Friday, November 18, 2016

Pengalaman di Madinah

Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat akhirnya Cik Green berjaya juga jejakkan kaki ke Bumi Madinah dan Makkah. Bumi yang setiap Umat Islam sentiasa doakan agar dapat sampai. Tempoh Cik Green mengerjakan umrah adalah selama 9 hari bermula 6 Februari sehingga 15 Februari 2016.Apa yang Cik Green akan cerita ni berdasarkan pengalaman yang Cik Green masih ingat.  

Sepatutnya flight kami jam 9.00 pagi tapi beberapa hari sebelum bertolak agensi bagitahu flight delay ke jam 2.00 petang. Okeylah. Lagipon takde lah terkejar-kejar. Kesian pulak keluarga dari Seremban yang nak datang menghantar.





Masa dekat KLIA 2


6/2/2016- Tepat pukul 1.00 petang, kitorang pon terus masuk. Sempat lagi solat Zuhur sebelum masuk flight. Kalau yang naik flight Air Asia better masuk awal sikit sebab jarak dari balai ketibaan ke dalam tu dalam setengah jam jugak jauhnya. Mana nak check bag lagi. Lagi satu jangan bawak air mineral masuk ye. Tak dibenarkan. Kalau yang dah banyak kali pergi mungkin tahu do and dont's tapi yang pertama kali naik mungkin ada yang masih tidak tahu. 



Pemandangan dari dalam flight. 

Pemandangan dalam flight

Cik Green dan keluarga akan pergi ke Madinah dahulu dan baru ke Makkah. Ada trip yang akan masuk ke Bumi Haramain dulu lepas tu baru ke Madinah. Sebab tu kitorang boleh pakai pakaian biasa lagi. Tapi kalau terus masuk ke Makkah dan mengerjakan umrah, korang dah kena pakai kain ihram. Dalam pukul 8 lebih flight sampai dekat Airport Jeddah. Untuk keluarga yang ada bawak wheelchair, untuk masuk ke dalam flight dia masuk bila-bila takde masalah.Cuma haritu sebab masuk lambat so mak kena tahan dulu dekat pintu flight sampai semua orang masuk baru boleh masuk Tapi bila nak keluar dia akan jadi orang terakhir yang keluar dari flight. Ni based on pengalaman bawa mak mertua. 

Sampai je dekat Aiport Jeddah, korang kena beratur lama sebab imigresen dia strict sikit. Jadinya walaupun banyak lane yang ada dengan banyak flight dari serata dunia memang korang kena menunggu jugak la dekat situ. Belum lagi time nak cari bag. Tu pon makan masa jugak. Rasanya dekat jam 11.00 malam baru kami dapat naik bas untuk ke Madinah. Masa sampai dekat airport ni korang dah kena tahu mana satu mutawwif korang. Sebab apa-apa pon dengan dia jugak yang korang akan berurusan. Pastikan simpan siap-siap nombor telefon diorang. 

Kalau tak silap dekat jam 4.00 pagi jugak kitorang sampai dekat Hotel. 

Ini masa baru sampai dan sesi pembahagian kunci bilik. 

7/2/2016- Keluarga kami dipecahkan pada 2 bilik. Cik Green, mak mertua, adik ipar dan nenek satu bilik manakala 1 bilik lagi ayah mertua dan suami. Jadinya 1 bilik perempuan dan 1 bilik lelaki. Lepastu terus siap-siap sebab dah nak masuk Subuh. Di Madinah dan Makkah azan akan dilaungkan dua kali. Satu untuk peringatan nak masuk waktu dan satu lagi bila dah masuk waktu. 

 Sebab dah lambat, Cik Green dengan nenek je yang pergi ke Masjid Nabawi. Subhanallah. Terpegun Cik Green masuk dalam masjid ni.


Pertama kali sampai kami tak dapat masuk dalam masjid sebab dah penuh. Jadinya Solat Subuh dekat luar je dekat dengan bawah menara pertama masjid dari pintu masuk.

