Wednesday, March 11, 2020

Travelog ke Osaka- Hiroshima

Tun M pon dah  dua kali jadi Perdanan Menteri. Ingat Tun M terus teringat Dasar Pandang ke Timur. Orang kata berangan tu percuma. Tak sangka angan-angan nak jejak kaki ke Jepun sebelum tahun 2020 tercapai. Alhamdullilah. Thank you Allah.

Awal tahun 2019, saje la post azam tahun baru nak melancong ke Jepun. Pastu aku cerita la kat kawan sepejabat kengkononnya hati teringin nak pergi ke Jepun tahun ni. Padahal masa tu duit takde langsung nak melancong. Nak jadikan cerita, dalam bulan 3 pastu dia cakap dia nak ikut.

"Eh nak ikut ke mana pulak dia ni? Padahal main-main je". Detik hari aku. Dahla duit pon takde lagi ni. hahaha.

Pastu dia kata, takpe. duit flight dia bayar dulu. Gulp. Mati aku. Tak pernah aku guna duit org nak pergi melancong ni. So, lepas pikir banyak kali ngan bincang banyak kali jugak. Kitorang decide, dia bayarkan tiket flight (tapi aku tambah sikit eh), pastu aku bayarkan untuk penginapan. Sebab kos dia lebih kurang sama je. Jadi sempat la aku nak saving. Bulan 3 tu terus kitorang beli tiket flight ke Kul - Kix. Up jadi je kan. Pheww.

Tarikh: 18 hingga 25 Oktober 2019
Flight: Air Asia X
Currency: 1000 yen = RM 38.95



Aku ngan suami tukar RM6,000 dekat Malaysia. Dekat Jepun kitorang tukar lagi RM4,000. RM10,000 juga la duit yang kitorang guna untuk dua orang sepanjang kat sana. Duit ni untuk belanja je. Dari Malaysia kitorang dah settle duit flight, Air Bnb, transport dengan pass. Serius kos tinggi dekat Jepun ni. Aku tak tipu. 

Untuk dapatkan banyak tips ke Jepun ni, korang boleh follow FB Road To Japan. Banyak info yang boleh dapat especially untuk newbie yang baru hendak ke sana. Kebetulan beberapa hari sebelum kami bertolak ke Jepun dapat berita Taufan Hagibis melanda Jepun dan menimbulkan suasana panik seketika. Nasib baik keadaan terkawal walaupun terdapat beberapa orang penduduk Jepun yang mati disebabkan taufan itu.


Untuk berita boleh klik SINI

ITINERARY

18 Oktober 2019 (Jumaat)
2.00 pm - 10.00 pm : Kul -KiX

19 Oktober 2019 (Sabtu)
12.00 am : Check in Air Bnb. Kitorang stay area Ebisucho. Apartment kami di tingkat 7 betul-betul bersebelahan  exit train station dan hanya 1 station dari Shin Imamiya. Jika ada yang first time nak guna Air BnB boleh klik link ni. Apartmentnya sangat bersih dan muat untuk kami berempat. Satu yang aku nak ingatkan, perjalanan kami dari airport ke AirBnB menggunakan train. Dekat Jepun terlalu banyak tangga yang akan buat korang sangat letih dan penat lagi-lagi dengan beg besar dan banyak. Be carefull. Pastikan korang ada stamina yang tinggi sebelum datang ke Bumi Jepun ni. Kawan Cik Green bawak juga berbotol air mineral dalam beg sebab risau tak cukup air, dah la berat jadi kesian dekat suami dia yang ngangkut beg dia dengan beg sendiri lagi.

1.00 am: Dah sehari perjalanan baru dapat tidur dengan lena. zzzzzz

Untuk harini dengan esok, kami akan gunakan Osaka Amazing Pass (OAP). OAP ni boleh guna untuk masuk mana-mana attraction place dan juga naik train dengan percuma sepanjang 2 hari ni.

9.00 am: Tsukenkaku Tower. Tower ni berdepan je dengan apartment. Jadi kita jalan sini dulu. Tapi sebab pergi pagi lagi banyak kedai yang belum buka lagi.

Tower kat belakang tu. Susur laluan ni ada satu kedai arab yang jual kebab dan aiskrim. Sedap

Kemudian kami terus ke Museum of Housing and Living. Bangunan dia betul-betul sebelah exit Train Station. Kalau tak perasan mesti tak jumpa. Dekat sini kami berpeluang pakai kimono dengan bayaran 500 yen untuk 30 minit seorang. Muzium dia tak besar sangat tapi suasana dekat dalam dia menarik dengan cahaya lampu dan juga bunyi kokokan ayam mengimbau suasana lama di kampung.

Tak faham langsung tulisan dia. huhu. 

Tips: 
Kat sana korang boleh guna buka google dan klik simbol gambar sebelah microphone than scan tulisan. Nanti dia akan translate dan korang akan faham apa yang diorang tulis. Kalau nak baca bahan-bahan dalam makanan atau lokasi kami scan je guna google ni. Sangat membantu!

Dah jumpa member baju sama. hehe

Kami berempat ( Dari kiri, En Suami, Aku, Kak Nahyah, dengan Abg Saiful)


Kemudian kami teruskan perjalanan ke Umeda Sky Building. Bangunan dia sangat menarik. Tapi dari train station korang kena menapak jauh sikit. Boleh lapar wehh. hahaha. 

Umeda Building 


Escalator dia cantik dan panjang


Pemandangan dari atas sekali. Dekat sini boleh nampak view pemandangan Bandar Osaka.

