Monday, May 29, 2017

Travelog Perth!

Tarikh: 18 hingga 23 Mei 2017
Lokasi: Perth, Western Australia
Flight: Air Asia
Currency Exchange: 1 AUD = RM3.35

FLIGHT


Masa rancang untuk bercuti Cik Green banyak tengok dekat Skyscanner. Mula-mula rancang nak pergi yang area dekat-dekat je tapi bila search flight tengok harga tiket ke Perth lebih kurang je yang dekat-dekat ni, jadi Cik Green pon terus book. Kitorang dapat harga RM570 return flight untuk seorang dengan Air Asia. Cik Green pergi dengan suami dan dua (2) orang adik.

Ni masa mula-mula book

Sebulan sebelum pergi boleh pulak dia bagitau delay.. hmm.. 

ITINERARY
Percutian kami berempat jatuh pada penghujung musim autumn dan menghampiri winter. Suhu sepanjang berada dekat perth adalah 6'c hingga 19'c. Kalau tak tahan sejuk, kena bawak baju yang lebih tebal semasa berada di sana.  Alhamdulillah kami dapat follow iti yang dah dirancang. Cuma kami tak sempat ke Rockingham (Penguin Island) untuk jumpa penguin dan dolphin sebab dah ditutup bermula 20 Mei 2017 lepas kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Perancangan kami ke Penguin Island sepatutnya  pada 21 Mei 2017, hari Ahad. Mungkin bukan rezeki kami untuk jumpa dengan penguin.


Untuk korang yang baru first time nak bercuti ke Perth boleh follow FB Page Tips Cuti-Cuti Perth (TCCP) admin by Kak Azlin. Dekat situ banyak info yang korang boleh dapat. Diorang banyak update dan sharing info.




Ini adalah contoh iti kami sepanjang berada di sana. Alhamdulillah kami boleh follow iti. Tak rushing, santai dan dapat cover hampir semua tempat. Perjalanan kami paling jauh pon ke Lancelin Sand Dunes. 

PENGINAPAN

Cik Green book penginapan melalui Air bnb. banyak jugakla cari tempat penginapan yang okey dan murah. Kalau korang book melalui Air bnb untuk pertama kali korang boleh klik link www.airbnb.com/c/miszr untuk dapatkan diskaun. Dan korang juga boleh dapatkan diskaun juga untuk sim kad OPTUS. Kalau biasanya OPTUS simkad jual AUD 15. Bila korang bagitahu korang book penginapan dengan Air bnb dia akan bagi less AUD 5 dan korang cuma perlu bayar AUD 10 sahaja untuk seorang. Cuma tunjuk je nombor booking korang kat pekerja kedai tu. Dia akan aktifkan simkad dan pasang terus sim kad tu pada telefon korang. Kedai OPTUS ada dekat bahagian luar sebelum keluar dari airport.

Penginapan kami tempah melalui Airbnb

Ini unit yang Cik Green sekeluarga duduk. Rumah dia complete dengan peralatan (iron, washing machine, hair dryer, periuk mangkuk cawan semua) dan parking pon depan rumah je. Unit ni sesuai untuk yang menginap dalam 4 orang sebab dia ada 2 bilik.  Lokasi dia dekat dengan Coles dan Charcoal Chicken Daniella, lebih kurang dalam 5 minit naik kereta. Host tak duduk sekali di rumah ni tapi anything korang boleh je mesej dia terus dan dia akan respon dengan cepat. 

Cuma yang kami tak boleh lupa hari ketiga ada jiran depan rumah ketuk rumah kuat gila. Cuak jugak la kitorang time tu. Nak apa pulak ketuk rumah tengah-tengah malam ni. Area rumah tu dah la agak sunyi jugak sebab pukul 8 dekat sana dah macam tengah malam rasanya. Rupa-rupanya dia nak minta lighter dekat husband sebab nak hidupkan rokok. Huissh. Gelabah kitorang tau nok. 

VISA

Di Aussie korang kena pakai Visa. Kalau buat dengan Azlinda Shaharuddin (FB) korang cuma bayaran RM20 seorang. Servis dia sangat cepat. Kami buat sehari alhamdulillah dah siap. Kalau buat di tempat lain mungkin ada yang kena bayar AUD 20. Kalau boleh korang buat la sebulan sebelum travel. In case kalau visa tak lepas sempat jugak la nak follow up. Kalau last-last minute takut hye hye bye bye je la. 

Ni ETA visa kitorang yang dah approve

TRAVEL INSURANCE a.k.a Insurans Perjalanan

Sebagai perlindungan diri semasa berada di luar negara, Cik Green ambil insurans melalui Gabungan Baiduri. In case kalau terjadi apa-apa sekurang-kurangnya kita ada perlindungan diri. Tak minta jadinya apa-apa tapi oprang kata bersedia sebelum hujan itu kan lebih baik. Kalau ada yang berminat boleh buka http://www.myarrehlah.my/ atau https://www.axa.com.my/

SEWA KERETA

Disebabkan kami tak duduk di tengah-tengah Bandar Perth seperti traveller lain mungkin agak sukar bagi kami untuk gunakan pengangkutan awam. Lagipon pertama kali kami backpackers sendiri ke luar negara. Jadi kami prefer untuk ambil kereta sewa. Lagipon senang untuk kami bergerak pada bila-bila masa sahaja.  

Kami sewa dengan HERTZ selama 5 hari termasuk insurans dan unlimited mileage without GPS. Dekat sana kalau jalan area Perth je korang boleh guna waze. Jalan dia sangat senang. Kami dapat kereta Nissan Pulsar Sedan. Selesa sangat. 

Sang suami kata dia akan jadi Driver Sampai Pencen (DSP) kitorang.. haha

Bagi yang ada anak kecil, jangan lupa ambil car seater ye.