Lepas solat boleh la balik ke bilik untuk sarapan. Hotel Cik Green dengan Masjid Nabawi dalam 200 meter jugak la jarak dia. Dekat luar masjid korang akan tengok macam-macam orang berniaga dan juga peminta sedekah. Orang yang berniaga tu kalau polis datang je habis semua lari. Silap-silap dengan barang sekali diorang tinggal. Tapi diorang tak pernah serik. Setiap kali lepas waktu solat je ada je diorang kat luar pintu masjid tu. Kalau nak beri sedekah pulak tak digalakkan beri pada wanita-wanita yang ada dekat luar pintu masjid tu.  Bukan apa, kalau korang beri sorang nanti tiba-tiba ada ramai yang akan kerumun. Kan dah seram tu. Elok korang beri sedekah pada pakcik pakistan yang bersihkan kawasan masjid, wanita indonesia yang jaga dekat dalam masjid tu atau sedekahkan Al-Quran dekat masjid. Oh sebelum lupa, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram tak terima sebarang-sebarang Al-Quran ye. Quran yang ada dekat situ semuanya dari kilang Quran. Takdela pulak nampak Quran warna-warni macam yang ada dekat sini. 


Tentatif untuk kumpulan kami.

Raudhah

Ikutkan pukul 8.00 pagi kena turun berkumpul. Tapi kitorang turun lambat sikit. Dekat pukul 8.05 baru dekat lobi. Cari semua orang dah takde. Tanya ustaz rupanya semua dah pergi dengan ustazah. Baru je kejap. Jadinya kitorang berempat pon terus pergi sebab nak kejar ustazah dan ahli group lain. Tapi tak jumpa diorang semua. Jadinya decide untuk  masuk ke Raudhah sendiri. Dekat dalam masjid ramai yang tengah tunggu turn untuk masuk. Tapi tak nampak yang dari Malaysia. Mula-mula kitorang nak terus masuk tapi tiba-tiba polis wanita arab dekat sana tahan. Jadinya kena tunggu dulu. Dia kumpulkan orang ikut negara. Lepastu kitorang dapat juga masuk dalam. Sebab bawa mak dengan wheelchair kitorang dapat laluan untuk wheelchair. Setelah lama beratur, kitorang sampai juga dekat karpet hijau (Kawasan Raudhah). Masa beratur dan menunggu tu korang banyak-banyakkanla berzikir dan berselawat. Alhamdulillah sangat dipermudahkan untuk masuk ke kawasan Raudhah. 

Ramai orang tengah beratur di laluan wheelchair. Tak tahu macam mana pulak dekat laluan biasa. 

Dekat sini korang tak boleh lama-lama. Dapat buat solat sunat lepas tu berilah peluang dekat orang lain. Semoga masing-masing dapat diberikan peluang. Makam Rasulullah dan para sahabat di sebalik penghadang kami jek. Subhanallah. Walaupun tak sempat berada pada zaman Nabi akhirnya sampai juga ke tapak rumah nabi. Kawasan Raudhah adalah merupakan sebahagian daripada rumah Nabi Muhammad S.A.W. Ini merupakan juga antara tempat mustajab berdoa. 

Ni masa keluar dari kawasan Raudhah


Masjid Quba, Ladang Kurma dan Jabal Uhud

Hari kedua pula kami ke Masjid Quba. Dekat sini korang boleh solat sunat dan solat hajat. Ini merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah. 

Dalam bas untuk perjalanan keluar

Pemandangan di sekitar Bandar Madinah

Masjid Quba'

Bas yang membawa kumpulan kami. Kena amik gambar atau no plat bas. 
Nanti takut tak jumpa bas sebab banyak sangat bas dekat sini. 

Selepas tu kami ke Ladang Kurma. Adalah beberapa barang yang beli dekat sini untuk dibawa balik. Tapi tak banyak pon. Sebab orang kata dekat sini agak mahal harganya berbanding dekat pasar. Tapi air teh dia free. Korang jangan risau. Dekat Madinah dan Makkah ramai orang Arab yang petah cakap melayu. Korang boleh tawar-menawar dengan diorang.

