Monday, June 17, 2019

Resepi Nasi Minyak/ Gulai Ayam Kelantan dan Acar Timun

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua yang singgah ke blog ni.

Lama Cik Green tak bersiaran.
Alhamdulillah sihat. 
Cuma batuk tak berhenti sebab banyak minum ais masa musim raya ni.


Cik Green nak tempek sikit resepi yang masak untuk family masa nak datang raya rumah haritu. Cumanya masa dalam perjalanan nak datang rumah boleh pulak diorang accident dekat Bukit Tangga, Jelebu. Jadinya Cik Green bawak semua yang dah masak tu bawak balik  makan ngan diorang pulak. Masing-masing dah lapar dengan nak buat report ka balai lagi, nak hantar kereta kat bengkel lagi.

RESEPI NASI MINYAK

Bahan:

4 pot beras
3 cawan air
1 tin susu cair
3 sb mentega 
2 biji bawang besar *
3 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
2 inci halia *
Kayu manis/ bunga lawang/ cengkih/ buah pelaga (4 beradik)
2 sb sos tomato 
Sebiji buah tomato
2 helai daun pandan
Garam

Yang bertanda * perlu diblend

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dan cairkan mentega
  2. Tumis 4 beradik sehingga naik bau
  3. Masukkan bawang dan halia yang telah di blend. Tumis hingga garing
  4. Masukkan sos tomato dan tomato blend. Kacau hingga sebati
  5. Sementara tu  basuh dan masukkan beras dalam periuk.
  6. Ikat daun pandan dan masukkan sekali dalam periuk.
  7. Masukkan semua bahan yang telah ditumis.
  8. Masukkan susu dan air.
  9. Masak nasi sehingga masak. kaup dan kacau nasi di tepi periuk supaya nasi tak patah. Saya guna beras biasa je.


RESEPI GULAI AYAM DAN TELUR MASAK KELANTAN 

Bahan:

2 biji bawang besar *
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
Halia, Lengkuas dan Kunyit Hidup *
Sedikit cili kering *
Sepeket Rempah Kari Adabi *
Separuh kotak santan KARA (kotak kecil) *

Blend semua bahan yang bertanda *

Seekor ayam
5 biji telur rebus
2 batang serai
Asam keping
Sekeping gula melaka
Kerisik
Garam

Cara-cara:


  1. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
  2. Masukkan serai, asam keping dan gula melaka.
  3. Masukkan ayam
  4. Masukkan sedikit kerisik
  5. Masak hingga pecah minyak
  6. Tambah air
  7. Masak sehingga sebati dan perasakan dengan garam.
  8. Masukkan telur rebus jika mahu.

RESEPI ACAR TIMUN

Bahan:

Sebatang timun - dipotong panjang
Sebatang lobak merah - dipotong panjang
Cili Padi - hiris
Cili besar merah dan hijau - hiris
Bawang besar - dimayang
Gula
Garam
Cuka makan

Cara-cara:


  1. Masukkan timun/ lobak/ cili dan bawang di dalam bekas makanan yang bersesuaian.
  2. Perasakan dengan gula dan garam
  3. Masukkan sedikit cuka
  4. Gaulkan rata.


Cubalah. Insya allah sedap.
Gambar makanan tak sempat nak ambil sebab masing-masing dah lapar.

Wednesday, November 15, 2017

Percutian ke Grand Lexis, Port Dickson

Bila sang suami ajak bercuti sape yang tak nak ye dak?

Bertuah Cik Green dapat juga merasa bercuti dekat Grand Lexis Water Chalet. Teruja sangat.

Sebenarnya suami ada program dekat sana. Tapi program habis awal katanya sedangkan bilik booking untuk 3 malam. Nasib Nilai-PD tu dekat jek. Kalau tak kempunan je la nak merasa. haha.

Hari Jumaat tu suami balik ambil kita. Siap-siap terus bergerak. Suami kata kalau bawa anak buah pon seronok juga. Ada pool katanya dalam bilik. Cik Green okey jek. Jadinya bawala budak 2 orang ni. Anak adik ipar Cik Green. Kitorang pon singgah kejap Bandar Springhill amik diorang. Kemain excited lagi diorang. Ngalahkan pakcik ngan makcik. Nama pon bebudak.

Sebab tengahari tu Cik Green tak keluar rehat, Cik Green pon ajak la suami tapau makan dulu. Manala tau dah penat mandi kang confirmla perut tu berkeroncong mintak diisi. Takkan nak keluar balik ye dak? Singgahla sekejap dekat kedai makan simpang masuk Grand Lexis tu. Beli nasi goreng 2 dengan maggi goreng 1. 

Nak dijadikan cerita petang-petang tu banyak pula la orang call Cik Green pasal kerja. Duk ralit jawab telefon sambil kaki pon berjalan-jalan, Gedebuk! Cik Green jatuh. Adoiiii! sakit gila kot. Terus terduduk Cik Green. Rupa-rupanya ada lubang. Macam mana la boleh tak perasan.

Pastu suami Cik Green suruh je la bangun, sebab makanan pon dah siap. Masuk kereta terus gerak ke Grand Lexis. Dalam lebih kurang 500 meter je kot dari kedai tu. 

