Apa yang
dimaksudkan dengan kecergasan fizikal?
Mengikut Falls (1980) ia bermaksud:
"Kecergasan
untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi
fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan
dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti
penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang.
Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan
seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan
lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya".
Oleh yang demikian, bagi
aspek-aspek sedemikian, Bahagian Keselamatan telah menganjurkan Ujian Kecergasan
Asas awal tahun bagi siri pertama pada 28 Jan 2012 bermula jam 7.00 pagi ke
atas seluruh kakitangan keselamatan.
Ujian yang diadakan ini merupakan larian sejauh 6 km. Ia juga adalah
julung kalinya diadakan di luar kampus Universiti. Seramai 66 orang kakitangan
keselamatan meliputi dari pegawai dan satf sokongan terlibat dalam ujian
kecergasan ini.
Setelah selesai ujian kecergasan
ini, kakitangan juga turut bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan
bangunan pejabat. Selain mengamalkan cara hidup sihat, ini juga adalah antara
objektif bahagian untuk mengeratkan hubungan sesama anggota di samping
mengekalkan aspek-aspek kebersihan.
|
Cek balik..ade ke x kertas kat checkpoint td.. |
|
adoyai..mental gle nk nek bukit ..huhu |
|
smpai kat check point last |
|
muka2 kepenatan.. |
|
blue team..hahaha |
|
stretching..eh..bknla.. |
No comments:
Post a Comment