Seronok pulak si suami duk merasa tester dia

Di ladang kurma


Kemudian kami teruskan pula perjalanan ke Jabal Uhud atau dikenali sebagai Bukit Uhud. Di sini juga terletaknya makam Saiyyidina Hamzah iaitu bapa saudara Nabi serta makam para syuhada yang lain. Disunatkan untuk berdoa juga di makam ini. Setelah itu, kami pon memanjat Bukit Memanah. 

Bukit Memanah adalah bukit di hadapan Jabal Uhud yang menempatkan pasukan memanah kaum muslimin semasa Perang Uhud. Perang yang sebenarnya boleh memberi kemenangan kepada kaum muslimin. Tetapi disebabkan pengosongan bukit memanah yang mulanya dianggap telah menang ketika itu, pasukan kafir telah berpatah balik dan menyerang semula sehingga menyebabkan kekalahan kaum muslimin dan terkorbannya bapa saudara nabi, Saiyyidina Hamzah Abdul Mutalib. 

Bukit di hadapan tu la Jabal Uhud

Akhir sekali kami teruskan perjalanan ke Pasar Kurma. Banyak pasar dekat Pekan Madinah. Ikutkan sebenarnya dekat jek dengan hotel. Dekat sini boleh beli untuk buah tangan pada saudara-mara. Kalau tak sempat nak beli, dekat sekitar Masjid Nabawi pon banyak orang yang menjual. 

8 dan 9/2/2016 - Hari ketiga dan keempat kami banyak berada di Masjid Nabawi dan juga program bersama agent di hotel. Digalakkan banyak bersolat di Masjid dari di bilik-bilik hotel. Korang bukannya selalu pon ada dekat sini. Jangan lepaskan peluang untuk kumpul pahala banyak-banyak.

Banyak hotel di sekitar Masjid Nabawi

10/2/106- Hari kelima kami bergerak ke Bumi Makkah bagi menunaikan umrah dengan berpakaian ihram. 


Thursday, October 20, 2016

Impian ke Rumah Allah

Sampai sekarang Cik Green teringat kata-kata salah seorang makcik Cik Green yang masa tu baru balik dari Umrah. Dia kata "Sebelum bercuti atau melancong ke luar negara , pergilah ke Makkah dahulu". Sejak dari tu, Cik Green sematkan dalam hati dan selalu berdoa kalau boleh itulah tempat pertama yang Cik Green akan pergi jika berpeluang ke luar negara.

Sebelum Cik Green tahu Cik Green mengandung dulu, Cik Green bagitahu dekat ma kalau boleh Cik Green nak pergi umrah. Tak lama kemudian, Cik Green dapat tahu yang Cik Green mengandung. Tapi, langit tak selalu cerah dan Cik Green gugur masa baru nak masuk bulan ketiga. Sejak dari tu, impian Cik Green nak pergi umrah makin berkobar-kobar. Ma cakap mungkin sebab kita dah niat untuk buat umrah sebab tu rezeki untuk ada baby sendiri belum sampai lagi. Cik Green redha. Then bagitahu dengan MR.B dan dia pon setuju. Lepas berbincang, kitorang decide nak pergi bulan 2. Perancangan Cik Green yang pertamanya boleh amik berkat ulangtahun perkahwinan kami yang pertama dekat Kota Makkah dan yang kedua sebagai hadiah hari lahir suami yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat pada 12 Februari 2016. So, ada lagi 6 bulan preparation sebelum pergi.

Ni bukan pergi melancong untuk suka-suka. Nak pergi ke Rumah Allah banyak yang Cik Green kena perbaiki diri. Cik Green juga berdoa supaya semua kesalahan dan kesilapan yang Cik Green pernah lakukan diampunkan olehNya. Dan sentiasa berdoa juga semoga ibadat dan perjalanan di sana sentiasa dipermudahkan.

Dalam bulan Oktober tu, Cik Green terbuka hati nak ajak juga Ayah dan Mak Mertua untuk pergi sekali. Lepas berbincang ada 6 orang ahli keluarga yang akan pergi sekali (Cik Green, Mr.B, ayah dan mak mertua, adik ipar dan nenek Mr.B). Kitorang prefer untuk pergi dengan pakej Andalusia. Pilih travel company ni pon sebab abah dan ma pernah guna pakej dari Andalusia juga sebelum ni dan diorang memang recommend untuk pergi dengan Andalusia.