Makan tengah hari di Malaysia Boleh berdekatan dengan Umeda Sky Building

Set Nasi Goreng. Owner dia kata belajar resepi Malaysia dari google.


Dengan owner Restoran Malaysia Boleh.. Ingatkan orang Malaysia, Rupanya anak jati Jepun. 


Dah kenyang kitorang pon teruskan perjalanan ke Osaka Akuarium Kaiyukan. Yang ni tak cover OAP, korang kena bayar la kalau nak masuk. Kalau ada OAP kan korang dapat buku Toku-Toku yang discount tu kan. So yang tu boleh pakai. Kurang la sikit rege dia. Tapi pada aku Akuarium ni biasa-biasa je. Lain orang lain minat dia. 

Ni kat bahagian dalam akuarium

Ni bahagian luar


Lepas habis round dalam akuarium kitorang terus berkejar nak naik Cruise Santa Maria. Last boleh naik sebelum pukul 5. Sementara tunggu nak naik kitorang sempat tengok orang Jepun mancing. Cruise ni sebelah je dengan Akuarium. Syok jugakla sebab naik dah petang bawa ke malam.   Angin sejuk. Dapat tengok Tempozan Ferris Wheel yang warna warni dari atas cruise. Dalam 1 jam lebih juga perjalanan dia.


Ni kat atas cruise. Kemain seronok laki aku merayau. Habis atas bawah kapal dia pusing. 

Perasan tak cincin yang laki aku pakai dalam gambar tu. Cincin tu ada cerita dia. Cincin tu sebenarnya brother Jepun ni bagi kat aku masa kat 7E. masa kitorang lepak 7E beli sarapan, saje aku duk sebelah dia, pastu kengkononnya nak beramah-tamah la ngan orang jepun sambil tanya jalan dari Museum of Housing and Living nak pergi ke Umeda Sky Building. Tapi Jepun tu tak boleh cakap English. Puas la macam ayam ngan itik aku ngan dia bercakap. Tiba-tiba dia bagi aku cincin ni. Macam cincin belah rotan. Terkemut-kemut aku sengih. Terus juling bijik mata laki aku wehhh. Dia perati je aku. Aku nak tolak takut. Kang tetiba brother tu yakuza ke, tak ke naya aku. huhu. 

Sampai sekarang aku dah tak jumpa cincin ni. Entah mana la laki aku nyorokkan. Tanya dia, dia jawab entah, tak tahu. Tu je la jawapan dia. Baru nak buat kenangan. hmm. 

So, sebelum terus balik rumah sempat la kitorang naik Ferris Wheel. Korang boleh pilih sama ada nak naik yang biasa atau gondola yang lantai kaca. Aku advise better korang amik yang biasa je. Sebabnya lama gila nak tunggu yang kaca tu. Dah la tak banyak, orang pulak ramai. 

Pastu masa otw pergi kat train station sempat jugak kitorang singgah kat auntie yang jual fridge magnet 100 yen. Glamour auntie ni dengan orang Malaysia ngan Indonesia sebab dia boleh cakap melayu. Dekat dia harga yang paling murah jual FM berbanding kat tempat lain. Kalau korang ada kesempatan beli la. 

Sekian, cerita aku untuk hari pertama kat Jepun. 
Nanti kalau aku rajin aku sambung lagi untuk hari seterusnya k. 



Monday, June 17, 2019

Resepi Nasi Minyak/ Gulai Ayam Kelantan dan Acar Timun

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua yang singgah ke blog ni.

Lama Cik Green tak bersiaran.
Alhamdulillah sihat. 
Cuma batuk tak berhenti sebab banyak minum ais masa musim raya ni.


Cik Green nak tempek sikit resepi yang masak untuk family masa nak datang raya rumah haritu. Cumanya masa dalam perjalanan nak datang rumah boleh pulak diorang accident dekat Bukit Tangga, Jelebu. Jadinya Cik Green bawak semua yang dah masak tu bawak balik  makan ngan diorang pulak. Masing-masing dah lapar dengan nak buat report ka balai lagi, nak hantar kereta kat bengkel lagi.

RESEPI NASI MINYAK

Bahan:

4 pot beras
3 cawan air
1 tin susu cair
3 sb mentega 
2 biji bawang besar *
3 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
2 inci halia *
Kayu manis/ bunga lawang/ cengkih/ buah pelaga (4 beradik)
2 sb sos tomato 
Sebiji buah tomato
2 helai daun pandan
Garam

Yang bertanda * perlu diblend

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dan cairkan mentega
  2. Tumis 4 beradik sehingga naik bau
  3. Masukkan bawang dan halia yang telah di blend. Tumis hingga garing
  4. Masukkan sos tomato dan tomato blend. Kacau hingga sebati
  5. Sementara tu  basuh dan masukkan beras dalam periuk.
  6. Ikat daun pandan dan masukkan sekali dalam periuk.
  7. Masukkan semua bahan yang telah ditumis.
  8. Masukkan susu dan air.
  9. Masak nasi sehingga masak. kaup dan kacau nasi di tepi periuk supaya nasi tak patah. Saya guna beras biasa je.