MINYAK PETROL

Harga minyak di setiap petrol pump berbeza-beza. Minyak di bandar lebih murah dari di luar bandar. Hari Ahad atau Isnin (bergantung pada keadaan) juga lebih murah berbanding hari-hari yang lain. Harga yang diapaprkan oleh station minyak adalah per gallon. Untuk pertama kali isi tank yang hampir kosong dengan kadar AUD 114.00, Cik Green dapat isi penuh sebanyak AUD 40.00 dekat Swan Valley.

Masa nak balik untuk penuhkan tank kereta yang masih ada 4 bar minyak, Cik Green isi AUD 35.00. Mahal pulak time ni.


CURRENCY EXCHANGE

Bila nak tukar duit, korang kena selalu search lokasi untuk tukar duit yang lebih rendah. Cik Green tukar awal sebulan so masa tu dapat 1 AUD = RM3.35. Tapi lepas tu dia dah start turun sampai RM3.28. Orang kata kalau nak tukar duit yang paling murah korang boleh pergi dekat Pavillion, NU Sentral atau Mid Valley. Cik Green cuma tukar dekat Kajang je. 

Perjalanan ke AUSSIE

Kami bergerak dari Nilai dalam pukul 6.30 ke KLIA 2. Alhamdulillah kawan Cik Green sudi nak hantar dan ambil kitorang dekat airport. Kami sampai awal jugak sebab flight tunda pukul 9.45 am. Dalam pukul 3.30 pm kitorang  dah sampai ke bumi kangaroo. Hello Perth!

Diingatkan imigresen dekat Perth gunakan anjing untuk check beg korang. Pastikan tiada barang-barang terlarang dalam beg. Ada orang kata better siapkan list makanan  dan ubat. In case kalau imigresen nak check bag dia tahu apa yang ada dalam beg korang. Tapi yang kitorang punya diorang tak minta pon. Tengah beratur tu tiba-tiba imigresen tu datang kat kitorang, adik Cik Green si Dyla tu kena tahan. Dah kenapa pulak ni. Beg sandang dia kena bukak dan dia check satu-satu barang yang ada dalam beg tu. Alhamdulillah dia puas hati. So adik lepas time tu. 

Tapi masa balik Cik Green dengan suami pulak kena tahan. Rupa-rupanya dalam handbag ada lighter. Nak bagi souvenier dekat abah sebenarnya. Terlupa nak masukkan dalam beg besar. Sia-sia je kena buang ngan diorang. Suami punya lepas pulak. Nasib baik kitorang tak kena denda. Hmm. 

Lepas je dari imigresen kitorang terus tukar simkad dengan OPTUS dan lepas tu terus ambil kunci sewa kereta dengan HERTZ. Salah satu sebab Cik Green book kereta dengan Hertz sebab dia ada kaunter dalam airport. Keluar je dari airport terus ambil kereta dan return juga di airport. Lagi satu HERTZ punya kereta unlimited mileage. So kita takde la teragak-agak jarak pemanduan kita bila pergi satu-satu tempat. Sebab tak cukup masa kitorang tak naik ke Albany. Maybe next time boleh pergi sampai ke sana pulak. Wah! Next time ko. Macam ada hajat nak pergi lagi tu. In sya Allah kalau diizinkan tuhan, duit pon cukup apa salahnya ye dak?  Orang kata jauh perjalanan luas pengalaman. 

Apa yang menarik di Perth?

LOKASI MENARIK
  • Elizabeth Quay

Suasana dekat Elizabeth Quay menarik pada waktu malam. Dengan lampu warna-warni korang boleh ambil gambar yang cantik-cantik. Kitorang sampai sana dalam pukul 8 lebih malam. Sebelum jam 9 korang kena bayar ticket parking. Jadinya sila la bawak coin siap-siap. Sejam dalam AUD2.20. Sebab hari pertama kitorang takde la coin lagi. So, gigihla tunggu dekat kereta sampai pukul 9 pm takut kena saman. haha.

 
  • Caversham Wildlife Park
Kalau korang nak pergi ke Caversham, disarankan untuk pergi pada waktu pagi. Sebabnya masa ni kangaroo tengah lapar. Bila korang datang nak bagi makan, diorang semua secara automatik akan datang dekat. Siap jilat-jilat lagi dekat tangan kita. 

Nama binatang ni Wombat. 
Ada pakcik makcik yang ingat dia ni spesies b*** terus tak jadi ambil gambar.

Pertama kali kena peluk dengan koala (walaupun batu je) dan perah susu lembu. 




Syarat nak pegang binatang Possum ni korang kena pegang tang ekor jek. Kalau pegang tang lain nanti korang kena marah ngan perempuan mat saleh sebelah tu. huhu


Kali kedua pegang ular seumur hidup. Geli weiii. Ni pon kena paksa ngan Mr.B.
  • Lancelin Sand Dunes
Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Bandar Perth kalau nak pergi ke Lancelin. Sepanjang jalan korang boleh drive dalam 90km/j atau 110km/j sahaja. Follow la signage had laju yang ada di tepi jalan kalau taknak kena saman. Kalau rasa nak bawa bekal pon boleh. Sebelum masuk ke simpang Lancelin Sand Dunes tu ada taman yang ada toilet dan korang boleh berkelah dekat meja-meja yang disediakan di situ. Nak pergi semua toilet dekat perth pastikan korang bawa botol siap-siap sebab takde air dalam tandas. Korang boleh ambil air dekat sinki bawak masuk tandas.  Kalau perasan juga sebelah toilet tu ada jalan ke pantai ikut laluan belakang. Masya Allah.. Cantik sangat pantai dia..  

Bila si suami dah letih dan mengantuk maka co pilot la kena ambil alih pulak untuk drive.. 
Sebab kita sendiri yang drive kita terlupa pulak nak singgah ke Moorriver. Pertembungan antara sungai dan laut. Masa nak balik perasan tapi sebab hari pon dah nak gelap kitorang tak berenti singgah.  

Ni dekat area pantai belakang dari tandas tu.


Acah-acah sandboarding. Asal berdiri je mesti tergolek akhirnya.


                    Last-last kita sandboard duduk je. haha                                                      Peace no war!


