Friday, May 25, 2012

Boling Piala Pendaftar


Kejohanan Boling Piala Pendaftar telah diadakan pada 22 Mei 2012 yang lalu bertempat di U-Bowl, Jusco Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan.Kejohanan yang dianjurkan bagi tahun kedua ini berjaya menarik sebanyak 18 pasukan. Setiap pasukan perlu menghantar 3 pemain lelaki dan seorang pemain wanita.

Objektif utama kejohanan ini dianjurkan adalah bagi mencungkil bakat-bakat kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia yang boleh bermain boling dengan baik di samping mencari bakat- bakat baru yang berkelayakan untuk dihantar ke Kejohanan Sukan Sukan Universiti Malaysia (SUKUM) yang akan diadakan bermula 2 sehingga 7 Julai 2012 bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pada jam 7.45 malam, peserta-peserta mula hadir ke U-Bowl, Jusco Seremban 2 dan mendaftar kehadiran dengan pihak urusetia. Kejohanan dimulakan tepat pada jam 8.45 malam. Walaupun kejohanan diadakan lewat sedikit dari waktu yang dijangkakan namun pemain-pemain yang menyertai kejohanan ini begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam membuat balingan. Semua pasukan bermain sebanyak 3 pusingan games.  Suasanan kejohanan ketika itu begitu meriah dengan sokongan ahli-ahli kumpulan kepada pasukan masing-masing. 

PEMENANG (KATEGORI KUMPULAN)

JOHAN 
Team 69 menang dengan pungutan mata 1773
NAIB JOHAN
Fighter memenangi naib johan dengan jumlah pungutan mata sebanyak 1629
KETIGA
Pasukan die Hard menduduki tempat ke-3 dengan jumlah pungutan sebanyak 1602

yang kat bawah ni plak gambar-gambar urusetia yang berpenat lelah menjayakan Kejohanan ni.. yang paling comel sekali mestilah Cik Green kan..  ? hehe.

Cik Green yang berbaju merah berbeg biru .. huhu



No comments:

Post a Comment