Anniversary kali ni Cik Green plan sesorang jek.. Mula-mula ingat just nak bagi gift je untuk husband sempena birthday dia. Pastu bila pikir balik alang-alang jomla sambut anniversary sekali. Plan asal, Cik Green nak pergi Genting jek dan dah book pon bilik hotel melalui Agoda. Murah gila dalam RM120.00 kalau tak silap untuk dua malam. Tak tahu mana silap dia pastu kena reject.. Kalau tak dekat aje Cik Green pergi. Boleh tengok Purple League dekat Genting tu.
Then, Cik Green decide nak pergi Kuching. Tiket flight pon murah time tu. Kitorang pergi dari 12 - 14 Februari 2017. Sang suami cuma tahu nak pergi Kuching malam tu masa suruh pack baju. Hahaha.
Hotel book melalui Booking.Com.
Cuma dekat sana kena amik rental car. Sebab last minute decide nak pergi Kuching, sampai dekat Lapangan Terbang Kuching baru kitorang google cari kereta sewa.
Mula-mula kami cuba contact dengan En Khairul (012 -944 9499), tapi malangnya dia tak angkat call dan lambat reply whatsapp.. so kami cuba contact dengan syarikat kereta lain. alhamdulillah ada sebiji kereta viva untuk kami dari Waja Motor. Harga kereta RM80.00 sehari. Kalau dengan Encik Khairul boleh dapat saga RM80.00 sehari. Tapi bukan rezeki kami. Dah confirm dengan Mr Hong dari Waja Motor baru Encik Khairul balas whatsapp saya.
Ni kereta yang kami dapat.. Untuk berjalan berdua sangat okey. Minyak pon jimat
Respon dari Mr Ho selepas kami pulangkan kereta.
Pada sesiapa yang nak sewa kereta boleh hubungi beliau di talian 013-809 6666
Tapi serius, dekat Kuching kena selalu letakkan kupon masa parking kenderaan. Kitorang berapa kali kena saman dengan Majlis. Tapi Mr Ho tolong bayarkan semua saman tu dan tak minta duit pada kitorang pon. Lain company mungkin lain cara dia..
Dah dapat transport, apa lagi berjalan la kita..
PASAR SERIKIN
Kitorang takde buat itinereary pon sepanjang dekat Sarawak ni. Bila Mr Ho sampai je dia cadangkan untuk pergi ke Pasar Serikin. Hari tu last day Pasar Serikin buka sebab dia buka hari Sabtu dan Ahad je dari pagi sampai pukul 2.00 petang.
THE SPRING SHOPPING MALL KUCHING
Malam takde buat apa-apa kitorang jalan-jalan di shopping complex. Dekat Kuching ni banyak Shopping Complex. Semua mall yang besar-besar.
TOP SPOT FOOD COURT KUCHING
Pada Cik Green makanan dia agak biasa-biasa je. Tapi tak tahula lain orang lain selera. Harga pon agak mahal juga. Servis pon kurang. Hmm.. Dekat sini kebanyakannya ramai Cina yang meniaga. Hanya ada satu je restoran yang bertanda Halal.
Kampung Budaya Sarawak
Untuk pergi ke Kampung Budaya, korang akan dapat lihat pemandangan Gunung Santubong. Bila lalu je jalan dekat sini terus teringat lagu Puteri Santubong. Untuk masuk ke Kampung Budaya korang kena bayar RM75 seorang (dewasa). Bila masuk dalam boleh tengok kehidupan masyarakat etnik Sarawak. Kalau korang nak tahu Kampung Budaya Sarawak ni terletak di kaki Gunung Santubong dan berdekata dengan Pantai Damai.
JONG'S CROCODILE FARM AND ZOO
Tak sah kalau datang Sarawak tak tengok buaya. Dekat Jong's Crocodile Farm and Zoo korang boleh tengok Bujang Senang yang dah diawetkan, Glamour sungguh boya ni. Admission fee sebanyak RM22.00 seorang. Korang boleh tengok persembahan buaya jam 11 am dan 3.00 pm. Kitorang sempat masuk jam 3.00 pm persembahan baru mula. Selain buaya, ada juga ikan arapaima yang besar-besar dan korang boleh bagi makan roti kat diorang ni.
SARAWAK WATERFRONT
Kalau datang Kuching wajibla korang bergambar dengan Tugu Kucing ni.. Baru la betul dah sampai Kuching ye dak?
Tugu ni terletak betul-betul dekat tengah bandar kuching. Korang boleh jalan sikit dari Sarawak Waterfront. Kalau nak tahu juga di sebelah Sarawak Waterfront tu terdapat kedai kek lapis dan Ikan Terubuk yang famous amos. Nak pergi sana korang just bayar sehinggit je sehala dekat bot penambang ni. Ada juga pakcik yang okey dia cuma ambil 50 sen je untuk perjalanan sehala. Sebab pergi dan balik kena bayar kadar berbeza tu yang tahu tu.
KOPI O CORNER
Gila ko pergi Sarawak tak merasa makanan Sarawak. Mee Kolok dia sedap kot. Lagi-lagi bila dapat makan dekat Kopi O Corner ni. Terangkat habis. Suami bagitau Nasi Lemak Rendang dia pon sedap sangat. 5 star akak bagi untuk makanan dia.
MUZIUM KUCING