Korang boleh sewa sandboard ni dekat Lucky Seven dengan kadar AUD 10. Tapi dekat Lucky Seven ada deposit AUD 50. Bila korang pulangkan balik sandboard tu baru dia akan refund balik deposit korang. Tak perlu sewa banyak-banyak sebab boleh guna gilir-gilir. Cik Green duk main 2-3 kali dah letih nak panjat bukit tu balik. Pastikan nak pergi sini jangan lupa pakai spec mata untuk elakkan mata masuk pasir yang berterbangan. 
  • Fremantle
Bila pergi fremantle apa yang korang bayangkan? Mesti Fish and Chip dekat Kailis Fish kan? Haha.. tu la. Makan je ingat.. Ada juga beberapa tempat lain yang menarik di Fremantle.




Kailis Fish and Chip

Gigih dik non bawak sos cili dari Malaysia sebab nak makan fish and chip.. Nasib lepas Imigresen. huhu. Padahal dekat Kailis pon ada jual sos jugak. Cuma kena bayar je la. Duduk luar negara ni boleh dapat view pelangi. Subhanallah. Cantik. 




Rainbow Sea Container


 
Fremantle Harbor

Pekan Fremantle


E-shed Market. 


Kalau nak beli souvenier masa hari minggu untuk bawak balik bagi sedara-mara dan kawan-kawan korang di Malaysia dekat sini la tempatnya. Kalau korang tak sempat nak pergi E-Shed dekat Fremantle ni, korang boleh pergi dekat gudang di Megabes, Malaga. Yang dekat Megabes ni cuma buka hari biasa selain hari yang dibuka dekat E-Shed. Gudang ni milik owner yang sama juga di E-Shed. Tapi, diingatkan untuk pergi ke Megabes, korang kena buat booking dulu. Tempat jual souvenier tu teramatla kecik dan sempit. So, owner memang takkan bagi siapa-siapa masuk tanpa booking. Untuk booking korang boleh call no +618 9248 1071. Dekat Megabes ni juga ada barang-barang yang lebih murah dijual daripada E-Shed. Kalau korang datang awal, korang boleh bergambar dulu dengan kereta diorang yang super duper mahal depan kilang tu.  

Disebabkan membeli- belah tak ingat dunia, kitorang kena tambah baggage dekat airport. Tak lepas beg nak bawak naik. Kena bayar 15 kg = AUD70.00. 

No plat kereta pon nama MEGABES kot. Ko mampu? 
  • Watertown Brand Outlet
Kalau korang pergi Perth, sini antara destinasi wajib korang kena pergi untuk habiskan duit. Serius murah. Tapi tak semua la. Ada yang murah memang murah. Kitorang sempat beli kasut dekat sini. Sampai dua kali datang sebab tak habis pusing dan masuk semua kedai.
  • Swan Valley
Ada beberapa tempat yang menarik di sekitar Swan Valley ni. Antara yang kitorang sempat pergi ialah:

 House of Honey


Yahava Koffeework

The Margaret River Chocolate Co.
  • Petik Epal di Fresh Farm Valley, Pickering Brook
Ikutkan sebenarnya ke ladang epal ni takde dalam iti pon. Cuma tiba-tiba terluah dekat suami nak pergi pasar sebab nak rasa buah strawberry aussie. Dia kata dari pergi pasar baik kita pergi ladang epal. Boleh makan epal segar katanya. So, here we are. 

Actually, kitorang tak sempat nak book pon masa pergi sini. Ladang ni milik Ina Ballato (boleh search melalui fb) orang Malaysia dan suaminya. Korang boleh juga search FB (Valley Fresh Farm Produce). Diorang sebenarnya buka pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja. Hari lain korang boleh terus pada Ina. In sya Allah diorang okey je untuk benarkan masuk.

Harga per entry: AUD 5.00 per person
Untuk bawa balik epal ikut jenis bucket yang korang pilih. Kalau bucket kecil macam yang kitorang pegang tu: AUD 30.00  dan bucket besar: AUD 40.00.


Si adik bersama banner Valley Fresh Produce

Sang suami bersama pemilik ladang dan anak dia yang comel. 

Saya dah rasa. Anda bila lagi?

Antara hasil jualan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada pengunjung

Buah epal dia semua manis dan rangup yak amat. Fresh dari ladang ni. 


On the way balik dari Pickering Brook sempat berhenti di Perth Hill menikmati pemandangan bandar Perth. 
  • Malaysian Hall
Bila dah ke obersea ni destinasi yang tak harus dilepaskan haruslah ke Malaysian Perth. Walaupun tak dapat tinggal, atau berbuka puasa dan berhari raya di Malaysian Perth. Bergambar pon jadila. 

  • Blue Bot House
Rumah biru ni memang korang wajib datang bergambar. Cik Green tak cakap semua tapi kebanyakan yang datang Perth, bila balik je mesti jadikan gambar di Blue Boat House ni sebagai DP diorang. Blue Boat House ni kiranya macam trademark Perth jugak la. Orang lain bergambar den pon nak la jugak. Kalau datang sini, korang boleh park dekat parking dia yang berbayar. Kalau korang datang dari bandar, parking dia jauh sikit ke depan. Bila dah jalan beramai-ramai tu takde la rasa jauh sangat pon. Sangat-sangat diingatkan yang parking kenderaan di area Blue Boat House dan Kings Park antara kawasan pecah kereta, So, please beware! Jangan teruja sangat sampai keselamatan kenderaan dan barang dilupakan. Barang-barang peribadi mahal ke tidak pastikan tak ditinggalkan dalam kereta. 





  • Chemist Warehouse
Syurga untuk peminat-peminat perfume. Dekat sini Cik Green sempat grab 1 botol blackmores dan 2 perfume (Britney Spears Fantasy & DKNY).
  • Kings Park
Dah bergambar dekat bawah kita naik pusing-pusing dekat Kings Park pulak. 






MAKANAN MENARIK.

