Tuesday, April 5, 2016

Persiapan Majilis Pertunangan

Yuhuuu.. Ha.. Awatnye Cik Green kalut sangat nih . Cik Green nak bagitau dekat semua orang yang Cik Green dah bertunang . Hahaha.. Gile kecohkan.. Yela.. Cik Green kecoh pon dekat blog cheq yang semedang takde orang nak tengok ni.. Kalau heboh kat luar lagi tak elok kan? . Riak namanye tu . Lagipon tunang kan tak elok nak heboh2.. Post ni sebenarnya dah lama dah jadi draft. Baru je sekarang Cik Green tergerak hati nak post.

Cik Green ngan Mr. B betul-betul serius sekejap jek . Tak lama macam org lain yang bercinta bagai nak rak.. Terkejut jugak baru je serius as couple then dia datang merisik.. First time nak bagitau kat ma ngan abah takut jugak la . Manela tau kot MR.B ni main-main jek . Tapi last-last dia datang betul-betul bawak family dia . Terharu Cik Green dia betul-betul serius in our relationship..

Masa merisik haritu tak tetap pon tarikh untuk bertunang . Sebabnya keluarga kitorang pulang balik dekat kitorang untuk decide sendiri. Jadinya, kitorang bincang untuk buat majlis tunang masa time Hari Merdeka . Ye la cuti Merdeka tahun ni 3 hari sebab jatuh hari Ahad so hari Isnin cuti ganti . Kiranye kalau buat hari Ahad takdela penat sgt kan..lagipon tarikh ni senang nak ingat .

Kebetulan tema Hari Merdeka ni sesuai pulak dengan Majlis Pertunangan ni
" DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"

"Bertunang mengikut syarak bermaksud persetujuan dari kedua belah pihak. Mengikut islam, apabila sang arjuna menyatakan hasrat untuk memperisteri gadis pujaan, maka secara tidak langsung mereka telah mengikat tali pertunangan di antara mereka."
"Bertunang merupakan permulaan perjalanan menuju perkahwinan yang sebenar. Jadi dengan pertunangan ini sebenarnya membantu pasangan untuk saling mengenali antara satu sama lain dalam tempoh tertentu sebelum bergelar suami isteri."
Dalam masa sebulan, kami buat persiapan. Let's check it out apa persiapan untuk bertunang:
1) Busana - Untuk bertunang ni Cik Green beli sehelai dress/ jubah baru untuk dipakai - RM250.00. 

2) Make Up - Niat hati taknak make up pon. Tapi masa hari bertunang makcik-makcik sume suruh makeup. Siap panggil orang untuk make up. Huhu (Jadinya makeup sponsored by them - F.O.C )

Tema yang kitorang tetapkan biru, merah jambu. So, bajunya pon warna pink dan biru . With Abah & Ma.

2)  Hantaran - Dulang hantaran kami decide untuk bagi 7 (dari pihak perempuan) dan dibalas 5 (oleh pihak lelaki). Tapi lebih satu so ada 6 dari pihak lelaki.
Dulang hantaran pihak perempuan:
  • Kain pasang baju melayu untuk  akad nikah (beli dekat CasaModa Seremban) - RM350 sekali dengan kain pasang perempuan. 
  • Kasut untuk akad nikah (beli dekat Parkson Alamanda) - (+- RM 90.00) 
  • Gula-Gula dan Coklat (Coklat sponsored by Cousin) 
  • Buah-buahan (sponsored) (F.O.C)
  • Perfume (beli dekat Jusco S2) - (+- RM100.00)
  • Sirih Junjung (D.I.Y)
  • Kek (Secret Recipe) - (+- RM80.00)
Dulang hantaran pihak lelaki:
  • Kain pasang untuk akad nikah (beli dekat CasaModa Seremban) - sekali harga dengan kain lelaki
  • Set pembersih muka (beli dekat Jusco S2) - (+- RM100.00)
  • Buah-buahan
  • Sirih Junjung
  • Kek (sponsored)
  • Kuih-Muih
Hantaran dari kedua-dua belah pihak. Nak jimat kitorang guna ribbon dan pembalut yang sama jek. Jadi masalah ke? Tak kan? Ahakss . 


3) Tepak Sirih - Ikut adat Negeri Sembilan, tepak sirih kena ada sebagai pembuka bicara semasa majlis berlangsung (F.O.C- Pinjam makngah punya)

4) Pelamin - Pelamin ni ikutkan tak perlu pon. Baru bertunang kan. Tapi sebab MR.B pernah kerja dengan kawan dia pasang pelamin so dia dapat free pelamin mini. Yang bestnya MR.B dengan kawan dia pasang sendiri pelamin ni. (F.O.C)


Some decorations of my mini pelamin.

5) Cincin - Cincin ni akan disarungkan oleh ibu pihak lelaki ke bakal menantu. Disebabkan ibu Mr B tak berapa sihat semasa majlis bertunang. Jadinya kakak MR B yang sarung cincin tersebut. (Rahsia. Ikut pilihan masing-masing. Masa Cik Green beli ni harga emas tengah jatuh.)

Sesi sarung cincin

6) Kenduri - Untuk kenduri, rumah Cik Green pasang 2 khemah untuk jemputan saudara mara, jiran terdekat dan keluarga belah lelaki. Masak secara rewang dari pagi. Alhamdulillah keluarga dan saudara-mara banyak membantu. (Cik Green bagi dekat abah RM250 lebih kurang untuk beli bahan makanan. Yang lain abah kata abah tambah. Haha. By the way khemah free makcik sponsored. Yezza i loike . ! )

7) Jurugambar - Jurugambar takde cuma guna kamera telefon masing-masing. Yang penting ada gambar kenangan. (bajet sifar)
Sesi bergambar

8) Doorgift - Pihak kami takde sediakan doorgift pon tapi terpulang pada masing-masing. Kalau ada bajet lebih boleh la bagi doorgift (bajet sifar)

8) Wakil Jurucakap Keluarga - Keluarga masing-masing decide Pak Long masing-masing selaku orang yang lebih tua dalam keluarga sebagai jurucakap keluarga.

Keluarga pihak lelaki datang sebelum Asar (lebih kurang jam 3.30 petang). Setelah berbincang, jumlah wang hantaran dan tarikh perkahwinan ditetapkan dalam masa 6 bulan dari tempoh bertunang . Mula-mula terkejut jugak. Kitorang decide sebenarnya dalam masa setahun baru kahwin, tapi tak taula macam mana masa berbincang tu boleh putuskan dalam tempoh 6 bulan pulak . Tapi orang kata lagi cepat lagi elok . Lagipun banyak dugaan masa bertunang ni. Alhamdulillah. tempoh kitorang bertunang agak smooth. Takde masalah besar dan persiapan untuk ke gerbang perkahwinan pun agak mudah walaupun duit tak berapa nak ada untuk kahwin. heuw heuw.. 

My BFF . Yanie. Kak Ninie 

 Kak Ma . Kawan kerja Abah

 Bakal Adik Ipar dan  bakal Sepupu

 Makteh . 

 Sepupu. Kak Zurina & Kak Ila

My Siblings 


Atok & Wan 

Abang Mie dan keluarga 


Antara yang hadir ke majlis kami.. Terima kasih. Gambar banyak yang dah takde. Dekat kamera masing-masing.

Yeah ! Cik Green dah ada tunang . 

Nota kaki: Cik Green bertunang pada 31 Ogos 2014. 

No comments:

Post a Comment