RESEPI GULAI AYAM DAN TELUR MASAK KELANTAN 

Bahan:

2 biji bawang besar *
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
Halia, Lengkuas dan Kunyit Hidup *
Sedikit cili kering *
Sepeket Rempah Kari Adabi *
Separuh kotak santan KARA (kotak kecil) *

Blend semua bahan yang bertanda *

Seekor ayam
5 biji telur rebus
2 batang serai
Asam keping
Sekeping gula melaka
Kerisik
Garam

Cara-cara:


  1. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
  2. Masukkan serai, asam keping dan gula melaka.
  3. Masukkan ayam
  4. Masukkan sedikit kerisik
  5. Masak hingga pecah minyak
  6. Tambah air
  7. Masak sehingga sebati dan perasakan dengan garam.
  8. Masukkan telur rebus jika mahu.

RESEPI ACAR TIMUN

Bahan:

Sebatang timun - dipotong panjang
Sebatang lobak merah - dipotong panjang
Cili Padi - hiris
Cili besar merah dan hijau - hiris
Bawang besar - dimayang
Gula
Garam
Cuka makan

Cara-cara:


  1. Masukkan timun/ lobak/ cili dan bawang di dalam bekas makanan yang bersesuaian.
  2. Perasakan dengan gula dan garam
  3. Masukkan sedikit cuka
  4. Gaulkan rata.


Cubalah. Insya allah sedap.
Gambar makanan tak sempat nak ambil sebab masing-masing dah lapar.

Wednesday, November 15, 2017

Percutian ke Grand Lexis, Port Dickson

Bila sang suami ajak bercuti sape yang tak nak ye dak?

Bertuah Cik Green dapat juga merasa bercuti dekat Grand Lexis Water Chalet. Teruja sangat.

Sebenarnya suami ada program dekat sana. Tapi program habis awal katanya sedangkan bilik booking untuk 3 malam. Nasib Nilai-PD tu dekat jek. Kalau tak kempunan je la nak merasa. haha.

Hari Jumaat tu suami balik ambil kita. Siap-siap terus bergerak. Suami kata kalau bawa anak buah pon seronok juga. Ada pool katanya dalam bilik. Cik Green okey jek. Jadinya bawala budak 2 orang ni. Anak adik ipar Cik Green. Kitorang pon singgah kejap Bandar Springhill amik diorang. Kemain excited lagi diorang. Ngalahkan pakcik ngan makcik. Nama pon bebudak.

Sebab tengahari tu Cik Green tak keluar rehat, Cik Green pon ajak la suami tapau makan dulu. Manala tau dah penat mandi kang confirmla perut tu berkeroncong mintak diisi. Takkan nak keluar balik ye dak? Singgahla sekejap dekat kedai makan simpang masuk Grand Lexis tu. Beli nasi goreng 2 dengan maggi goreng 1. 

Nak dijadikan cerita petang-petang tu banyak pula la orang call Cik Green pasal kerja. Duk ralit jawab telefon sambil kaki pon berjalan-jalan, Gedebuk! Cik Green jatuh. Adoiiii! sakit gila kot. Terus terduduk Cik Green. Rupa-rupanya ada lubang. Macam mana la boleh tak perasan.

Pastu suami Cik Green suruh je la bangun, sebab makanan pon dah siap. Masuk kereta terus gerak ke Grand Lexis. Dalam lebih kurang 500 meter je kot dari kedai tu. 

Sampai sana, ambik barang terus naik buggy. Banyak betul buggy dia. Kejap-kejap je ada gerak. Dia bawak kitorang terus sampai depan bilik. Masuk je bilik apa lagi kitorang empat orang terus terjun dalam kolam. Haha. Perangai tak semenggah. 

Gila ko tak teruja nak berendam. 

Dekat sejam mandi kolam, kitorang pon naik. Sejuk gila kot air dia. Tak tahula sebab memang sejuk ke sebab sekarang musim hujan. Menggigil si Muaz. Selalu dia yang hantu kolam. Kalini dia yang paling awal naik.

Lepas mandi kitorang makan la nasi gorang ngan mee goreng. Kemain berselera lagi makan. 

 Ralit Ammar tengok cermin ada air  ni. Kalau air dia jernih mesti lagi best

Selera makan lepas mandi

Suami Cik Reen malam tu ada kerja lagi, jadinya tinggal la kat bilik ngan Muaz & Ammar

Malam tu pulak kepas main-main dengan diorang:

Muaz: Cik Reen napa beli maggi satu je? Muaz lapar la.
Cik Reen: Alaaa.. muaz lapar lagi ke? Cik Reen ingat cukup. Muaz nak makan apa?
Selalu budak sorang ni jarang nak makan. Kalau makan pon sikit je.
Muaz: Muaz nak keropok.
Ya Allah. Ingat lapar nak makan nasi ke apa. Keropok yang dimintanya. Tepuk dahi terus aku. 
Cik Reen: Takpela. Tunggu pakcik balik. Nanti kita keluar pergi beli keropok ye.

Masa tu kaki dah mula rasa sakit-sakit. Dekat setengah jam lepas tu kaki dah kebas langsung. Bila suami balik je dalam pukul 10.00 pm terus beria Cik Green nangis. Terkejut dia. Kita sendiri pon terkejut apsal kita boleh nangis. Tapi serius gila sakit kaki. Penangan terseliuh petang tu. Malam tu baru rasa sakit gila.

Suami Cik Green amik bakul isi air panas menggelegak. Disuruhnya kita masukkan kaki dalam tu. Kompius kita. Dia nak lecurkan kaki aku ke?  Tapi dia suruh jek letak. Takut-takut kita masukkan kaki. Pastu kaki dah tak boleh gerak langsung. Mula la kita rasa takut. Terus mintak suami hantar ke hospital.