Antara panduan sebelum menunaikan umrah adalah:

1) Booking pakej
Cik Green pergi booking dekat Andalusia, Bangi masa tu dengan suami dan bapa mertua. Masa booking kena isi borang serta letakkan sekali nama ahli keluarga (waris) paling rapat untuk dihubungi jika berlakunya kecemasan. Lepas tu bayar RM500.00 seorang untuk booking. Kitorang pilih tarikh 6 sehingga 15 Februari 2015. Sebelum balik pihak Andalusia akan berikan buku panduan Umrah.

2) Passport
Bagi yang masih tiada passport, boleh buat passport di Pejabat Imigresen dengan bayaran RM200.00. Cik Green buat dekat Terminal Kajang. Alhamdulillah, servis dia sangat cepat. Tak sampai sejam dah siap dah passportnya. Kebetulan juga masa Cik Green pergi orang tak berapa ramai. Sekarang ni tempoh passport adalah 5 tahun. So lepas ni boleh la plan nak pergi tempat lain pulak. Wink !

Okey tu bagi yang baru buat passport tapi bagi yang dah ada passport pastikan tarikh tamat tempoh passport mesti lebih dari 6 bulan tau. 

3) Salinan dokumen dan pengesahan untuk visa
Cik Green dan suami dapatkan cop pengesahan salinan sijil nikah di Wisma Putra dan JAKIM Putrajaya. Pastikan korang dapatkan cop JAKIM dulu sebelum cop pengesahan Wisma Putra. Kalau tidak kena patah balik gi amik cop pengesahan dekat JAKIM. Kalau boleh cop pengesahan ni amik masa dah dekat nak pergi dalam sebulan sebelum pergi macam tu. Sebab tempoh sah dia cuma 6 bulan je.

Ni panduan untuk korang rujuk sebagai panduan:

BAGI JEMAAH WANITA BAWAH 45 TAHUN DAN LELAKI BAWAH 18 TAHUN:

A) Bersama Mahram
  • Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin (Cop pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)
  • Bagi wanita yang bermahramkan bapanya - salinan sijil lahir (Cop pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • Bagi wanita yang bermahramkan adik beradik lelaki - salinan kak pengenalan adik beradik lelaki tersebut dan sijil lahir kedua-duanya. (Cop pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki - salinan sijil lahir anak lelaki tersebut. (Cop pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

B) Mahram Bersama Bapa Tiri (Belum Berkahwin)
  • Letter of Consent daripada bapa kandung/ adik beradik lelaki kandung (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)
  • Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik kandung (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • Salinan Sijil Lahir anak tiri (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah (Cop Pengesahan Wisma Putra)
  • Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)  
C) Mahram bersama Bapa Tiri (Sudah Berkahwin)
  • Letter of Consent daripada suami (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)
  • Salinan sijil nikah (Cop pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)
  • Salinan kad pengenalan suami (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • Salinan Sijil Lahir anak tiri (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah (Cop Pengesahan Wisma Putra)
  • Salinan Sijil Mati jika suami tiada/meninggal dunia (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)  

D) Mahram Bersama Bapa Saudara (Sebelah Bapa)
  • Letter of Consent daripada bapa kandung/ adik beradik lelaki kandung (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)
  • Salinan Sijil Lahir anak , bapa kandung dan bapa saudara/ adik beradik lelaki kandung (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (Cop 
  • Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)  

E) Mahram Bersama Bapa Angkat (Bin dengan nama bapa angkat)
  • Salinan surat pengambilan anak angkat  (Cop Pengesahan Wisma Putra)
  • Salinan Sijil Lahir anak angkat (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

F) Mahram Bersama Bapa Angkat (Bin dengan nama orang lain)
  • Salinan surat pengambilan anak angkat  (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • Salinan Sijil Lahir anak angkat (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • Salinan surat perintah mahkamah (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

G) Mahram Bersama Datuk (Sebelah Bapa)
  • Letter of Consent daripada bapa kandung/ adik beradik lelaki kandung (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)
  • Salinan Sijil Lahir cucu , bapa kandung  (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
  • Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)  