Actually, kitorang banyak bawak makanan dari Malaysia. Hampir semua makanan yang kitorang bawak tu habis. Kecuali satu paket BRAHIM je yang tinggal. Siap tambah beli beras lagi dekat IGA. Satu paket kecil tu dalam AUD 2.00.  Antara tempat shopping makanan kitorang adalah Coles, sebab dekat dengan rumah dan IGA sebab buka 24 jam. Lagila musim sejuk memang korang akan rasa lapar je. Kitorang berjalan pon siap bawa bekal lagi. 


Satu beg besar ni penuh dengan makanan je. 
Ada beberapa paket BRAHIM, minyak, roti, sos cili, milo, gula, beras.

Selain dari masak sendiri, ada juga makanan wajib rasa dan cuba bila korang berada dekat Perth. Antaranya ialah:
  • Fish n Chip 
Fish and chip ni korang boleh rasa dekat Kailis, Fremantle. yang dekat gambar ni portion untuk satu set fish and chip grill. Bila korang duduk luar kedai menghadap pemandangan indah, pastikan berhati-hati dengan burung-burung seagull yang bertenggek tepi tiang sebab bila-bila masa je diorang akan curi makanan korang dan korang pon tak payah la nak baik hati sangat bagi diorang makan. Silap-silap nanti korang yang tak dapat makan.  

  • Apple Struddle
Sumber gambar dari website Corica Pastry. Gambar  yang Cik Green ambil hilang pulak. hmm..

Kedai Corica Pastry ni ada dekat tengah bandar. Dia dekat-dekat je dengan Malaysian Hall. Kedainya hujung sekali kecil jek. Alamat dia 106, Aberdeen St, Northbridge WA. Hari ahad tutup okey manakala hari Sabtu dia buka separuh hari sampai pukul 12.00 pm sahaja. Sila datang pada masa dan hari yang betul supaya korang tak melepas dan tak kempunan. haha. Untuk satu apple struddle ni korang boleh makan dalam 6-8 orang.
  • Charcoal Chicken Daniella

Sini memang destinasi wajib pergi. makanan dia wallaweh best gila. Tak nyesal korang korbankan AUD 14.00 untuk makan nasi beriyani lamb rib dia. Pada Cik Green lamb dia lagi sedap dari ayam walaupun nama kedai didominasi dengan nama ayam. Portion dia ko boleh makan tiga kali makan. Cik Green siap tapau makanan yang tak habis untuk makan malam pon still tak habis lagi. Berbaloi sangat. Kalau pergi lagi memang makanan ni Cik Green takkan lepaskan. 

  • Air Minuman Dare dan Barista
Antara air yang korang perlu cuba. Bagi Cik Green rasa dia ala-ala Starbuck kot.

Air DARE, Cik Green beli dekat Coles.

Air Barista ni payah pulak nak jumpa. Ni pon jumpa masa nak balik dah dekat station minyak. Lepastu beli lagi satu sebab nak habiskan coin dekat Airport.

Babai Perth. In Sya Allah ada rezeki nanti, kami datang lagi. Perth antara negara yang senang untuk travel dan korang juga boleh jumpa ramai orang Malaysia bercuti di sana. Tak perlu gunakan agen dan korang boleh je travel secara backpakers. Pada yang nak berkunjung ke Perth, selamat bercuti. Pada yang dah bercuti dan nak balik Malaysia, kalau banyak sangat beli barang dan souvenier (lebih RM300 per ABN) , sila claim GST dekat airport.

Babai!


Wednesday, April 26, 2017

Anniversary Kedua di Kuching, Sarawak

Anniversary kali ni Cik Green plan sesorang jek.. Mula-mula ingat just nak bagi gift je untuk husband sempena birthday dia. Pastu bila pikir balik alang-alang jomla sambut anniversary sekali. Plan asal, Cik Green nak pergi Genting jek dan dah book pon bilik hotel melalui Agoda. Murah gila dalam RM120.00 kalau tak silap untuk dua malam. Tak tahu mana silap dia pastu kena reject.. Kalau tak dekat aje Cik Green pergi. Boleh tengok Purple League dekat Genting tu.

Then, Cik Green decide nak pergi Kuching. Tiket flight pon murah time tu. Kitorang pergi dari 12 - 14 Februari 2017.  Sang suami cuma tahu nak pergi Kuching  malam tu masa suruh pack baju. Hahaha. 


Hotel book melalui Booking.Com. 

Cuma dekat sana kena amik rental car. Sebab last minute decide nak pergi Kuching, sampai dekat Lapangan Terbang Kuching baru kitorang google cari kereta sewa. 

Mula-mula kami cuba contact dengan En Khairul (012 -944 9499), tapi malangnya dia tak angkat call dan lambat reply whatsapp.. so kami cuba contact dengan syarikat kereta lain. alhamdulillah ada sebiji kereta viva untuk kami dari Waja Motor. Harga kereta RM80.00 sehari. Kalau dengan Encik Khairul boleh dapat saga RM80.00 sehari. Tapi bukan rezeki kami. Dah confirm dengan Mr Hong dari Waja Motor baru Encik Khairul balas whatsapp saya. 


Ni kereta yang kami dapat.. Untuk berjalan berdua sangat okey. Minyak pon jimat


Respon dari Mr Ho selepas kami pulangkan kereta.

Pada sesiapa yang nak sewa kereta boleh hubungi beliau di talian 013-809 6666


Tapi serius, dekat Kuching kena selalu letakkan kupon masa parking kenderaan. Kitorang berapa kali kena saman dengan Majlis. Tapi Mr Ho tolong bayarkan semua saman tu dan tak minta duit pada kitorang pon. Lain company mungkin lain cara dia..

Dah dapat transport, apa lagi berjalan la kita..

PASAR SERIKIN









Kitorang takde buat itinereary pon sepanjang dekat Sarawak ni. Bila Mr Ho sampai je dia cadangkan untuk pergi ke Pasar Serikin. Hari tu last day Pasar Serikin buka sebab dia buka hari Sabtu dan Ahad je dari pagi sampai pukul 2.00 petang.