Malam tu jugak pergi Hospital Port Dickson. Suami minta kawan dia jagakan budak dua orang ni. Kebetulan diorang pon dah tertidur masa ni. Lagipon kejap lagi ibu abah diorang datang. Nasib kawan suami tu okey. Boleh tolong jaga.

Sempat suami tidurkan budak kecik ni dulu sebelum keluar.

Dari pukul 12.00 am sampai pukul 2.30 am baru selesai. Sebelum X-Ray, hospital minta buat urine dulu. Lepas X Ray nasib baik takde apa-apa retak. Doktor cakap kemungkinan tisu luka. Dia bagi ubat je. 

Adoiyai.. Kaki. Kan dah berbalut.

Balik, makan ubat terus tidur. Nasib baik pagi tu kaki dah boleh gerak. Apa lagi terjun balik la dalam kolam. Rugi kalau tak gunakan kesempatan yang ada. Haha.

So, percutian ni kiranya tak berapa nak feel sangat la. Macam kena repeat lagi ni. Haha

Lokasi, Bilik, Service, Makanan semua best. Cik Green bagi 5 Star. 

Dalam bilik ni semua complete (heater, pantry, iron with iron board, sandal, private pool). Tapi sayang tak sempat ambil banyak gambar. 



Babai. Till we come again!


Wednesday, October 11, 2017

Resepi Cek Mek Molek

Balik dari Cameron Highland hari tu Cik Green ada beli keledek.. 3 plastik kecil dalam RM10.00. Ada keledek kuning, keledek oren dengan keledek ungu. Keledek kuning Cik Green hantar balik kampung sikit. Keledek ungu makan rebus ngan campur dalam bubur caca. Tinggal la keledek oren  tak tau nak wat apa. Hari Ahad baru ni teringin pulak nak buat minum petang. Jadinya kita buat cek mek molek je la. Lagipon dah lama tak makan.


KUIH CEK MEK MOLEK

10 ketul keledek oren
Garam
2 cawan tepung gandum
Gula

Mula-mula basuh keledek dan rebus. Bagi tenggelam keledek tu semua dalam periuk dan taburkan sedit garam.

Dah siap rebus, buangkan air. Biarkan keledek sejuk sebentar. 

Jangan biarkan keledek terlalu lembik atau terlalu keras.

Kopek kulit keledek dan lecekkan sampai semua lenyek. 

Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak tepung nanti keras dan jangan terlalu sedikit, susah nak uli. 

Gaul rata.

Uli tepung dan keledek. Bentukkan memanjang.

Isi gula dalam tepung dan cantumkan. Jangan terlalu banyak nnt gula keluar dari kuih. 

Goreng dalam minyak yang banyak.

Sejukkan seketika dan boleh makan. 

Makan cek mek molek dengan keropok lekor dan air kopi o panas-panas.

Tuesday, July 4, 2017

GSC Birthday Voucher

Bulan Julai ni sempena hari lahir Cik Green banyak pulak dapat free voucher. Antaranya ialah daripada Golden Screen Cinemas (GSC). 

Korang selalu pergi tengok wayang kan? 
Lepas tu register member tak? 
Kalau belum baik pergi register lelaju sekarang. 
Karang masa birthday boleh la korang gi tengok wayang free. 

Macamana nak register?

Tak de susah pon. Korang cuma buka link http://www.gsc.com.my/  lepas tu korang sign up je. Nanti senang la korang nak book online tak perlu pon nak beratur panjang-panjang. Boleh check movies di hujung jari. Kan senang sangat tu. 


Korang tunggu je bulan birthday korang, dan nanti korang akan dapat email dari GSC.

Macam Cik Green birthday jatuh pada 12 Julai. Woiih tak lama lagi tau. Sesapa nak bagi hadiah boleh la bagi. Dan tepat je 1 Julai je GSC dah hantar email.


Tadaa ! 2 tiket free dari GSC sempena birthday ko. 

So, cecepat la redeem voucher ni. Voucher ni valid untuk sebulan birthday ko tu je bermula dari 1 hingga 31 haribulan saje okeh. Jangan ko nak gegatal pergi redeem 2 hari bulan next month nya pulak. Mentang-mentang la tarikh lahir ko jatuh hujung bulan. Nganga je la gi tengok kaunter tu nanti. Haha


Isi borang

Nanti klik redeem lepas tu dia akan keluar borang ni. GSC login ID tu korang cuma tulis alamat email korang je. 

Print borang ni. Kalau suka yang kaler-kaler korang boleh print kaler, kalau nak hitam putih pon boleh jugak. Takde masalah pon. 

Sebelum tu korang check dulu movie yang korang nak tengok. Semalam Cik Green ajak sang suami pergi tengok The Mummy. 


Pilih movie yang ada bintang tu je tau. Jangan nak pilih movie lain pulak. 

Dah tahu nak tengok cerita apa, dekat mana dan pukul berapa, korang bawak borang yang dah isi dengan sorang partner pergi dekat kaunter ticket. Korang jangan bawak reramai pulak. 2 ticket je ko dapat free. Nak lebih bayar la. Haha  Jangan lupa bagi IC sekali. Dah dapat ticket then enjoy your movie. 


Monday, July 3, 2017

Salam Aidilfitri 1438 H

Kasih.
Kadang merapatkan, 
Kadang menjarakkan.

Kasih,
Kadang bahagia,
Kadang menjadi derita.