H) Bagi Muallaf yang pergi bersama suami/adik beradik lelaki kandung
  • Salinan kad/surat memeluk agama islam (Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)
  • Salinan sijil nikah/salinan sijil lahir kedua-duanya.   (Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
Credit: http://intranet.jawhar.gov.my/umrah/p_panduan2.php

Nak maklumkan sila pastikan juga ejaan nama nama semua dokumen adalah sama. Jika tak sama perlu dibuat akuan sumpah terlebih dahulu. Ni based pada pengalaman emak mertua. Semoga urusan sentiasa dipermudahkan.

4. Kad Suntikan Meningitis
Korang kena buat suntikan ni dekat klinik swasta. So far, klinik kerajaan tak provide lagi untuk suntikan ni. Bayaran untuk suntikan dalam RM80.00 hingga RM250.00 ikut kawasan. Cik Green buat suntikan masa balik kampung MR.B dekat Rembau. Siapa-siapa yang duduk dekat area Rembau boleh pergi dekat Klinik Ibnu Sina deret dengan Fresco. Caj dia RM180.00 (kalau tak silap). Nanti korang akan dapat buku dan jugak ubat demam. Takut lepas kena suntik ada yang tak sihat, so doktor bagi sekali dengan ubat demam. Suntikan ni valid dalam tempoh 3 tahun. Ada juga sesetengah orang yang buat suntikan dengan travel agensi . Sesetengah travel agency sediakan juga untuk buat suntikan semasa kursus umrah dijalankan. Macam Andalusia pon ada. So, korang boleh pilih nak buat dekat mana. 

Image result for kad suntikan umrah
Kad Suntikan Meningitis - 
(Credit Mr. Google)

5. Gambar visa umrah 
Sediakan juga 2 keping gambar untuk visa umrah yang berlatarbelakangkan warna putih. 

6. Kursus umrah
Kalau pergi dengan pakej Andalusia, korang boleh pergi kursus umrah pada setiap hari Sabtu jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Jadinya kalau nak dapat ilmu datang tiap-tiap minggu pon takde masalah. Diorang ada sediakan juga sarapan pagi untuk peserta. Macam Cik Green ada pergi beberapa kali ke kursus. Kalau Cik Green balik kampung mertua, Cik Green pergi dekat Andalusia Bangi. Kalau balik rumah mak sendiri minggu tu, Cik Green pergi dekat Andalusia Senawang. Jadinya, terpulang. Korang sendiri yang buat pilihan. 

7. Bayaran Penuh
Cik Green pergi dengan 6 orang sekeluarga jadinya pakej Cik Green tu agak murah jugak iaitu RM5,199.00 seorang walaupun sebenarnya ni kadar baharu selepas matawang kita mengalami kejatuhan. Kalau tak sebelum tu RM4 ribu lebih dah dapat dah. Korang kena buat bayaran penuh sebulan sebelum berlepas. Andalusia hanya terima bayaran secara transfer terus ke akaun bank. Nanti resit tu korang bawa sekali sebagai bukti bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat Andalusia.

Selepas buat bayaran penuh, pihak Andalusia akan berikan beg untuk kegunaan sepanjang dekat sana.

Image result for pakej umrah syarikat andalusia
Beg yang disediakan oleh Syarikat Andalusia

8. Persiapan barang keperluan

Lelaki:
1) Kain ihram - 2 Pasang
2) Tali pinggang - 1 utas
3) Baju melayu/ jubah - 2 helai
4) Baju biasa(t-shirt) - 4 helai
5) Singlet berlengan dan berzip - 4 helai
6) Kain pelikat - 4 helai
7) Seluar panjang - 2 helai
8) Tuala kecil - 1 helai
9) Stoking - 2 pasang
10) Selipar (pastikan jari-jemari terlihat) - 1 pasang
11) Kasut biasa(lembut) - 1 pasang
12) Buku doa(kecil) &surah yassin - 1
13) Penyangkut baju - 5
14) Ubat-ubatan(ubat batuk/sakit tekak/Strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin c) 

