Thursday, April 28, 2016

Keguguran Peringkat Awal Kehamilan

Cik Green ni jenis period yang suka hati ko je nak datang. Maksudnya tak tetap la tu. Dalam bulan 6 haritu Cik Green tergerak hati nak check. First time beli pregnancy test, malu ngan tebal pulak rasa muka ni. Tunggu semua orang dah keluar dari kedai baru Cik Green pegi bayar dekat kaunter. Haha. Almaklum la First Time.

Pregnant!

Alhamdulillah happy bila dapat tau yang Cik Green mengandung. Siapa yang tak gembira bila dikahbarkan bakal mempunyai zuriat hasil dari hubungan suamiisteri. Serius, Cik Green mula-mula tak expect pon mengandung. Tengok double line dekat pregnancy test tu tak tau nak gambarkan apa perasaannya. Macam-macam ada. Terkejut ada. Happy ada. 

Tapi kegembiraan tu tak kekal lama. Tak sempat Cik Green nak rasa baby bergerak-gerak dalam rahim Cik Green dah alami keguguran. Nampaknya masih belum rezeki Cik Green. Seminggu sebelum keguguran mata Cik Green kerap nau berkedipnya. Orang kata kalau berkedip ni maknanya kita nak tengok benda yang tak elok. Wallahualam.

Cik Green taknak cerita macamana Cik Green boleh gugur tapi untuk yang baru di peringkat awal kehamilan antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah:

Pemakanan
Jaga Pemakanan ! Jangan cacamarba je semua nak makan. Rahim belum cukup kuat jadi ada makanan yang boleh memberi kesan pada keguguran. Antaranya makanan yang perlu dielakkan ialah:


Buah Nanas

Air Bergas

Buah Durian

Image result for Sushi
Sushi

Ikan Keli

Keju

Tembikai

Rebung


Gambar Ihsan: Google

Tekanan
Di kala hamil, wanita yang mengandung perlu mengawal tekanan. Tekanan yang berlebihan akan membuatkan hormon wanita hamil menjadi tidak stabil dan menyebabkan keguguran.

Masalah kesihatan
Pengaruh masalah kesihatan si ibu, contohnya ada masalah pada plasenta, memiliki struktur rahim yang abnormal, leher rahim yang lemah atau menderita sindrom ovarium polikistik.Keguguran juga dapat terjadi jika janin tumbuh di luar rahim. Keadaan ini disebut sebagai kehamilan ektopik. Jenis kehamilan ini dapat mengancam jiwa kerana memiliki risiko untuk pecah dan mengakibatkan pendarahan dalam.

Gaya hidup tidak sihat - Merokok/ Pengambilan Alkohol/ Pengambilan Ubat Terlarang 

Mengangkat beban berat
Inilah yang kadang kala menjadi faktor keguguran pada wanita yang hamil kerana otot rahim akan menegang dan kejang semasa mengangkat beban berat. Kebiasaannya perkara yang dilakukan oleh wanita adalah menguruskan rumahtangga seperti membasuh pakaian, mengemop lantai, menyapu dan sebagainya dalam satu masa. 

Berlari dan Melompat
Semasa berlari perut dan rahim akan ikut bergerak. Semakin kencang berlari maka rahim juga akan semakin cepat bergerak. Ini sangat membahayakan embrio. Melompat akan mebuatkan wanita yang hamil terjatuh.

Cara pemanduan
Ramai wanita yang suka memandu laju. Kadang-kala lubang di jalan pon dilanggar. Ini menyebabkan kandungan bergegar dan mengalami kontraksi. 


Bagi yang mengalami pendarahan terus ke hospital. Sekiranya benar mengalami keguguran selepas dicuci oleh pihak hospital, disarankan untuk berpantang sekurang-kurangnya (paling minima) seminggu dan berurut dengan bidan untuk menaikkan semula rahim dan membetulkan peranakan. 


Ingat! Anak itu anugerah dari Tuhan. Walau kecewa pon kita jangan dilupakan Tuhan Yang Maha Esa. Sebesar manapun usaha kita jika belum waktunya diizinkan Tuhan maka teruskan menunggu dan berdoa. 

No comments:

Post a Comment