Sayang,
Tak perlu diungkap tak perlu ditunjuk,
Lahir dari hati.

Sayang, 
Walau retak pasti bercantum kembali,
Walau jauh tetap digenggam erat.

Mohon maaf zahir dan batin atas salah dan silap. 
Terkadang berubah laku, terkasar kata, dan mengguris hati. 


Azrien ❤️
Insan tak sempurna
Salam Aidilfitri 1438H/2017







Monday, May 29, 2017

Travelog Perth!

Tarikh: 18 hingga 23 Mei 2017
Lokasi: Perth, Western Australia
Flight: Air Asia
Currency Exchange: 1 AUD = RM3.35

FLIGHT


Masa rancang untuk bercuti Cik Green banyak tengok dekat Skyscanner. Mula-mula rancang nak pergi yang area dekat-dekat je tapi bila search flight tengok harga tiket ke Perth lebih kurang je yang dekat-dekat ni, jadi Cik Green pon terus book. Kitorang dapat harga RM570 return flight untuk seorang dengan Air Asia. Cik Green pergi dengan suami dan dua (2) orang adik.

Ni masa mula-mula book

Sebulan sebelum pergi boleh pulak dia bagitau delay.. hmm.. 

ITINERARY
Percutian kami berempat jatuh pada penghujung musim autumn dan menghampiri winter. Suhu sepanjang berada dekat perth adalah 6'c hingga 19'c. Kalau tak tahan sejuk, kena bawak baju yang lebih tebal semasa berada di sana.  Alhamdulillah kami dapat follow iti yang dah dirancang. Cuma kami tak sempat ke Rockingham (Penguin Island) untuk jumpa penguin dan dolphin sebab dah ditutup bermula 20 Mei 2017 lepas kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Perancangan kami ke Penguin Island sepatutnya  pada 21 Mei 2017, hari Ahad. Mungkin bukan rezeki kami untuk jumpa dengan penguin.


Untuk korang yang baru first time nak bercuti ke Perth boleh follow FB Page Tips Cuti-Cuti Perth (TCCP) admin by Kak Azlin. Dekat situ banyak info yang korang boleh dapat. Diorang banyak update dan sharing info.




Ini adalah contoh iti kami sepanjang berada di sana. Alhamdulillah kami boleh follow iti. Tak rushing, santai dan dapat cover hampir semua tempat. Perjalanan kami paling jauh pon ke Lancelin Sand Dunes. 

PENGINAPAN

Cik Green book penginapan melalui Air bnb. banyak jugakla cari tempat penginapan yang okey dan murah. Kalau korang book melalui Air bnb untuk pertama kali korang boleh klik link www.airbnb.com/c/miszr untuk dapatkan diskaun. Dan korang juga boleh dapatkan diskaun juga untuk sim kad OPTUS. Kalau biasanya OPTUS simkad jual AUD 15. Bila korang bagitahu korang book penginapan dengan Air bnb dia akan bagi less AUD 5 dan korang cuma perlu bayar AUD 10 sahaja untuk seorang. Cuma tunjuk je nombor booking korang kat pekerja kedai tu. Dia akan aktifkan simkad dan pasang terus sim kad tu pada telefon korang. Kedai OPTUS ada dekat bahagian luar sebelum keluar dari airport.

Penginapan kami tempah melalui Airbnb

Ini unit yang Cik Green sekeluarga duduk. Rumah dia complete dengan peralatan (iron, washing machine, hair dryer, periuk mangkuk cawan semua) dan parking pon depan rumah je. Unit ni sesuai untuk yang menginap dalam 4 orang sebab dia ada 2 bilik.  Lokasi dia dekat dengan Coles dan Charcoal Chicken Daniella, lebih kurang dalam 5 minit naik kereta. Host tak duduk sekali di rumah ni tapi anything korang boleh je mesej dia terus dan dia akan respon dengan cepat. 

Cuma yang kami tak boleh lupa hari ketiga ada jiran depan rumah ketuk rumah kuat gila. Cuak jugak la kitorang time tu. Nak apa pulak ketuk rumah tengah-tengah malam ni. Area rumah tu dah la agak sunyi jugak sebab pukul 8 dekat sana dah macam tengah malam rasanya. Rupa-rupanya dia nak minta lighter dekat husband sebab nak hidupkan rokok. Huissh. Gelabah kitorang tau nok. 

VISA

Di Aussie korang kena pakai Visa. Kalau buat dengan Azlinda Shaharuddin (FB) korang cuma bayaran RM20 seorang. Servis dia sangat cepat. Kami buat sehari alhamdulillah dah siap. Kalau buat di tempat lain mungkin ada yang kena bayar AUD 20. Kalau boleh korang buat la sebulan sebelum travel. In case kalau visa tak lepas sempat jugak la nak follow up. Kalau last-last minute takut hye hye bye bye je la. 

Ni ETA visa kitorang yang dah approve

TRAVEL INSURANCE a.k.a Insurans Perjalanan

Sebagai perlindungan diri semasa berada di luar negara, Cik Green ambil insurans melalui Gabungan Baiduri. In case kalau terjadi apa-apa sekurang-kurangnya kita ada perlindungan diri. Tak minta jadinya apa-apa tapi oprang kata bersedia sebelum hujan itu kan lebih baik. Kalau ada yang berminat boleh buka http://www.myarrehlah.my/ atau https://www.axa.com.my/

SEWA KERETA

Disebabkan kami tak duduk di tengah-tengah Bandar Perth seperti traveller lain mungkin agak sukar bagi kami untuk gunakan pengangkutan awam. Lagipon pertama kali kami backpackers sendiri ke luar negara. Jadi kami prefer untuk ambil kereta sewa. Lagipon senang untuk kami bergerak pada bila-bila masa sahaja.  