- ubat-ubatan agak mahal juga dijual di Tanah Suci Makkah. Ubat batuk dan panadol memang kena standby bawa dari sini sebab keadaan di sana yang kering dan berhabuk mudah untuk demam.
15) Sarung beg/jaring - 1
16) Set gantung kecil, pengetip kuku - 1
17) Beg sejadah kecil - 1
18) Uncang kasut - 1

Terpulang sama ada nak bawa uncang atau beg plastik. Yang penting kasut tu kena balut sebab dekat Masjidil Haram korang akan bawa masuk  kasut/selipar sekali. 
19) Alat cukuran - 1
20) Alat2 mandian - 1
21) Sabun mandi - 1
22) Krim bibir dan tumit - 1
23) Marker pen(jika perlu) - 1

- Biasanya untuk tulis nama yang akan diarahkan oleh Mutawwif pada beg. baik prepare bawak sekali. Termasuk dengan salotape coklat (masking tape). 1 keluarga 1 pon dah cukup.
24) Telefon bimbit & traveller charger - 1
25) Kamera - 1



Wanita:
1) Telekung sembahyang - 2 helai
2) Mini telekung - 2 helai

3) Botol spray wudhuk-1
Seeloknya bawa. Sebab dekat Masjidil haram tandas dan tempat wudhu' terlalu jauh di luar kawasan masjid. Spray wudhu' ni memudahkan korang untuk ambil wudhu' bila2 masa pon. 4) Jubah biasa - 3 pasang
5) Baju tidur dan seluar panjang - 2 pasang
6) Stoking tawaf & saie(bertapak tebal) - 3 pasang
7) Stoking biasa - 3 pasang
8) Tuala kecil - 1 helai
9) Sarung tangan (hand sock) - 3 helai
10) Jubah seluar - 2 pasang - kalau boleh sebenarnya baju tak perlu bawak terlalu banyak. Korang boleh basuh dan guna semula. Yang penting ada telekung, baju untuk ihram serta untuk kegunaan harian dalam 2, 3 helai. 
11) Singlet berzip (untuk keselamatan) - 2 helai
12) Buku doa(kecil)&surah yassin - 1
13) Pakaian dalam wanita yang secukupnya
14) Penyangkut baju - 5
15) Ubat-ubatan(ubat batuk/sakit tekak/Strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin c

- ubat-ubatan agak mahal juga dijual di Tanah Suci Makkah. Ubat batuk dan panadol memang kena standby bawa dari sini sebab keadaan di sana yang kering dan berhabuk mudah untuk demam.
16) Sarung beg/jaring - 1
17) Set gantung kecil, pengetip kuku - 1
18) Beg sejadah kecil - 1
19) Uncang kasut - 1

Terpulang sama ada nak bawa uncang atau beg plastik. Yang penting kasut tu kena balut sebab dekat Masjidil Haram korang akan bawa masuk  kasut/selipar sekali. 
20) Alat cukuran - 1
21) Alat2 mandian - 1
22) Krim bibir dan tumit - 1
23) Marker pen (jika perlu) - 1

- Biasanya untuk tulis nama yang akan diarahkan oleh Mutawwif pada beg. baik prepare bawak sekali. Termasuk dengan salotape coklat (masking tape).
24) Telefon bimbit & charger - 1

Credit to: http://www.andalusia2u.com/maklumat-am/panduan-pakaian-keperluan-asas.html
Nota yang ditulis tu berdasarkan pengalaman Cik Green semasa di sana.


Ini adalah antara beberapa panduan sebelum berangkat menunaikan umrah. Ada beberapa yang Cik green rujuk di website lain sebab dah lupa based on credit. Nanti Cik Green update dalam entry lain pengalaman Cik Green sepanjang berada di Makkah dan Madinah okey. 

