungi gula yang tinggi bahkan berlipat ganda dibandingkan dengan air tin biasa. Tidak hanya itu, kandungan fruktosa, pengawet, pewarna dan pemanis buatan juga boleh menyebabkan anda terkena obesiti disertai dengan perut buncit. Jika sering menggunakan/ minum soda boleh menyebabkan gangguan kesihatan seperti penyakit diabetes atau penyakit kencing manis, dan ia boleh juga menyebabkan seseorang terkena penyakit ginjal.

Suka mengunyah
Pada dasarnya orang yang suka mengunyah dengan makan yang tidak sihat akan menyebabkan perut buncit. Hal ini kerana mengunyah makanan yang tidak sihat mebuatkan tubuh mengalami pembentukan lema, garam, MSG dan juga membuat nafsu makan semakin meningkat. Tidak hanya itu sahaja, kebanyakan orang muda sekarang lebih suka makan makanan lazat yang tiada khasiat. Inilah yang menyebakan seseorang mengalami obesiti dan perut menjadi buncit. 

Tidak bersarapan
Ramai orang yang diet dengan cara yang salah aiatu dengan melambatkan bersarapan. Justeru, ia membuatkan seseorang lebih gemuk dan menyebabkan dia memiliki perut yang buncit. Alasannya adalah orang yang tidak sarapan semasa makan tengahri atau sepanjang waktu menuju ke makan tengahari akan berusaha mengisi perut dengan makanan ringan. Orang yang lewat makan pagi, dia akan makan dengan jumlah yang lebih banyak  dari kebiasaan sewaktu makan tengahari berbanding orang yang bersarapan.

Suka makan malam
Penyebab perut menjadi buncit juga adalah disebabkan makan malam melebihi dari jam 6.00 petang. Ini kerana orang yang suka makan malam melebihi jam 6.00 petang, makanan yang dimakannya akan bertindan di dalam tubuh sehingga menyebabkan kegemukan dan juga membuatkan perut menjadi buncit. Ini berbeza dengan makan tengahari atau makan pagi. Makanan tengahari dan makan pagi yang dimakan akan dipecah menjadi tenaga disebabkan manusia mempunyai aktiviti yang banyak di siang hari sedangkan pada waktu malam manusia hanya akan berehat dan tidur tanpa melakukan kegiatan yang boleh membakar dan memecahkan lemak.

Tidur selepas makan
Ada pola hidup yang tidak bagus dan boleh membuat seseorang terkena perut buncit, salah satu pola tersebut adalah sehabis makan dia terus tidur. Ini tidak baik untuk kesihatan kerana makanan yang masuk ke dalam tubuh sebahagiannya akan masuk ke dalam tubuh dan sebahagian lagi akan naik ke kerongkong. Jika selepas makan terus tidur akan membuat kandungan makanan tersembut berkumpul di dalam perut. Oleh sebab itu, selepas makan jangan terus tidur tetapi cuba untuk membuat aktivit seperti berjalan dalam masa 30 minit bagi memastikan kandungan makanan tersebut pecah dengan sempurna.

Kurang olahraga
Orang yang kurang olahraga, lemak yang ada di dalam tubuhnya tidak dapat dibakar secara efektif sehingga lemak itu menyebabkan perut menjadi buncit.Olahraga merupakan aktiviti yang bermanfaat untuk mencegah obesiti dan mengecilkan perut buncit dalam masa 7 hari !

Ada banyak cara dan aktiviti yang boleh dilakukan antaranya ialah jogging, sit up, push up, fitness dan lain-lain lagi. Bagi memastikan tiada kesan buruk akabit salah cara olahraga, pastikan anda tahu langkah olahraga yang sesuai.

Banyak duduk
Orang yang banyak duduk juga berisiko terkena perut buncit. Ini disebabkan ketika duduk dia kurang bergerak dan beraktiviti sehingga perut menjadi buncit. Orang yang bekerja di depan komputer memiliki risiko untuk terkena perut buncit. Bagi anda yang suka dan selalu duduk lama-lama sebaiknya anda tahu bahayanya apabila duduk terlalu lama di depan komputer dan juga bahaya duduk lama-lama.

