Monday, February 24, 2014

KIK oh KIK !

IMG_0100
My Team- Alamak!! tak cukup member.. En Nasir takde time ni.. tempat yg kosong tu untuk dia..

KIK..??

hmm... dapat je task kena involve KIK tahun ni badan terus jadi kejang.. seram beb.. boleh ke kitorang buat..? mampu ke..? semua tanda tanya dan persoalan bermain kat minda.. 

kalau ikutkan rotation tahun 2013 memang BK kena involve la lepas BMI.. First nak tubuhkan team pon sgt haru.. yang pegawai2 memang sume menolak.. haishhh.. takkan machaie yang nak handle kot.. aku pon even penah join sebelum ni tapi takde la pandai mane bila datang time berinovasi dan berkreatif ni.. tapi kalau bab berangan memang aku no 1..nak wat camne.. dah sume taknak so aku dengan bangganya lantik diri sendiri jadi ketua kumpulan.. hahaha.. gipang gile beb.. (lama dah aku tak guna ayat gipang ni.. ni ayat2 zaman sekolah ni). Gipang tu stand for gila pangkat.. haha

Berbekalkan kecekalan hati ni,  aku pon lead kawan-kawan yang almost of them memang zero in KIK. Masa perbincangan dibuat tahap kesabaran yang paling tinggi amat diperlukan.  Ikutkan sebenarnya banyak je salah yang dibuat tapi nasib baik ade klinik KIK.. dah kena ceramah and teguran yang amat bernas maka kami pon bertungkus lumus nak siapkan semua ni.. and alhamdulillah, masa Konvensyen KIK peringkat Universiti, kitorang dapat tempat ketiga.. sangat-sangat tak sangka.. syukur ke hadrat Illahi.. 

IMG_0158

IMG_0164
IMG_0193


No comments:

Post a Comment