Sampai sana, ambik barang terus naik buggy. Banyak betul buggy dia. Kejap-kejap je ada gerak. Dia bawak kitorang terus sampai depan bilik. Masuk je bilik apa lagi kitorang empat orang terus terjun dalam kolam. Haha. Perangai tak semenggah. 

Gila ko tak teruja nak berendam. 

Dekat sejam mandi kolam, kitorang pon naik. Sejuk gila kot air dia. Tak tahula sebab memang sejuk ke sebab sekarang musim hujan. Menggigil si Muaz. Selalu dia yang hantu kolam. Kalini dia yang paling awal naik.

Lepas mandi kitorang makan la nasi gorang ngan mee goreng. Kemain berselera lagi makan. 

 Ralit Ammar tengok cermin ada air  ni. Kalau air dia jernih mesti lagi best

Selera makan lepas mandi

Suami Cik Reen malam tu ada kerja lagi, jadinya tinggal la kat bilik ngan Muaz & Ammar

Malam tu pulak kepas main-main dengan diorang:

Muaz: Cik Reen napa beli maggi satu je? Muaz lapar la.
Cik Reen: Alaaa.. muaz lapar lagi ke? Cik Reen ingat cukup. Muaz nak makan apa?
Selalu budak sorang ni jarang nak makan. Kalau makan pon sikit je.
Muaz: Muaz nak keropok.
Ya Allah. Ingat lapar nak makan nasi ke apa. Keropok yang dimintanya. Tepuk dahi terus aku. 
Cik Reen: Takpela. Tunggu pakcik balik. Nanti kita keluar pergi beli keropok ye.

Masa tu kaki dah mula rasa sakit-sakit. Dekat setengah jam lepas tu kaki dah kebas langsung. Bila suami balik je dalam pukul 10.00 pm terus beria Cik Green nangis. Terkejut dia. Kita sendiri pon terkejut apsal kita boleh nangis. Tapi serius gila sakit kaki. Penangan terseliuh petang tu. Malam tu baru rasa sakit gila.

Suami Cik Green amik bakul isi air panas menggelegak. Disuruhnya kita masukkan kaki dalam tu. Kompius kita. Dia nak lecurkan kaki aku ke?  Tapi dia suruh jek letak. Takut-takut kita masukkan kaki. Pastu kaki dah tak boleh gerak langsung. Mula la kita rasa takut. Terus mintak suami hantar ke hospital.

Malam tu jugak pergi Hospital Port Dickson. Suami minta kawan dia jagakan budak dua orang ni. Kebetulan diorang pon dah tertidur masa ni. Lagipon kejap lagi ibu abah diorang datang. Nasib kawan suami tu okey. Boleh tolong jaga.

Sempat suami tidurkan budak kecik ni dulu sebelum keluar.

Dari pukul 12.00 am sampai pukul 2.30 am baru selesai. Sebelum X-Ray, hospital minta buat urine dulu. Lepas X Ray nasib baik takde apa-apa retak. Doktor cakap kemungkinan tisu luka. Dia bagi ubat je. 

Adoiyai.. Kaki. Kan dah berbalut.

Balik, makan ubat terus tidur. Nasib baik pagi tu kaki dah boleh gerak. Apa lagi terjun balik la dalam kolam. Rugi kalau tak gunakan kesempatan yang ada. Haha.

So, percutian ni kiranya tak berapa nak feel sangat la. Macam kena repeat lagi ni. Haha

Lokasi, Bilik, Service, Makanan semua best. Cik Green bagi 5 Star. 

Dalam bilik ni semua complete (heater, pantry, iron with iron board, sandal, private pool). Tapi sayang tak sempat ambil banyak gambar. 



Babai. Till we come again!


Wednesday, October 11, 2017

Resepi Cek Mek Molek

Balik dari Cameron Highland hari tu Cik Green ada beli keledek.. 3 plastik kecil dalam RM10.00. Ada keledek kuning, keledek oren dengan keledek ungu. Keledek kuning Cik Green hantar balik kampung sikit. Keledek ungu makan rebus ngan campur dalam bubur caca. Tinggal la keledek oren  tak tau nak wat apa. Hari Ahad baru ni teringin pulak nak buat minum petang. Jadinya kita buat cek mek molek je la. Lagipon dah lama tak makan.


KUIH CEK MEK MOLEK

10 ketul keledek oren
Garam
2 cawan tepung gandum
Gula

Mula-mula basuh keledek dan rebus. Bagi tenggelam keledek tu semua dalam periuk dan taburkan sedit garam.

Dah siap rebus, buangkan air. Biarkan keledek sejuk sebentar. 

Jangan biarkan keledek terlalu lembik atau terlalu keras.

Kopek kulit keledek dan lecekkan sampai semua lenyek. 

Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak tepung nanti keras dan jangan terlalu sedikit, susah nak uli. 

Gaul rata.

Uli tepung dan keledek. Bentukkan memanjang.

Isi gula dalam tepung dan cantumkan. Jangan terlalu banyak nnt gula keluar dari kuih. 

Goreng dalam minyak yang banyak.

Sejukkan seketika dan boleh makan. 

Makan cek mek molek dengan keropok lekor dan air kopi o panas-panas.