Friday, December 30, 2011

Opsyen SBPA



Pihak kerajaan sudah mengumumkan Pekeliling SBPA secara rasmi dan sudah mulai mengedarkan pekeliling ini. Tempat aku pon sama.. borang opsyen SBPA dah mula diedarkan stat semalam..






Prinsip Pemindahan Gaji

  • 32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.
  • Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
  • 33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
  • 34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
  • 35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.
  • 36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.
  • 37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
  • 38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
  • 38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
  • 38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
  • 39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
  • 39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
  • 39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
  • 39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
  • 39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
  • 39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8

Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)


  • Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
  • Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
  • Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
  • Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)

Terma-terma SBPA JPA 2012 Yang Terbaru :
  • Markah bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta
  • JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65 
  • Pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diturunkan daripada 70 kepada 60 di mana tempohnya turut dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan
  • (Pengumuman pada 23 Disember 2011) JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan. Walaubagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Disember 2011.

Kajian & Perbincangan Semula (SBPA JPA 2012) Antara Cuepacs VS JPA Di Masa Akan Datang?

  • Diadakan akhir Februari 2012
  •  Isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal

Tawaran Opsyen SBPA


Diberi kepada semua pegawai tetap yang berada dalam perkhidmatan atau Jawatan pada 1 Januari 2012 (JKK 1976, SSB, SSM) termasuk:
  • Pegawai yang berada dalam tempoh percubaan;
  • Pegawai bertaraf tetap yang belum disabit tindakan tatatertib;
  • Pegawai yang sedang bercuti dalam keadaan berikut :
  • Cuti Tanpa Gaji
  • Cuti Separuh Gaji
  • Cuti Sakit
  • Kursus Jangka Pendek
  • Cuti Belajar
  • Cuti Bersalin
  • Pegawai yang dipinjamkan; dan
  • Pegawai yang masih berkhidmat pada 1 Januari 2012.
  • Pegawai di dalam jawatan kumpulan
Pemilihan Opsyen yang dibuat adalah muktamad

No comments:

Post a Comment