Kami sewa dengan HERTZ selama 5 hari termasuk insurans dan unlimited mileage without GPS. Dekat sana kalau jalan area Perth je korang boleh guna waze. Jalan dia sangat senang. Kami dapat kereta Nissan Pulsar Sedan. Selesa sangat. 

Sang suami kata dia akan jadi Driver Sampai Pencen (DSP) kitorang.. haha

Bagi yang ada anak kecil, jangan lupa ambil car seater ye.

MINYAK PETROL

Harga minyak di setiap petrol pump berbeza-beza. Minyak di bandar lebih murah dari di luar bandar. Hari Ahad atau Isnin (bergantung pada keadaan) juga lebih murah berbanding hari-hari yang lain. Harga yang diapaprkan oleh station minyak adalah per gallon. Untuk pertama kali isi tank yang hampir kosong dengan kadar AUD 114.00, Cik Green dapat isi penuh sebanyak AUD 40.00 dekat Swan Valley.

Masa nak balik untuk penuhkan tank kereta yang masih ada 4 bar minyak, Cik Green isi AUD 35.00. Mahal pulak time ni.


CURRENCY EXCHANGE

Bila nak tukar duit, korang kena selalu search lokasi untuk tukar duit yang lebih rendah. Cik Green tukar awal sebulan so masa tu dapat 1 AUD = RM3.35. Tapi lepas tu dia dah start turun sampai RM3.28. Orang kata kalau nak tukar duit yang paling murah korang boleh pergi dekat Pavillion, NU Sentral atau Mid Valley. Cik Green cuma tukar dekat Kajang je. 

Perjalanan ke AUSSIE

Kami bergerak dari Nilai dalam pukul 6.30 ke KLIA 2. Alhamdulillah kawan Cik Green sudi nak hantar dan ambil kitorang dekat airport. Kami sampai awal jugak sebab flight tunda pukul 9.45 am. Dalam pukul 3.30 pm kitorang  dah sampai ke bumi kangaroo. Hello Perth!

Diingatkan imigresen dekat Perth gunakan anjing untuk check beg korang. Pastikan tiada barang-barang terlarang dalam beg. Ada orang kata better siapkan list makanan  dan ubat. In case kalau imigresen nak check bag dia tahu apa yang ada dalam beg korang. Tapi yang kitorang punya diorang tak minta pon. Tengah beratur tu tiba-tiba imigresen tu datang kat kitorang, adik Cik Green si Dyla tu kena tahan. Dah kenapa pulak ni. Beg sandang dia kena bukak dan dia check satu-satu barang yang ada dalam beg tu. Alhamdulillah dia puas hati. So adik lepas time tu. 

Tapi masa balik Cik Green dengan suami pulak kena tahan. Rupa-rupanya dalam handbag ada lighter. Nak bagi souvenier dekat abah sebenarnya. Terlupa nak masukkan dalam beg besar. Sia-sia je kena buang ngan diorang. Suami punya lepas pulak. Nasib baik kitorang tak kena denda. Hmm. 

Lepas je dari imigresen kitorang terus tukar simkad dengan OPTUS dan lepas tu terus ambil kunci sewa kereta dengan HERTZ. Salah satu sebab Cik Green book kereta dengan Hertz sebab dia ada kaunter dalam airport. Keluar je dari airport terus ambil kereta dan return juga di airport. Lagi satu HERTZ punya kereta unlimited mileage. So kita takde la teragak-agak jarak pemanduan kita bila pergi satu-satu tempat. Sebab tak cukup masa kitorang tak naik ke Albany. Maybe next time boleh pergi sampai ke sana pulak. Wah! Next time ko. Macam ada hajat nak pergi lagi tu. In sya Allah kalau diizinkan tuhan, duit pon cukup apa salahnya ye dak?  Orang kata jauh perjalanan luas pengalaman. 

Apa yang menarik di Perth?

LOKASI MENARIK
  • Elizabeth Quay

Suasana dekat Elizabeth Quay menarik pada waktu malam. Dengan lampu warna-warni korang boleh ambil gambar yang cantik-cantik. Kitorang sampai sana dalam pukul 8 lebih malam. Sebelum jam 9 korang kena bayar ticket parking. Jadinya sila la bawak coin siap-siap. Sejam dalam AUD2.20. Sebab hari pertama kitorang takde la coin lagi. So, gigihla tunggu dekat kereta sampai pukul 9 pm takut kena saman. haha.

 
  • Caversham Wildlife Park
Kalau korang nak pergi ke Caversham, disarankan untuk pergi pada waktu pagi. Sebabnya masa ni kangaroo tengah lapar. Bila korang datang nak bagi makan, diorang semua secara automatik akan datang dekat. Siap jilat-jilat lagi dekat tangan kita. 

Nama binatang ni Wombat. 
Ada pakcik makcik yang ingat dia ni spesies b*** terus tak jadi ambil gambar.

Pertama kali kena peluk dengan koala (walaupun batu je) dan perah susu lembu. 