Pencernaan tidak lancar
Orang yang kurang makan makanan yang berserat tinggi akan terkena pelbagai masalah pencernaan. Contohnya, sembelit dan tidak lancar pencernaan.Serat sangat bermanfaat untuk melancarkan pencernaan dan akibat kurang serat bagi tubuh membuat pencernaan tidak lancar sehingga perjalanan makanan menuju ke usus besar terganggu. Itulah yang mneybabkan perut menjadi buncit.Kurang lancarnya pencernaan boleh mengakibatkan seseorang terkena penyakit usus bahkan kanser usus.

Tekanan
Bagi wanita yang memiliki perut buncit biasanya disebabkan oleh stress. Ini disebabkan semasa tekanan, produksi hormon kortisol pada wanita meningkat. jika hormon ini meningkat maka ia akan membawa pengaruh buruk terhadap tubuh wanita. Hormon ini akan meningkatkan rasa lapar sehingga wanita akan cenderung untuk mengunyah dan suka makan ketika berada dalam tekanan.

Tidak datang haid
Salah satu penyebab perut buncit pada wanita adalah tidak menstruasi. Hal itu menyebabkan sel darah kotor menempel di dinding rahim sehingga menjadi penyebab perut menjadi buncit. Wanita yang tidak menstruasi ini disebabkan oleh menopause, suntik hormon, suntik kb dan juga pemasangan kb seperti iud, menyusui dan lain-lain. Wanita yang tidak menstruasi cenderung perutnya buncit dibandingkan dengan wanita yang menstruasinya teratur setiap bulan.

Pembedahan Ceaseran
Wanita yang melahirkan dengan cara pembedahan ceaser akan memiliki perut yang lebih besar dibandingkan dengan wanita yang melahirkan secara normal. Alasannya adalah bayi dikeluarkan secara paksa dari dalam rahim berbeza dengan kelahiran normal yang keluar dari jalan lahirnya. Kebanyakan orang yang melahirkan secara caesar harus menunggu waktu sekitar 6 bulan sehingga  dua tahun lamanya agar perutnya mengempis kembali. Tidak hanya itu saja, jahitan di dalam perut yang belum kering juga menyebabkan keadaan rahim yang masih membesar akibat mengandung juga menjadi penyebab perut membuncit. 

Faktor Usia
Penelitian mengemukakan fakta bahawa orang yang semakin tua akan memiki perut yang buncit, hal itu disebabkan organ pencernaan yang fungsinya semakin berkurang membuat orang tua terdedah untuk mengalami perut buncit. Perut buncit itu akibat dari menurunnya fungsi pencernaan orang tua/warga emas sehingga makanan yang masuk ke dalam tubuhnya diproses secara lambat.

Genetik
Penyebab perut yang buncit lainnya adalah genetik, jika kedua orangtua anda atau keluarga anda adalah orang yang majoritinya berbadan gemuk maka anda pun berpotensi untuk memiliki badan gemuk dengan perut yang buncit. Memang jika sudah genetik akan susah sekali dihilangkan kecuali dengan tekad yang kuat dan juga olahraga yang teratur. Mengapa harus dengan tekad yang kuat?, ini kerana jika orang dengan genetik tubuh gemuk tidak berterusan dalam melakukan tekadnya dia akan mudah gemuk kembali atau bahkan boleh lebih gemuk dibandingkan sebelumnya walaupun tubuhnya sudah semakin kurus dengan perut yang ramping

Sumber Ihsan: Google


Nota Kaki: Info dialihbahasa dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu. Mungkin ada beberapa perkataan yang tidak menepati maksud ayat.
Sumber asal: http://halosehat.com/penyakit/gejala/penyebab-perut-buncit

No comments:

Post a Comment