Tuesday, May 29, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi




Andai ku bercinta lagi ..?
 Bile yek .. Hanya masa & takdir yg menentukan . 

Thank God coz give me d chance to feel about love .

Mungkin rase perit tu ade bila kasih terlerai .
Walaupun benda tu dah lame berlaku . 
Tp mungkin ade juga hikmah di sebaliknye ..

Cik Green hanya mendoakan yang terbaik untuk diri Cik Green .
Bile rase sunyi kadang-kadang tak dapat nak tipu kenangan lama mesti muncul . 
Tp Cik Green selalu ingatkan diri, yang lepas tu biala terus berlalu .

Andai ku bercinta lagi .
Mengharapkan yang akan datang lebih baik dari yang lepas ..
Dan harapnye akan kekal hingga ke akhir hayat ..

Tu doa Cik Green .



Sunday, May 27, 2012

Beronggeng Di Hari Yang Damai

Harini ari Ahad .. Cuti sekolah pon dah mule ..
Bile cuti sekolah mula so banyakla kenduri kendara kawen .. sane sini sume orang kawen..
aku plak ...?? hmm..
Tengahari tadi Cik Green pon dah bersiap2 nak pegi kenduri kawen .
Almaklumla, orang dah MENjemput X elok pulak kalau kite tak pegi kan ..
tengah siap-siap tetibe abah Cik Green tegur la plak..

Abah        : Ko ni kalau gaji tu la berjalan jek kejenya..
Cik Green : Eh, bukanla abah . Orang MENjemput kita pegila.. hehe (wah . pandai plak Cik Green MENjawab . Nasib tak kena lepuk .. kuang3x)

Jadinye arini ade 2 kenduri kawen Cik Green pergi . Selamat Pengantin Baru untuk kedua-duanya .
Firstly, Majlis Kawen Firdhaus Jaafar & isteri . Ni majlis belah perempuan .
Lepastu plak. aku terus pegi Beranang untuk Majlis Kawen Saidi & isteri . Yang ni plak majlis kawen belah laki. Ramai gile .. Sampai nak duduk pon takde tempat . Lagi2 tiga orang bersanding serentak . Havoc tu .


Ni gambar Pengantin (Saidi & pasangan), Cik Green n Kak Wan . Hijau gitu temanya . 
Semoga cepat dapat baby yek .  Boleh tak post camtu . ? hehe


Habis jek sume kenduri kendara tu ape lagi kite enjoyla . So, pastu pegi Putrajaya coz ade Hari Belia Sedunia . Sampai sane gile jem kat sana . BERpusing-pusing aku cari parking . Nasib baek dapat parking dekat . Tu pon dah puas aku ngamuk-ngamuk dalam kete tu . haha . 


tengah- tengah cari parking nampak plak abang polis nek kuda . ape lagi terus snap pic la .
 nasib baek abg polis kat belakang tu senyum jek. risau aku kalo kena saman . 
tangan kiri drive . tangan kanan plak snap pic . huu

Ramai gile artis yang ade kat sane tadi . aku dah rase cam Hari Bersama Artis la plak . Paling aku TERuja dapat tengok Fahrin Ahmad dekat-dekat . Wallawei . ganteng gile beb . luruh jantung aku tengok dia . Sweet gile dia senyum . hmm . tp sebab TERuja sangat aku boleh lupa nak amik pic dia . hadoi ..
Antara artis-artis yang aku sempat tengok :

Maulana

Y. Bhg Dato' Sri Ahmad Shaberi Cheek & Kump. Eva . 

Lame gile kot kumpulan ni tak klua . x silap aku last mase diorang masuk AJL tahun bile ntah nyanyi lagu Bulan Cinta . sekarang aku dah besar panjang baru klua balik . 

yang ni geng-geng pelakon . Botak Juvana

sampai habis tiga lagu duk dengar Tomok nyanyi 

last sekali Aliff Aziz - ni kat booth Hotlink

tapi pastu ade plak sorang makhluk ni pon nak bergambar ngan artis jugak . snap je la kan . karang kecik ati plak kalo takde gambar . hehe

Adik aku, Dila ngan Azza Elite

Aku plak . ? Hmm . xdela TERuja sangat nak bergambar ngan retis-retis ni .(walaupun dalam ati nak gambar . nak gambar . huhu) . So, aku just bergambar ngan benda-benda yang tak BERgerak je la kat situ . 

Cik Green kat depan stage Jom Heboh . 
Mase ni Awie Rafael tengah nyanyi kat stage tu . 

CHAK . !! Cik Green di sebalik pokok cendawan Purple

Cik Green dengan maskot ape ntah . 
Sian kat maskot tu . sampai gigil-gigil tangan dia . letih sangat kot . 

Habis jek memusing-musing . kitorang pon balik rumah dengan membawa barang-barang free yang dapat mase melawat booth-booth kat situ . haha . penat gile weih . 



Friday, May 25, 2012

Boling Piala Pendaftar


Kejohanan Boling Piala Pendaftar telah diadakan pada 22 Mei 2012 yang lalu bertempat di U-Bowl, Jusco Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan.Kejohanan yang dianjurkan bagi tahun kedua ini berjaya menarik sebanyak 18 pasukan. Setiap pasukan perlu menghantar 3 pemain lelaki dan seorang pemain wanita.

Objektif utama kejohanan ini dianjurkan adalah bagi mencungkil bakat-bakat kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia yang boleh bermain boling dengan baik di samping mencari bakat- bakat baru yang berkelayakan untuk dihantar ke Kejohanan Sukan Sukan Universiti Malaysia (SUKUM) yang akan diadakan bermula 2 sehingga 7 Julai 2012 bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pada jam 7.45 malam, peserta-peserta mula hadir ke U-Bowl, Jusco Seremban 2 dan mendaftar kehadiran dengan pihak urusetia. Kejohanan dimulakan tepat pada jam 8.45 malam. Walaupun kejohanan diadakan lewat sedikit dari waktu yang dijangkakan namun pemain-pemain yang menyertai kejohanan ini begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam membuat balingan. Semua pasukan bermain sebanyak 3 pusingan games.  Suasanan kejohanan ketika itu begitu meriah dengan sokongan ahli-ahli kumpulan kepada pasukan masing-masing. 

PEMENANG (KATEGORI KUMPULAN)

JOHAN 
Team 69 menang dengan pungutan mata 1773
NAIB JOHAN
Fighter memenangi naib johan dengan jumlah pungutan mata sebanyak 1629
KETIGA
Pasukan die Hard menduduki tempat ke-3 dengan jumlah pungutan sebanyak 1602

yang kat bawah ni plak gambar-gambar urusetia yang berpenat lelah menjayakan Kejohanan ni.. yang paling comel sekali mestilah Cik Green kan..  ? hehe.

Cik Green yang berbaju merah berbeg biru .. huhu