Syarat nak pegang binatang Possum ni korang kena pegang tang ekor jek. Kalau pegang tang lain nanti korang kena marah ngan perempuan mat saleh sebelah tu. huhu


Kali kedua pegang ular seumur hidup. Geli weiii. Ni pon kena paksa ngan Mr.B.
  • Lancelin Sand Dunes
Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Bandar Perth kalau nak pergi ke Lancelin. Sepanjang jalan korang boleh drive dalam 90km/j atau 110km/j sahaja. Follow la signage had laju yang ada di tepi jalan kalau taknak kena saman. Kalau rasa nak bawa bekal pon boleh. Sebelum masuk ke simpang Lancelin Sand Dunes tu ada taman yang ada toilet dan korang boleh berkelah dekat meja-meja yang disediakan di situ. Nak pergi semua toilet dekat perth pastikan korang bawa botol siap-siap sebab takde air dalam tandas. Korang boleh ambil air dekat sinki bawak masuk tandas.  Kalau perasan juga sebelah toilet tu ada jalan ke pantai ikut laluan belakang. Masya Allah.. Cantik sangat pantai dia..  

Bila si suami dah letih dan mengantuk maka co pilot la kena ambil alih pulak untuk drive.. 
Sebab kita sendiri yang drive kita terlupa pulak nak singgah ke Moorriver. Pertembungan antara sungai dan laut. Masa nak balik perasan tapi sebab hari pon dah nak gelap kitorang tak berenti singgah.  

Ni dekat area pantai belakang dari tandas tu.


Acah-acah sandboarding. Asal berdiri je mesti tergolek akhirnya.


                    Last-last kita sandboard duduk je. haha                                                      Peace no war!


Korang boleh sewa sandboard ni dekat Lucky Seven dengan kadar AUD 10. Tapi dekat Lucky Seven ada deposit AUD 50. Bila korang pulangkan balik sandboard tu baru dia akan refund balik deposit korang. Tak perlu sewa banyak-banyak sebab boleh guna gilir-gilir. Cik Green duk main 2-3 kali dah letih nak panjat bukit tu balik. Pastikan nak pergi sini jangan lupa pakai spec mata untuk elakkan mata masuk pasir yang berterbangan. 
  • Fremantle
Bila pergi fremantle apa yang korang bayangkan? Mesti Fish and Chip dekat Kailis Fish kan? Haha.. tu la. Makan je ingat.. Ada juga beberapa tempat lain yang menarik di Fremantle.




Kailis Fish and Chip

Gigih dik non bawak sos cili dari Malaysia sebab nak makan fish and chip.. Nasib lepas Imigresen. huhu. Padahal dekat Kailis pon ada jual sos jugak. Cuma kena bayar je la. Duduk luar negara ni boleh dapat view pelangi. Subhanallah. Cantik. 




Rainbow Sea Container


 
Fremantle Harbor

Pekan Fremantle


E-shed Market. 


Kalau nak beli souvenier masa hari minggu untuk bawak balik bagi sedara-mara dan kawan-kawan korang di Malaysia dekat sini la tempatnya. Kalau korang tak sempat nak pergi E-Shed dekat Fremantle ni, korang boleh pergi dekat gudang di Megabes, Malaga. Yang dekat Megabes ni cuma buka hari biasa selain hari yang dibuka dekat E-Shed. Gudang ni milik owner yang sama juga di E-Shed. Tapi, diingatkan untuk pergi ke Megabes, korang kena buat booking dulu. Tempat jual souvenier tu teramatla kecik dan sempit. So, owner memang takkan bagi siapa-siapa masuk tanpa booking. Untuk booking korang boleh call no +618 9248 1071. Dekat Megabes ni juga ada barang-barang yang lebih murah dijual daripada E-Shed. Kalau korang datang awal, korang boleh bergambar dulu dengan kereta diorang yang super duper mahal depan kilang tu.  

Disebabkan membeli- belah tak ingat dunia, kitorang kena tambah baggage dekat airport. Tak lepas beg nak bawak naik. Kena bayar 15 kg = AUD70.00. 

No plat kereta pon nama MEGABES kot. Ko mampu? 
  • Watertown Brand Outlet
Kalau korang pergi Perth, sini antara destinasi wajib korang kena pergi untuk habiskan duit. Serius murah. Tapi tak semua la. Ada yang murah memang murah. Kitorang sempat beli kasut dekat sini. Sampai dua kali datang sebab tak habis pusing dan masuk semua kedai.
  • Swan Valley
Ada beberapa tempat yang menarik di sekitar Swan Valley ni. Antara yang kitorang sempat pergi ialah:

 House of Honey


Yahava Koffeework

The Margaret River Chocolate Co.
  • Petik Epal di Fresh Farm Valley, Pickering Brook
Ikutkan sebenarnya ke ladang epal ni takde dalam iti pon. Cuma tiba-tiba terluah dekat suami nak pergi pasar sebab nak rasa buah strawberry aussie. Dia kata dari pergi pasar baik kita pergi ladang epal. Boleh makan epal segar katanya. So, here we are. 

Actually, kitorang tak sempat nak book pon masa pergi sini. Ladang ni milik Ina Ballato (boleh search melalui fb) orang Malaysia dan suaminya. Korang boleh juga search FB (Valley Fresh Farm Produce). Diorang sebenarnya buka pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja. Hari lain korang boleh terus pada Ina. In sya Allah diorang okey je untuk benarkan masuk.

Harga per entry: AUD 5.00 per person
Untuk bawa balik epal ikut jenis bucket yang korang pilih. Kalau bucket kecil macam yang kitorang pegang tu: AUD 30.00  dan bucket besar: AUD 40.00.


