Monday, May 6, 2013

Think for the future

hai hai hai..

rindu aku tak..

mesti tak kan..? hahaha..

well.. untuk tahun ni setelah 4 bulan berlalu ni post pertama blog aku.. Sibuk gle weyh.. almaklumla sibuk nak ngundi.. huhu.. bajet gile.. macam awak la yang pegi pasang bendera bagai.. padahal duk terperap jek kat umah tu.. 

haha.. tak kisahla kan..

so arini aku teringin nak update pasal PRU 13 yang baru je berlangsung.. 

FYI, tahun ni kali kedua aku jadi warganegara yg bertanggungjawab dan pergi mengundi..  tahun 2008 1st time aku g ngundi.. masa tu bajet comel la aku g ngundi. Terkedek2 jek jln kaki g sekolah kebangsaan taman universiti 2, skudai (hmm.. kalau tak silap aku la) sebab lepas tu aku pindah seremban.. n semalam after 5 years aku keluar mengundi lagi tapi kali ni sebab den dah jadi org negeri sembilan jadinye ngundi kek seromban je la..

tapi aku taknak cite panjang2 pasal aku g mengundi ni.. aku cuma nak bincang pasal keputusan pilihanraya.. bincang ok.. sume org bebas memberikan pendapat.. (fullamak.. dah cam dekat parlimen plak.)

ok.. kalau ikut keputusan yang keluar malam tadi (ingat nak tunggu sampai habis tapi tertido plak.. last2 tv yg tengok aku.. huhu), BN menang majoriti dan mengekalkan kerusi kerajaan.. Kedah berjaya diterajui semula oleh BN manakala Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan gagal dirampas..  Kalau tengokkan Pulau Pinang dan Kelantan memang sukar la sebab tu memang kubu kuat PR walaupun BN yakin boleh menang..

Tapi yang buat aku terkejut kita tengok kerusi Gelang Patah, Lim Kit Siang vs Datuk Abd Ghani Othman.. Macamana Menteri Besar Johor boleh kalah sedangkan LKS baru je masuk kawasan Johor..? kalau kita tengokkan macamana kuat pon kempen org melayu tapi org cina tetap akan pilih org cina.. ade nak pilih org melayu..? takde kan..? kecuali kalau tu kawasan org cina tapi dua-dua perwakilan dari org melayu mungkinlah kot diorang pilih org melayu. apa yg patut kita belajar sekarang adalah bagaimana cara nak satukan semangat di kalangan kaum kita sendiri.bukan berdengki dan bukan sibuk fitnah sana sini di kalangan kita sendiri..  org lain seronok tengok kita buat rusuhan bagai, tapi yang akan amik kesempatan plak sape..??  

tapi antara MCA dan DAP pulak kenapa org cina lagi banyak pilih DAP.. kalau ikutkan ulasan yang aku dengar dekat tv semalam ini disebabkan DAP lebih bersuara lantang dari MCA. So, dari suara2 tersebut maka barulah kerajaan akan ikut kemahuan mereka.

lagi satu, ada jugak kakitangan kerajaan yang pertikaikan.. eleh, bukan Najib pon yang bayar gaji kita ..semua tu kan guna duit rakyat.memang bukan dia yang bayar..  kalau aku jadi PM pon belum tentu aku akan bayar gaji penjawat awam guna duit aku.. tapi apa yang kita nak tengok adalah macamana dia MENGURUSKAN.. mungkin ada janji2 pakatan yang buat korang tersenyum sampai ke telinga.. ye la sape yang tak suka bila dapat pelajaran percuma, cukai dan tol dihapuskan bla.. bla.. bla.. tapi kalau sume benda nak free macamana plak negara nak menjana ekonomi..?? kalau ptptn takde adik2, anak2 korang nak masuk U macamana..? kalau taknak bayar PT, dapatkan la 1st class..kalau taknak juga jgnla amik.. tapi jgnla menyusahkan org lain untuk jangkamasa akan datang.. fikirla panjang2..

aku bukan nak sokong sape2 sebab aku pon tak minat sangat dengan politik ni.. tapi kalau keadaan macam ni kekal kita takkan hidup aman.. kalau PR menang kemungkinan besar Perlembagaan yang kita ada akan digubal semula.. korang nak ke kuota yang diberikan kepada bumiputera selama ini dihapuskan..? sekarang kedudukan ekonomi org melayu kita dahla masih di bawah..fikir-fikirkanlah.. 

untuk BN, anda pon kena beware.. kalau keadaan ni berterusan tak mungkin satu hari nanti kerajaan akan berubah..

aku cuma mengharapkan walau sesiapa pun yang memerintah, kaum melayu dan bumiputera dapat bersatu padu..(bukannya tikam belakang, bukannya talam 2 muka dan bukannya segala macam yang negatif lagi)..kalau rase pendapat aku salah mungkin ada yang boleh perbetulkan.

think for the future..

No comments:

Post a Comment