THE SPRING SHOPPING MALL KUCHING



Malam takde buat apa-apa kitorang jalan-jalan di shopping complex. Dekat Kuching ni banyak Shopping Complex. Semua mall yang besar-besar. 

TOP SPOT FOOD COURT KUCHING






Pada Cik Green makanan dia agak biasa-biasa je. Tapi tak tahula lain orang lain selera. Harga pon agak mahal juga. Servis pon kurang. Hmm..  Dekat sini kebanyakannya ramai Cina yang meniaga. Hanya ada satu je restoran yang bertanda Halal.


Kampung Budaya Sarawak


Untuk pergi ke Kampung Budaya, korang akan dapat lihat pemandangan Gunung Santubong. Bila lalu je jalan dekat sini terus teringat lagu Puteri Santubong. Untuk masuk ke Kampung Budaya korang kena bayar RM75 seorang (dewasa). Bila masuk dalam boleh tengok kehidupan masyarakat etnik Sarawak. Kalau korang nak tahu Kampung Budaya Sarawak ni terletak di kaki Gunung Santubong dan berdekata dengan Pantai Damai.

JONG'S CROCODILE FARM AND ZOO




Tak sah kalau datang Sarawak tak tengok buaya. Dekat Jong's Crocodile Farm and Zoo korang boleh tengok Bujang Senang yang dah diawetkan, Glamour sungguh boya ni. Admission fee sebanyak RM22.00 seorang. Korang boleh tengok persembahan buaya jam 11 am dan 3.00 pm. Kitorang sempat masuk jam 3.00 pm persembahan baru mula. Selain buaya, ada juga ikan arapaima yang besar-besar dan korang boleh bagi makan roti kat diorang ni. 


SARAWAK WATERFRONT





Kalau datang Kuching wajibla korang bergambar dengan Tugu Kucing ni.. Baru la betul dah sampai Kuching ye dak?

Tugu ni terletak betul-betul dekat tengah bandar kuching. Korang boleh jalan sikit dari Sarawak Waterfront. Kalau nak tahu juga di sebelah Sarawak Waterfront tu terdapat kedai kek lapis dan Ikan Terubuk yang famous amos. Nak pergi sana korang just bayar sehinggit je sehala dekat bot penambang ni. Ada juga pakcik yang okey dia cuma ambil 50 sen je untuk perjalanan sehala. Sebab pergi dan balik kena bayar kadar berbeza tu yang tahu tu. 

KOPI O CORNER
Gila ko pergi Sarawak tak merasa makanan Sarawak. Mee Kolok dia sedap kot. Lagi-lagi bila dapat makan dekat Kopi O Corner ni. Terangkat habis. Suami bagitau Nasi Lemak Rendang dia pon sedap sangat. 5 star akak bagi untuk makanan dia.


MUZIUM KUCING









Apa yang menarik dekat Kuching? Mestilah Muzium Kuching ye dak? Nama pon Kuching.. Hahaha. tapi kat sini takdela ko jumpa kucing hidup. Banyaknya patung-patung kucing. Muzium Kuching terletak di dalam Majlis Bandaraya Kuching. Nak masuk tu free jek tapi kalau nak bawak fon dan ambil gambar korang kena bayar RM3.00. Okey la kan.

Tuesday, January 3, 2017

Percutian ke KRABI Menaiki Kereta

Hujung-hujung tahun ni kemain ramai orang yang buat kenduri kahwin. Setiap minggu ada je jemputannya. Baik di kalangan saudara-mara, jiran, rakan-rakan dan teman sepejabat. Minggu lepas Cik Green dijemput rakan sepejabat hadir ke majlis kenduri kahwinnya. Biasanya jarang kenduri jauh-jauh ni Cik Green pergi. Tapi sejak dah kahwin ni selagi kami dijemput dan selagi masih free selagi tu Cik Green dan suami cuba hadir. Majlis perkahwinan dia ni nun di Kampar, Perak sana tu.

Masa mula-mula dapat jemputan tu Cik Green plan best jugak kalau dapat Cuti-Cuti Melawat Perak ni. Maklum la dalam Semenanjung ni pon tak habis explore lagi. Kengkonon nak buat itinarary siap nak gi makan mee udang dengan pergi ke Kellie's Castle lagi. Dekat pejabat pon dah takde feel nak kerja. Pejabat pon dah lengang. Hujung-hujung tahun macam ni ramai betul yang bercuti.

Tapi.. Dua hari sebelum pergi tu duduk la borak-borak dengan Mr. B. 

Cik Green: Kalau kita gi sempadan pon best jugak kan? Nak tak? Gi Danok ke?

Mr.B kata tak kisah pon. Boleh jek. Lagipon passport pon still valid lagi.. So, bila dapat response yang best dari Mr.B, Cik Green pon apa lagi, gugel la cara-cara nak masuk sempadan. Tiba- tiba...

Hmm.. Cik Green rasa kalau kita terus pergi ke KRABI pon macam menarik jugak.. hahaha.. Ko tengok tuh perangai dia.. Dari mula-mula nak cuti-cuti Perak last-last sampai ke KRABI dia punya plan.. Jadinya, Cik Green bukan cari information nak gi sempadan jek tapi macamana kitorang nak sampai ke KRABI. Kat rumah tu beria la tersengih-sengih kerang busuk  nak pujuk tok laki gi KRABI. Pujuk punya pujuk dia kata hmm.. okla.. terus kita ni lagi tersengih sampai ke telinga. hahaha. Dia suruh cari tiket flight. Cik Green pon beria la cari tiket flight. Tapi.. mak aih mahal gile ko tau kalau nak booking last minute ni. Cik Green search flight paling murah pon dekat RM1.3K seorang. Padahal aritu duk search baru je RM150 seorang. Jadi, kesimpulannya janganla ko book dah last-last minute cam gini. Kan rugi banyak tu.

