Tuesday, April 5, 2016

Majlis Merisik

Merisik merupakan salah satu adat masyarakat Melayu yang dilakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Tujuan merisik diadakan adalah bagi melihat dan menyiasat status si gadis yang bakal dijadikan menantu.

Alhamdulillah. setelah sebulan berkenalan secara serius (walaupun dah hampir 6 tahun kenal gitu-gitu je), pihak lelaki datang merisik Cik Green. Kebetulan masa tu Hari Raya, kalau tak silap diorang datang masa hari raya ketiga, jadi juadah yang pihak kami sediakan pun makanan raya la kan. Abah Cik Green pun terkejut. Ada jugak orang nak merisik anak dia ni.. hahaha.. Ye la.. kawan lelaki takde tetiba tau-tau je ada orang datang nak merisik.  

Selain ibu bapa kitorang, kedua-dua pihak diwakili oleh Pak Long masing-masing sebagai jurucakap keluarga. Selain melihat pihak perempuan, adat ini juga mengenalkan keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan. Cik Green pon baru time ni jela jumpa bakal mak dan bapak mertua. First time tau. Nervous den. Merecik-recik habis peluhnya, haha.

Masa ni jugak sebentuk cincin dibawa oleh pihak lelaki. Nak jadi cerita ingatkan, sebelum ni Cik Green ingat si MR.B  ni main-main nak beli cincin. Tau tak kitorang ukur jari dengan apa..? dengan dawai besi sebab Cik Green tak pernah pakai cincin. So, memang tak tau la jari ni saiz apa. Dawai tu pulak boleh kemek-kemek. Bila sampai kedai, apa lagi, terkecik sikit la saiz cincin tu.

Kalau masa merisik ni korang setuju untuk bersama dengan si lelaki so, pakaila cincin tu sebagai lamaran dan hubungan baru ni diterima. Kalau tak.. janganla pakai. senang je kan. 

Cincin belah rotan yang Cik Green terima dari pihak lelaki

Sebelum balik, keluarga Cik Green juga sediakan cenderahati kepada pihak lelaki untuk dibawa balik.  

Cenderahati ni DIY je.
Bagi buah sebagai tanda terima kasih atas kedatangan pihak lelaki.
Terpulang la dekat korang nak bagi apa pon . Tak bagi pon takpe .


Alhamdulillah, selepas adat merisik, Cik Green akan sambung untuk adat meminang pulak.. Tungguuu !

Nota kaki: Hari merisik ni diadakan pada Hari Raya Ketiga (2014)

No comments:

Post a Comment