Thursday, September 15, 2011

Jamuan Raya 2011

           Hari kebesaran umat Islam Aidil Fitri datang lagi. Syukur kerana sebulan Ramadhan yang barakah berjaya dilalui dengan penuh takwa. 1 Syawal pula disambut sebagai tanda kemenangan melalui tempoh sebulan berpuasa. Meskipun di sebahagian dunia yang lain masih bergolak dan umat Islamnya hidup tertindas namun 1 Syawal tetap memberi rasa kebahagian yang tidak mungkin dapat digambarkan dengan kata-kata.

Justeru itu, bagi meraikan Sambutan Hari Raya ini, satu majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di peringkat Bahagian Keselamatan, USIM sendiri. Majlis yang diadakan pada 8 September 2011 bertempat di Parkir Pejabat Keselamatan. Seawal jam 7.00 petang, majlis telah dimulakan dengan kehadiran kakitangan keselamatan. 

            Usai solat maghrib yang diadakan secara berjemaah, majlis diteruskan dengan jamuan hari raya aidilfiri yang diadakan dengan konsep santai. Antara hidangan menarik yang turut disediakan ialah sup gear box yang merupakan menu wajib Bahagian di mana staf turut bergotong-royong untuk memasak seawal pagi.




haha..aku org blum stat lagi.. 
aku dah mencecet cari makanan..
lapar beb..hehe



anak dara wif mak-mak dara..




ala..mane plak pinggan tuk aku ni..
xkan ade cawan je kot..
lapar2..



posing jgn x posing..
bab ni mmg x boleh kalah..haha



menu wajib opis aku..
bila jamuan jek mesti ade sup gear box


ha.. yang ni pon masak sendiri..
rendang ayam.. yummy..!

No comments:

Post a Comment