Bincang balik dengan suami.. dah alang-alang kita gi utara, kita terusla naik sampai Kedah ke Perlis ke dengan kereta. Jadi, nanti kita bolehla masuk ikut pintu sempadan. Bila Mr. B kata okey, Cik Green pon apa lagi terus la esok tu mohon cuti dengan gembiranya. Wink.

24 Dis 2016 (Sabtu)

Bergerak dari Nilai pukul 9.00 pagi.. Tapi kitorang berhenti kejap dekat Bangi sebab ada urusan kerja nak diselesaikan sekejap. Lepas tu sempat jugak singgah umah mertua. Pukul 10.00 gerak semula ke Tol Sg. Besi sebab kereta lagi satu tunggu kat sana. kan Cik Green nak pergi kenduri dulu. Jadi ofismate lagi satu kereta pon follow la sekali sampai ke Perak.  Doa-doa jugak semoga perjalanan kami dipermudahkan dan dijauhkan dari jammed. Ye lah. Ni kan musim cuti sekolah campur lagi dengan Cuti Krismas campur dengan Hari Isnin cuti. Tak bawak kereta cam siput jadinya. Lepas jumpa diorang dekat Petronas Sg Besi, kitorang pon teruskan perjalanan ke Perak. Non stop drive. Tapi dekat Rawang jalan dah mula sesak sampai la ke Perak. Pukul 1.30 tengahari kitorang selamat sampai dekat Kampar. Pengantin pon dah lepas berarak dengan bersanding. Dah siap-siap nak pergi outdoor photoshoot dah lepas tu. Nasib baik sempat jugak jumpa. 

Sempat jugak bergambar dengan Pengantin.

Pukul 2.30 petang, kitorang teruskan perjalanan ke Perlis. Kereta lagi satu bertolak balik ke Nilai semula. Alhamdulillah. jalan semua okey sampai ke Perlis. Pukul 8.30 kitorang sampai dekat Arau. Perut pon dah lapar balik. Berhenti makan sekejap sebelum cari hotel. Malam ni kitorang stay dekat sini semalam sebelum teruskan perjalanan ke KRABI. Menginap dekat Hotel Metro Inn, Pekan Arau dengan kadar RM104.00 semalam. 

Jom kita check keperluan untuk masuk sempadan.

Dokumen yang perlu dibawa untuk melepasi Imigresen sempadan:
  1. Passport yang masih valid
  2. Salinan geran kenderaan - pastikan owner ada sekali. kalau takde mesti ada surat kebenaran daripada owner. Kalau boleh bawak la sekali yang original. Tapi masa Cik Green masuk dia tak tengok pon. 
  3. Insurans kereta Thailand
  4. White Card - Arrival and Departure

Nota: Kitorang buat dekat Pekan Changlun berdekatan dengan Pejabat Pos. Dia buat semua sekali dengan harga RM26. Kita tak payah risau nak isi dokumen dah masa dekat Imigresen. Kedai ni buka dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 malam.

25 Dis 2016 (Ahad)

Check out dari hotel jam 9.00 pagi. Tak singgah sarapan pon. Kitorang terus pergi ke pintu sempadan Wang Kelian. Pukul 10.00 kitorang sampai dekat sempadan. Sebelum tu singgah petrol pump, isi minyak kereta penuh-penuh. Dekat Thailand ada minyak RON 91. Ni minyak paling murah dan harga dia lebih kurang 270++ baht. Tapi kitorang kena isi jugak minyak kat dalam. Habis untuk minyak dekat Thailand jek dalam 800 baht.. 

Sampai dekat sempadan Malaysia, drive thru dan check passport dekat Imigresen Malaysia. Pastu dekat Imigresen Thailand, korang park kereta dan turun beratur. Bawa semua dokumen yang diperlukan. Dekat sini diorang akan cop passport, dan serahan arrival card (white card) yang ada dekat korang tu. Jangan lupa bayar RM2.00 dekat Imigresen Thailand tu. Lepas tu masuk kereta dan park kereta dekat dalam pula. Owner bawa salinan geran dengan insurans Thailand masuk dalam pejabat dia. Nanti dia akan key in maklumat kenderaan korang dalam sistem diorang. Dah siap tu bayar pulak RM10. Kalau korang tak bayar pon dia akan mintak nanti. 

Dah selesai, korang boleh shopping dekat sempadan tu. Sebab kitorang pon plan on the spot dan tak sempat nak tukar duit, jadi kitorang  decide tukar duit kat situ. Korang boleh cari kedai runcit no.3 dari pintu masuk tu belah kanan. Cik Green rasa rate dia agak rendah jugak dekat sini berbanding tukar dekat Krabi. Rugi pulak tukar sikit je. Oh ye. Kedai ni ada jual sim card sekali. Disebabkan kitorang nak waze jalan, jadi Mr.B terus tukar simcard dia RM10 dengan 1.5 GB untuk 7 hari. Balik tu siap berlebih lagi tak habis guna. Internet dia sangat okey. Laju jek. Cik Green pon just tethering je dengan Mr.B. Dekat sempadan ni korang boleh lagi guna mana-mana matawang sama ada nak guna Ringgit Malaysia atau Baht.Tapi dah masuk dalam guna duit Baht je okey. 

Krabi, here we go.. 

Perjalanan ke Krabi. Sebelum tu install lagu siap-siap dulu. 
Tak sanggup rasanya nak dengar radio siam sepanjang jalan. 

Kitorang pon teruskan perjalanan ke Krabi. Jalan melalui Wang Kelian ni korang cuma akan nampak gunung-gunung batu kapur , kampung dan pekan je dekat kiri kanan jalan. Tapi jalan dia cantik. Takde la jalan kecik yang sunyi sangat bila nak lalu pon seram tu. Perjalanan ni pon terus direct ke Krabi. Kitorang takde berhenti dekat mana-mana pon kecuali nak pergi ke tandas. Dekat pukul 2.30 kitorang selamat sampai di KRABI.



Welcome to Krabi! 