Si adik bersama banner Valley Fresh Produce

Sang suami bersama pemilik ladang dan anak dia yang comel. 

Saya dah rasa. Anda bila lagi?

Antara hasil jualan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada pengunjung

Buah epal dia semua manis dan rangup yak amat. Fresh dari ladang ni. 


On the way balik dari Pickering Brook sempat berhenti di Perth Hill menikmati pemandangan bandar Perth. 
  • Malaysian Hall
Bila dah ke obersea ni destinasi yang tak harus dilepaskan haruslah ke Malaysian Perth. Walaupun tak dapat tinggal, atau berbuka puasa dan berhari raya di Malaysian Perth. Bergambar pon jadila. 

  • Blue Bot House
Rumah biru ni memang korang wajib datang bergambar. Cik Green tak cakap semua tapi kebanyakan yang datang Perth, bila balik je mesti jadikan gambar di Blue Boat House ni sebagai DP diorang. Blue Boat House ni kiranya macam trademark Perth jugak la. Orang lain bergambar den pon nak la jugak. Kalau datang sini, korang boleh park dekat parking dia yang berbayar. Kalau korang datang dari bandar, parking dia jauh sikit ke depan. Bila dah jalan beramai-ramai tu takde la rasa jauh sangat pon. Sangat-sangat diingatkan yang parking kenderaan di area Blue Boat House dan Kings Park antara kawasan pecah kereta, So, please beware! Jangan teruja sangat sampai keselamatan kenderaan dan barang dilupakan. Barang-barang peribadi mahal ke tidak pastikan tak ditinggalkan dalam kereta. 





  • Chemist Warehouse
Syurga untuk peminat-peminat perfume. Dekat sini Cik Green sempat grab 1 botol blackmores dan 2 perfume (Britney Spears Fantasy & DKNY).
  • Kings Park
Dah bergambar dekat bawah kita naik pusing-pusing dekat Kings Park pulak. 






MAKANAN MENARIK.

Actually, kitorang banyak bawak makanan dari Malaysia. Hampir semua makanan yang kitorang bawak tu habis. Kecuali satu paket BRAHIM je yang tinggal. Siap tambah beli beras lagi dekat IGA. Satu paket kecil tu dalam AUD 2.00.  Antara tempat shopping makanan kitorang adalah Coles, sebab dekat dengan rumah dan IGA sebab buka 24 jam. Lagila musim sejuk memang korang akan rasa lapar je. Kitorang berjalan pon siap bawa bekal lagi. 


Satu beg besar ni penuh dengan makanan je. 
Ada beberapa paket BRAHIM, minyak, roti, sos cili, milo, gula, beras.

Selain dari masak sendiri, ada juga makanan wajib rasa dan cuba bila korang berada dekat Perth. Antaranya ialah:
  • Fish n Chip 
Fish and chip ni korang boleh rasa dekat Kailis, Fremantle. yang dekat gambar ni portion untuk satu set fish and chip grill. Bila korang duduk luar kedai menghadap pemandangan indah, pastikan berhati-hati dengan burung-burung seagull yang bertenggek tepi tiang sebab bila-bila masa je diorang akan curi makanan korang dan korang pon tak payah la nak baik hati sangat bagi diorang makan. Silap-silap nanti korang yang tak dapat makan.  

  • Apple Struddle
Sumber gambar dari website Corica Pastry. Gambar  yang Cik Green ambil hilang pulak. hmm..

Kedai Corica Pastry ni ada dekat tengah bandar. Dia dekat-dekat je dengan Malaysian Hall. Kedainya hujung sekali kecil jek. Alamat dia 106, Aberdeen St, Northbridge WA. Hari ahad tutup okey manakala hari Sabtu dia buka separuh hari sampai pukul 12.00 pm sahaja. Sila datang pada masa dan hari yang betul supaya korang tak melepas dan tak kempunan. haha. Untuk satu apple struddle ni korang boleh makan dalam 6-8 orang.
  • Charcoal Chicken Daniella

Sini memang destinasi wajib pergi. makanan dia wallaweh best gila. Tak nyesal korang korbankan AUD 14.00 untuk makan nasi beriyani lamb rib dia. Pada Cik Green lamb dia lagi sedap dari ayam walaupun nama kedai didominasi dengan nama ayam. Portion dia ko boleh makan tiga kali makan. Cik Green siap tapau makanan yang tak habis untuk makan malam pon still tak habis lagi. Berbaloi sangat. Kalau pergi lagi memang makanan ni Cik Green takkan lepaskan. 

  • Air Minuman Dare dan Barista
Antara air yang korang perlu cuba. Bagi Cik Green rasa dia ala-ala Starbuck kot.

Air DARE, Cik Green beli dekat Coles.

Air Barista ni payah pulak nak jumpa. Ni pon jumpa masa nak balik dah dekat station minyak. Lepastu beli lagi satu sebab nak habiskan coin dekat Airport.

Babai Perth. In Sya Allah ada rezeki nanti, kami datang lagi. Perth antara negara yang senang untuk travel dan korang juga boleh jumpa ramai orang Malaysia bercuti di sana. Tak perlu gunakan agen dan korang boleh je travel secara backpakers. Pada yang nak berkunjung ke Perth, selamat bercuti. Pada yang dah bercuti dan nak balik Malaysia, kalau banyak sangat beli barang dan souvenier (lebih RM300 per ABN) , sila claim GST dekat airport.

Babai!