Friday, October 14, 2016

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan Port Dickson

Ahad lepas, husband Cik Green ajak naik Bukit Batu Putih dengan kawan-kawan dia. Sebelum ni kitorang dah pernah naik dah. jadi ni kira kali kedua la kitorang pergi. Trip kali ni rupa-rupanya ada Dato' NC sekali. Jangan tak tau, NC kitorang sangat aktif bab-bab bersukan ni lagi-lagi bila melibatkan cycling dan hiking

Gerak dari Nilai pukul 7.15 lebih kurang. Janji nak ada dekat sana sebenarnya pukul 8.00 tapi pukul 8.20 lebih kurang kitorang sampai. Cari diorang semua dah takde. Rupa-rupanya diorang dah gerak pergi. Tu la. Lambat lagi. Kan dah kena tinggal. 

Kalau yang datang dari luar PD, korang boleh pergi ke Blue Lagoon (Tanjung Biru). Landmark dia belakang PNB Ilham Resort . Sampai je situ cari la jalan masuk . Kalau dak-dak hiking biasanya diaorang akan cari jalan yang adventure untuk naik ke Bukit Batu Putih. Yang ni Cik Green lalu masa first trip haritu. Tapi korang better ikut jalan tar yang ada tulis Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. sebelum masuk tu jangan lupa tulis nama dan bayar seringgit sorang tau. Bayaran ni mungkin untuk maintenance kawasan situ.



Ni landmark dia PNB Ilham Resort. Belah belakang resort .




Korang boleh parking area tepi-tepi tu. Biasanya kalau weekend memang ramai la. Pukul 7.00 pagi baru boleh naik.

Kitorang berdua pon beria la naik. Dah nak sampai Puncak Bukit Batu Putih kot tiba-tiba kawan Mr.B call bgtau diorang pergi dekat Rumah Api Tanjung Tuan. What? Kitorang nak kena patah balik? Adoyai. Nasib masuk ke dalam tu tak jauh. Lebih kurang dalam 15 minit dari jalan tar simpang rumah api tu. Kalau dari pintu gerbang lebih kurang setengah jam la kot. Sebab tu Bukit Batu Putih sentiasa ramai orang. 


Laluan dari parking naik ke atas sampai rumah api jalan tar.

 Ni dah masuk jalan nak naik ke Bukit Batu Putih. Korang boleh jumpa ramai orang naik turun dekat laluan ni.



So, kitorang pon patah la balik. Cari punya cari tak jumpa-jumpa. Mana aja diorang pergi. Rupa-rupanya diorang dah bersantai minum kopi ngan makan spaghetti kat tepi pantai. Wallaweh! So,  dari rumah api tu korang boleh turun ke bawah lagi sampai jumpa pantai.

Ni Rumah Api Tanjung Tuan. Tapi jangan gatal-gatal nak masuk tau. No Entry!

Ni masa on the way nak turun. Tengok. Cik Green maintain je kan. Mr.B dah poloh-poloh dah tu.


Akhirnya jumpa jugak diorang ni semua. 
(Credit Picture: As Ma)

Coffee time
(Credit Picture: As Ma)

Lepas dalam 15 minit dekat bawah tu then baru kitorang naik balik. Yang Cik Green stress tu sebab banyak nau tangga nak naik rumah api tu. Bukan tangga yg macam dalam gambar tu. Tapi tangga dari pantai ke Rumah Api. Rasa cam pewai gila. Hongeh tau. haha. Budak kecik pon lagi laju tau dak? 


Gambar ramai-ramai banyak yang tak dapat lagi. Ni je la yang ada ngan diorang. Yang separuh lagi dah naik dah. Kitorang tengah tunggu turn nak naik. Tengok tu beratur semua nak naik atas. Sempoi tak dato'.

Ikutkan sebenarnya untuk pergi puncak Bukit Batu Putih tu ada banyak laluan yang korang boleh explore. Dia bukan ada satu dua laluan jek. Dan lagi satu kalau korang pergi ke sana, jagalah kebersihan tempat tu. Jangan la duk buang sampah merata-rata. Sejak Bukit Batu Putih ni viral, makin banyak pulak sampah especially dekat area tepi pantai.

Please jaga kebersihan okey! Yang belakang tu la bukit batu putih, Masa first time pergi dulu kitorang panjat naik ikut batu putih tu. Batu dia memang warna putih. Boleh nampak dari tepi pantai. (Dalam gambar tak nampak)

Till we meet again . Mmuah !
(Credit Pic: Kamarul Syamzari)