Untuk stay, kitorang nak duduk dekat dengan area pantai Ao Nang. Kalau duduk dekat bandar rasa agak jauh juga dari kawasan pantai. Macam tak feeling bercuti la pulak kan? Akhirnya jumpa juga hotel yang sesuai. Kitorang stay di Ao Nang Terrace dengan harga 1400 baht semalam. Mula-mula kitorang dapat satu katil queen, tapi disebabkan diorang tak reti cakap English dan cakap pon macam ayam ngan itik, bila Cik Green cakap yang kitorang akan stay for 2 night dia pergi bagi pulak bilik yang ada 2 katil. Bila Cik Green tanya harga sama ke? Dia kata harga sama. Haha. kan untung namanya tu walaupun kitorang tak lepak sangat dalam bilik. Korang boleh dapat harga yang lagi murah kalau korang rajin jalan-jalan survey. 

Rest kejap and then kitorang pon keluar dekat Pekan Ao Nang.. Tujuan utama nak tukar duit lagi. Banyak pakej ngan souvenier yang diorang jual kat sini. Siap boleh cuci mata lagi kalau korang duduk dekat tepi pantai tu. Duyung ke dugong ke semua ada. Ahahaha. Perut pon dah mula berkeroncong, so makan time.. Masa pusing-pusing cari bilik tadi , Cik Green dah perasan ada kedai makan yang tulis halal dekat luar kedai. Cik Green pon ajak Mr.B pergi balik dekat kedai situ. Yang Cik Green perasan landmark dia dekat dengan masjid. Kedai yang Cik Green perasan mula-mula tu tak jumpa pulak tapi sebenarnya banyak je kedai halal dekat area situ. Cik Green pesan nasi goreng ketam dengan harga 90 baht dan air teh o ais limau harga 40 baht. Boleh tahan juga harga makanan dekat sana sebab kalau Cik Green convert harga dia lebih kurang RM11 lebih. Tu baru untuk nasi goreng. Hmm..

Kemudian, kami nak pergi pulak ke Night Market di Bandar Krabi. Sebab katanya night market cuma dibuka dari hari Jumaat -Ahad bermula jam 6.00 pm hingga 10.00 pm. Disebabkan ni hari last night market , so wajibla kami pergi menyinggah ye dak? On the way nak pergi night market tu kitorang nampak pulak jalan nak ke Elephant Trekking. Apa lagi,  Mr.B pon terus la belok masuk ke situ. Kalau korang nak naik elephant trekking , harga dia lebih kurang 500 baht seorang untuk 30 minit. untuk dua orang dia akan kira 1000 baht. Mula-mula Cik Green dengar dia kata RM500 baht untuk dua orang. Tu yang kitorang decide nak naik tu. Agaknya dah salah dengar kot. Tapi yang bestnya, orang yang bawak tu bagi kitorang bawak gajah tu sendiri. Seram mak nenek tau bawak gajah ni. Doa je dalam hati janganla gajah ni naik minyak. Dah la tu naik gajah yang tengah kebulur, habis semua benda nak dimakannya. Sampai terjongket-jongket kitorang dibuatnya. Hai la Aippo.. nasib baik nama awak bukan Iphone gajah oii.  Dah selesai naik gajah korang boleh beli pisang bagi gajah-gajah makan.

Kemain lagi mulut. Semua nak dimakan.

Nasib baik ada yang nak amikkan gambar kitorang

Elephant Trekking!

Perjalanan ke Night Market diteruskan dengan menggunakan waze. Serius, waze ni banyak sangat membantu korang tau. Dekat night market, korang akan nampak ada beberapa budak-budak yang buat persembahan untuk kumpul dana persekolahan. Kitorang takde beli apa pon dekat sini. Just beli international charger sebab lupa nak bawak dari rumah dengan souvenier. Tak banyak yang menarik sebab lebih kurang dekat downtown kita di Malaysia je. Makanan pon Cik Green tak berani nak beli sebab banyak gerai yang jual pork. Dah selesai kitorang pon balik tidur.

Bandar Krabi

Budak-budak tengah buat persembahan.

Antara souvenier yang dijual di Night Market.


26 Dis 2016 (Isnin)

Pagi-pagi lagi kitorang dah terjaga. Hmm.. macam tu la kalau duduk dekat tempat orang. Bab berjalan je tak payah nak dikejut. Target kitorang pagi ni nak cari motor sewa. Kalau bawak kereta susah betul la nak parking. Harga motor sewa 250 baht sehari (dia kira 24 jam dari masa ambil motor). Kitorang dapat motor baru yang baru je siap basuh dengan minyak separuh lagi. Nanti dia akan mintak passport sebagai jaminan. Jangan korang tak bagi pulak sebab diorang akan pulangkan semula masa korang return balik motor tu.


Dah jalan jauh-jauh terpaksa patah balik naik tuk tuk. 
Ni sebelum kitorang dapat sewa motor. 

Pusing-pusing naik motor

Dapat motor, kitorang pon terus cari kedai makan untuk sarapan. Jumpa kedai M'sia- Thai. Dekat jugak dengan Masjid Ao Nang. Bila masuk ramai betul orang Malaysia yang ada dekat kedai ni. Patutlah meriah, kedai ni ada jual roti canai, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi berlauk. Bak kata orang macam pulang ke kampung halaman. Kalau korang minta roti canai 2 keping dia akan kira 1 set. Tak cukup 1 set , Mr B tapau lagi 1 set bawak balik hotel. Sedap katanya. 

Ini la kedai makan Msia-Thai yang Cik Green bagi tau tu.. 
Yang belakang baju putih tu la yang tebar roti canai. 

Dapat motor ingat nak pergi Emerald Pool. Dah suku perjalanan rasa cam jauh pulak lokasi dia. Kitorang pon patah balik. So, decide pergi Emerald Pool esok masa on the way nak balik. Kitorang pon pusing-pusing pekan Ao Nang cari aktiviti untuk hari ni.. Nak pergi Phi Phi Island tak sempat sebab diorang start pergi pukul 8.00 pagi sampai pukul 2.00 petang. Kalau korang nak pergi pulau pastikan book awal. Kalau dah pukul 11.00 macam kitorang baru nak pergi memang takde la jawabnya. 

Tapi, kitorang macam teringin pulak nak tengok sunset view dekat pulau. Jadinya, Cik Green ambil pakej 7 Island dengan harga 1200 baht untuk seorang. Bukan dua orang okey. Mintak diskaun, pastu dia bagi harga 800 baht. Katanya harga tu tak termasuk dengan tiket masuk ke National Park. Dia bagitau kadang-kadang diorang check tiket kadang-kadang tak. Kitorang pon bayar la 1600 baht untuk dua orang dan dia suruh tunggu pukul 1.30 petang dekat hotel. Tapi kitorang prefer tunggu dekat situ sebab takut nanti diorang tak jumpa pulak cari hotel kitorang nanti. 

Sementara nak habiskan masa kitorang jalan-jalan dekat kedai-kedai situ dan seterusnya adalah misi mencari pancake. Sedap weh pancake dia. Mula-mula masa dia masak tu tengok cam tak selera je. Tapi bila masuk mulut. Yummeh.. 5 star akak bagi..

Pantai Ao Nang

Gerai Pancake paling famous di kalangan orang Malaysia/ Indonesia dan Vietnam katanya. 
Pancake Rotee Yaminlah.
Betul-betul dekat simpang masuk hotel kitorang.

Banana Nutella Pancake in da house. yummeh!

Bila sampai dekat pelabuhan untuk island hoping, korang kena bayar duit yuran jeti rasanya dalam 20 baht seorang. Ni harganya Cik Green tak ingat, Tapi korang prepare je la duit. Pakej untuk 7 Island ni start dari jam 2.00 petang sampai 8.30 malam. Lama gila ko tau. Walaupun dia kata 7 Island tapi takde la tujuh-tujuh pulau tu dia pergi. Lebih kurang dalam 4 ke 5 pulau jek. Dan untuk pertama kalinya akan snorkeling dekat tengah laut dalam. Sebelum ni dekat Pangkor jek akak pernah snorkeling. 

Pakej 7 Island ni termasuk:
  1. Island hoping ke beberapa pulau termasuk National Park. Tapi National Park dia tu pon kategori pulau jugak. 
  2. Snorkeling. Korang akan diberi snorkeling item sebelum naik kapal.
  3. Melihat panorama matahari terbenam. Doa-doa la dapat tengok. Sebab, kadang-kadang matahari akan terlindung dengan awan atau pun hujan. 
  4. Makan malam candle light dinner. Ko janganla bajet dapat cam hotel dekat 5 star tu.. 
  5. Persembahan api dari group kapal yang bawak korang tu. 
  6. Melihat kelip-kelip (Bagi yang nak berenang, korang akan turun ke laut untuk lihat kelip-kelip manakala bagi yang tak berenang , diorang akan simbah baldi yang penuh keli-kelip atas lantai kapal). Masa ni semua orang diwajibkan turun dekat deck bawah. 
Masa ni baru naik bot. Kitorang berdua je dari Malaysia

Kemain lagi Mr.B kalau dapat berposing. Hmm. 

PODA ISLAND
Ni la National Park yang Cik Green bagitau tu. Kalau korang tak bayar dia akan duruh duduk dalam bot diam-diam. Tak payah turun pon. Tapi kitorang kena paksa bayar dekat jeti.


Sunset view. Subhanallah. Cantik sangat.


Dinner Time a.k.a Candle Light Dinner

Fire Show

Balik dari island hoping malam tu kitorang bersiap nak keluar pula.. Misi mencari souvenier untuk family.. Baju saiz S dan M harga dia dalam 100 baht tapi untuk yang lebih besar dalam 110 ke 120 baht.. Pandai-pandai la korang tawar-menawar. Kitorang sempat lagi singgah makan. Pancake telur dia pon sedap.. Terbayang-bayang lagi rasa dia sampai sekarang. 

27 Disember 2016 (Selasa)

Pagi-pagi kitorang bersiap nak pergi bersarapan dan hantar motor pula. Harini hari terakhir kitorang kat sini. Lepas check out, kitorang pon teruskan perjalanan balik. Sempat jugak lah singgah sekejap dekat Emerald Pool. Parking kereta 30 baht. Hajat hati nak naik tapi bila rasa cam mahal jek terus tak jadi. Harga untuk seorang 200 baht so dua orang dalam 400 baht. Duit Malaysia RM50 untuk dua orang kira mahal jugak tau. Kitorang pon duduk je la bawah tu sambil minum air kelapa. Hahahaa.

Dapat snap signage pon okey la kot


Lepas tu kitorang teruskan perjalanan balik. Ingat nak masuk ikut Wang Kelian dan keluar ikut Bukit Kayu Hitam sambil menelusuri Bandar Hat Yai dan Pekan Danok. Tapi waze ni suruh balik cepat pulak. Dia bawak kitorang lalu ikut Wang Kelian balik. Hmm. Sampai dekat Wang Kelian dalam pukul 5.30 petang dan terus direct perjalanan balik ke rumah mertua di Bangi.Sampai lebih kurang jam 1.30 pagi. 

Imegresen Malaysia di Wang Kelian. Drive Thru je okey

28 Disember 2016 (Rabu)

Hari untuk berehat.



Let's Check It Out! Apa yang menarik di Krabi?
  • ATM terletak di merata-rata tempat even dekat pasar basah pon ada ATM dan tak berjaga. Kalau dekat sini dah kena rompak agaknya.
  • Kalau perasan no plat kenderaan diorang lain-lain warna. Mr.B kata kalau plat putih tu kenderaan sendiri dan plat merah kenderaan untuk disewa. tak tau la betul ke idak.
  • Ada tandas di stesen-stesen minyak yang gunakan kolah kecil untuk tadah air dan air akan ditambah bila air kolah mula surut secara automatik. 
  • Waktu di Krabi/ Thailand adalah sejam lewat dari Malaysia.